Sunday, June 27, 2010

Motosikal Pelik

-assalamualaikum-

kali ni aq nak kongsi ngan korng gambaq motorsikal yang pelik penah aq tengok...
jom layannnnn....












cam na...
pa pendapat korng...
adakah depa ni kretif atau terlebih kretif....
hahhaahhaha...

Monday, June 21, 2010

Report dah Siap!!

-assalamualaikum-

ari ni aq rasa lapang skali...
almaklumla...keponingan kepala aq ni dah kurang...
dah berapa pagi aq tak tidoq, nak ciapkan report...
akhirmya ciap juga..
hahhahahaa...
tak sabaq rasanya nak masuk poli...

Telatah Adikku...


-assalamualaikum-

ni aq masukkan beberapa keping gambar baru...
saja tengah bosan2...
nilah gambaq adik ku yang bongsu...
yang suka merajuk, suka bermanja, suka hapy2...
hahhahaaaa...





Thursday, June 17, 2010

Apakah Hala Tuju 1 Malaysia?

-assalamualaikum-

negara kita kini telah menjadi sebuah negara maju
setanding dengan negara luar.
pemimpin negara silih berganti memerah otak memajukan negara kita.
pelbagai usaha dijalankan demi kemakmuran dan keselesaan rakyat negara
Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
apakah dengan usaha-usaha ini dapat merubah
corak kehidupan rakyat negara kita.
antara slogan yang riuh kedengaran pada ketika ini adalah 1 Malaysia...
berapa ramai rakyat negara kita yang memahami
maksud disebalik slogan tersebut,
ataupun ianya hanyalah satu slogan untuk dibangga-banggakan.
seperti yang dikatakan oleh seorang pensyarah kepadaku...
"1 Malaysia bermaksud negara kita Malaysia hanya ada satu
dan tiada lagi yang seumpamanya"

maksud yang ringkas dari pemaham seorang pensyarah...
bagaimana pula dengan kita???



dalam mencorak negara kita kearah hala tuju 1 Malaysia,
peranan yang penting disandarkan kepada muda mudi negara kita...
oleh kerana itu tertubuhnya "Belia 1 Malaysia"


belia negara kita menggalas satu tanggungjawab yang amat besar
masa depan negara kita bergantung kepada akhlak
dan jati diri para belia zaman sekarang.
banyak anasir-anasir yang bakal menjatuhkan martabat belia kita.
antara yang terbesar sekali adalah pengaruh dadah dikalangan belia...
apakah cara yang paling berkesan dalam menangani masalah ini???
siapa yang berperanan membanteras gejala ini???
jawapannya adalah belia itu sendiri...



selain itu, remaja haruslah berusaha mengelakkan diri daripada terjebak
dalam kelakuan jenayah yang bakal merosakkan mereka disuatu hari nanti.
peranan dan kerjasama semua pihak adalah penting dalam
merialisasikan hasrat dan hala tuju 1 Malaysia.
pendidikan dari rumah harus diterapkan oleh para ibubapa dalam
membentuk anak-anak yang seimbang dari segi jasmani dan rohani,
malah tidak hanya sekadar mengharapkan pendidikan dari sekolah sahaja.

tanggungjawab masyarakat setempat juga harus dititikberatkan dalam
membasmi gejala maksiat yang sangat berleluasa pada masa kini.
pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan harus dielakkan.
pemantauan ibubapa yang berterusan adalah
kunci utama kepada penyelesaian gejala ini.
pemakaian anak-anak yang cenderong kearah barat haruslah ditapis
bagi mengelakkan masalah ini terus berlanjutan.


apapun...semua langkah pembentukan jati diri belia kini
tidak akan berhasil sekiranya semua pihak bertindak hanya sekadar
panas-panas taik ayam.

oleh itu sama-samalah kita membentuk 1 Malaysia yang
"cemerlang, gemilang, dan terbilang"

Tuesday, June 15, 2010

Majlis Perkahwinan Adila & Zuhairi

-assalamualaikum-

kali ni aq tak mau bercerita panjang...
just nak masukkan beberapa keping gambaq dihari perkahwinan akak aq...

~adila & hairi~

Thursday, June 10, 2010

YES!!!!! latihan industri dah abis

-assalamualaikum-



hari ni dah masuk 6 bulan aq buat praktikal... mmg tak sangka begitu cepat masa berlalu... pejam celik, pejam celik dah abis... happy sungguh aq rasa... tak da lagi aq nak tunggang motor lama2 dipagi2 buta... n yang paling penting takdala makcik kedai petani tu bosan tengok muka kami ni lama2... (almaklumla..tiap2 ari makan kat kedai yang sama ja...hahahhahaaa) gembira bila dah abih...
bnyak pengalaman aq timba kat cni...
nak buat ni la, nak buat tu la...
mcm2 pengurus tempat ni ajaq aq ngan member...
hahahhahahhaaa...
mmg happy..



tapi dalam kegembiraan ni...

sekali sekala terasa juga kesedihan...
bilamana kami dah nak tinggalkan firma ni...mcm tak percaya pun ada...
kenangan kerja kat cni boleh la...
kerja tak bnyak...tapi best sebab dapat bos yang sempoi...
kemarin (9/6/2010) bos ciap belanja makan lagi nak rai kami tamat latihan...
jauh dia bawak kami p makan...
hahhahaahhahaaa...
sepatutnya kami la kena blanja bos...
tapi balik2 dia pulak yang mengofferkan diri...
(kami pun bukan berada sangat...huhuhu)
mmg bertuah dapat firma ni untuk wat latihan...
wat keja cool senantiasa...bos tak penah bagi pressure...
tpi keja mau ciapla...
hahahaahhahaaa.....



walaubagaimanapun... karang ni aq tengah dilema ngan satu problem...
xlain xbukan report teknikal aq la...
masa baru start latihan mmg semangat nak buat...
tapi bila dah nak abis separuh jalan pun aq tak ciap lagi..
mmg nak mati aq ni...dah la lepas ni cibuk ngan kenduri kahwin akak aq....
mcm mana aq nak ciapkan arrrrrrrrrr...
tension...tension...tension...
klu nak kata masa tu sentiasa ada...
masalahnya diri aq ni... semakin hari semakin malas...
mgkin sebab masa praktikal ni aq bebas sangat...


apa2 pun aq berazam nak buat report tu bagi abis cepat...n aq dah janji ngan mak bapak aq...
sem dpan nak study betoi2...hahahhahaa (boleh harap ka???
aq kena lawan nafsu malas aq ni...
kena ciapkan kerja cepat...nanti bertimbun pulak jadinya...
dah la awal sem ni aq ada test UBS STOCK CONTROL....
ni pun satu masalah lagi...aq tak study lagi ni....waduh3.....
bnyak masalah problem aq kali ni...
harap2 semuanya menjadi...

last skali trima kasih kepada "En. Bahadon Abdullah" & "Zulfahmy & Co."
kat cni aq dah blajaq banyak benda...
harap2 aq tak lupa semua ni...
k...semoga ketemu lagi dilain waktu...
wasalammmmm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blogku Yang Usang

Daisypath Happy Birthday tickers