Monday, August 23, 2010

Apa punca semua ni???

-assalamualaikum-

ari ni aq rasa tension sangat...
entah apa yang aq study smalam...
bila aq masuk buat test ari ni tak boleh jawab dgn betoi...
rrrrr

kat mana yang aq cilap...
aq sendiri pun pening...
harap2 ada juga markah tuk jawapan aq nnt...
yang pasti aq mmg tak yakin langsung dengan jawapan yang aq jawab dalam test tadi
skarang satu klas tengan frust disebabkan test tu...
semua pakat tak boleh jawb...

klu aq terpikir balik tntg test ari ni
mula la kepala aq nak sakit...
emm... tah la..
aq pun dah macm apa lagi...

harap2 sangat ada re-test untk hari ni...
kepala still pening...
nak rest pulak...ngantuk sangat...

Saturday, August 14, 2010

Kes Pembuangan Bayi

-assalamualaikum-

Tiap-tiap ari ada ja berita tentang pembuangan bayi... mengalahkan kes xsiden ja... banyak yang dijumpai mati dan banyak juga yang dihantaq kat umah jagaan bayi... masyaallah...

Apa nak jadi ngan manusia skarang ni... pandai-pandai buat tapi tak pandai nak tanggungjawab... (bak kata ayahanda aq, “orang len yang dapat sedap, orang len yang tanggung bala”) bila dah terlanjur macam-macam jadinya... binatang pun tau sayangkan anak... nikan pulak manusia yang dikurniakan akal tok berfikir...

ni la antara contoh manusia-manusia yang berhati binatang:

Aq heran, mana hilang nilai kemanuasiaan dlam diri manusia karang ni... dulu di zaman jahiliah bayi perempuan ditanam hidup-hidup... skrang di zaman jahiliah moden tak kira bayi lelaki, perempuan semua dibuang sesuka ati...

Tambahan pula, banyak pusat-pusat penjagaan bayi ditubuhkan... hal ni bagai menggalakkan lagi manusia berhati binatang ni membuat keja terkutuk depa... walaupun niat asal menubuhkan pusat jagaan ni baik, tapi disalah guna oleh manusia-manusia yang kejam ni...

Tapi lepas dengaq berita, aq rasa dah sampai masa benda ni dibanteras... tindakan kerajaan menggubal undang-undang baru mmg sesuai dgan keadaan skarang... hukuman gantung sampai mati mmg sesuai bagi binatang-binatang yang dok buang anak ni...

Hukuman yang berat macam ni barulah boleh bagi impak dekat orang-orang kat luaq sana yang banyak menyusahkan orang laen... barulah orang kata buat keja pikiq 2,3 kali... nak lagi baguih sapa-sapa yang ditangkap berkhalwat ka berzina ka kena hukuman yang sama... baru adil lagi saksama...

Aq harap lepas ni aman ckit negara kita ni dari berita pembuangan bayi... harap-harap dengan hukuman yang berat ni xda lagi manusia bertopengkan binatang kat bumi kita ni... smoga semua ambek ikhtibar dari setiap yang berlaku dan jadikan pengajaran dimasa depan... wasalam...



Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan


-assalamualaikum-

selamat menyambut bulan ramadhan buat semua insan yang beragama islam
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan keikhlasan
cubalah untuk mendekatkan diri dengan aktiviti yang dapat memberi faedah kepada kita
semoga permulaan ramadhan ini dapat diakhiri hingga ke syawal

Saturday, August 7, 2010

Sepagi Di Gunung Jerai

-assalamualaikum-

memories 06/08/2010
just nak masukkan gambaq kitaorg kat gunung jerai ari tuu...
best sangat kat cni...
udara dingin plus permandangan n taman yang cantik...













walaupun tempat tu tinggi sangat...tapi best...
nnt rancang p lagi...
kali ni konvoi nek motor pulak...
harap2 menjadi

Thursday, August 5, 2010

Aris Ariwatan - Satu, Dua, Tiga, Empat


Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Wednesday, August 4, 2010

Ayahanda Belanja Secret Recipe

-assalamualaikum-

memories 03/08/2010
first time bagi aq masuk secret recipe...
tu pun pasal ayahanda kitaorg blanja...
hahhaaha...

kat cni ada beberapa keping gambaq aq sempat rompak dari mmber2 aq...
sory ehh..aq post gambaq ni xmintak kebenaran korang....
hahahahhahaaa...

muka2 ceria +++ tengah lapar...
hahahhaahaaa

tudiaaaa...
makanan penuh meja...
tunggu pa lagi bedal la...

ni time baru sampai...
posing je keja diaorg...
aq rasa sehari kalu xposing mmg xsah la..
(jangan marah frenz...)

muka tengah lapar ni...

muka ayahanda tak sempat nak bek gambaq...
ni ja yang ada...kecik ja kat hujung tuu..
sory la ehh...

en. roslee pun da skali teman kitaorg makan...

ashik dok bagi pluang ja kat depa dok bergambaq...
meh sini kami nak satu...
hahahahahahaa...

apapun tengahari tu mmg mengantuk sebab makan banyak...
dok dalam kelas pun ingat bantal ja...
hahaahhaaa...

tq skali lagi kat ayahanda sebab blanja makan...

Tuesday, August 3, 2010

XPDC - Hujan Air Mata


Bayangkanlah lamanmu berhias api
sampai bila rumahmu mampu berdiri
sebelum...dirimu dipunahkan

Bayangkanlah lahirmu ke alam ini
sampai akhir hayatmu masih merintih
menagih...kedamaian

dalam hati terlintas satu soalan
mana hilang keinsanan

Bayangkanlah lautmu dilanda taufan
sampai bila layarmu mampu bertahan
sebelum...kau tenggelam

bayangkanlah jagamu tak pernah aman
sampai malam lenamu rasa terancam
kau dalam...ketakutan

dalam hati terlintas satu soalan
mana hilang...keinsanan

mana hilang kasih sayang diberikan tuhan pada kita insan
hingga kita biar saja hujan airmata yang melimpah

Tema-Tema Hari Kemerdekaan

Tema Hari Kebangsaan 1970-2010

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000 Keranamu Malaysia
2001 Keranamu Malaysia
2002 Keranamu Malaysia
2003 Keranamu Malaysia
2004 Keranamu Malaysia
2005 Keranamu Malaysia
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1 Malaysia Manjana Transformasi

Monday, August 2, 2010

Idola

-assalamualaikum-

Topik yang aq nak kongsi2 kali ni tentang IDOLA… Idea ni tercetus masa aq tengah tengok gambaq2 artis Malaysia dalam satu blog... Perhhhhhhhh… Panas BEB...

artis malaysia karang ni makin lama makin teruk... makin lama aq tengok makin menjadi2... kelakuan artis agak keterlaluan pada masa skarang... remaja pula bnyak terpengaruh budaya yang dibawa artis2...

tindakan artis yang kebanyakkannya meniru fesyen pakaian dari barat menjadi ikutan rakyat malaysia… artis dimalaysia tak kurang miskinnya sama seperti artis2 luar… aq rasa gaji depa semua ni dah tak mampu nak tampung belanja tuk beli kain wat baju… smua pakat nak tunjuk kat org... tak kira tersurat dan tersirat semua org leh tengok.. mcm dah takda maruah…

mak bapak zaman skarang kena bagi satu kesedaran kat ank2 tuk pilih IDOLA yang sesuai… seelok2nya… mak bapak yang menjadi suri teladan kepada anak2… jngan biaq artis2 menjadi perosak modal insan anak2 zaman skarang...

dalam menempuh alam siber yang penuh cabaran ni… kita harus ingat bnyak pengaruh2 barat yang senantiasa menjatuhkan org islam... untuk kita terus maju kita mesti pandai memilih IDOLA idup… jangan dijadikan artis yang hampir rosak sebagai IDOLA idup... sebagaimana yang di terapkan oleh para ustaz... jadikan para alim ulamak, nabi2, tokoh2 negara sebagai panduan...

cuba tengok gambar2 artis kat bawah ni... macam ni ke yang dikata kan IDOLA???


macam dah takda duit nak beli kain lagi orang-orang kat atas ni...
orang-orang dalam sawah pun nampak elok dari depa...

klu kita jadikan tokoh2 kat bawah ni sebagai IDOLA bukankah lebih berfaedah dan dapat memberikan kita sedikit sebanyak motivasi....

Tunku Abdul Rahman
(Bapa Kemerdekaan)

Tun Abdul Razak
(Perdana Menteri Ke-2)

Tun Hussein Onn
(Perdana Menteri Ke-3)

Tun Dr. Mahathir
(Banyak membuat pembaharuan dalam perkembangan dan kemajuan Malaysia terutama dalam bidang teknologi dan kemajuan setaraf dunia)

Tuan Guru Nik Aziz
(Tokoh agama yang sangat dihormati)

Rabbani
(Kumpulan nashid yang menyebarkan dakwah Islam dengan cara yang tersendiri)

apapun setiap manusia dicipta dengan akal fikiran... pandai2lah memiih jalan idup masing2... aq kat cni cuma nak pagi pandangan dan cadangan ja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blogku Yang Usang

Daisypath Happy Birthday tickers