Tuesday, June 26, 2012

Final Over!!!

-assalamualaikum-


hoyeh hoyeh hoyeh hoyeh hoyeh
hati ku gumbira tidak terkata




akhirnyaaa
25 hari yang sangat menyiksa batinku
wakakakkakakkaaaa
berperang dengan exam yang sungguh memerikkan




apa pon result yang bakal aq dapat
tawakal jelaaa... aq dah berusaha sedaya mampu...
harap2 dapat memperbaiki CGPA sem nie...


apapon perjalanan di Hutan Sintok masih jauh
2 tahun lagi masa menantiku disana
aq harapkan pengajian semester hadapan lebih menyeronokkan
2 bulan lagi aq akan bersemester 3...


perancangan disusun memenuhkan masa 2 bulan nie..
destinasi terdekat:

Bakti Siswa 2012
Kampung Anak Kurau, Batu Kurau
Taiping, Perak
2-5 Julai 2012




29 Jun 2012 dah kena balik prepare kelengkapan program
kali ni ditempatkan sebagai AJK Keselamatan
harap2 aq dapat jaga keselamatan semua kawan2 yang bakal aq kenali nanti
peace yaw!!!


wassalam
adiosss... amiosss...

Saturday, June 23, 2012

Album Terbaru

-assalamualaikum-


hai korang...
pagi nie aq nak kongsi ngan korang pasai album terbaru
baru sahaja diterbitkan
dan gayanya mendapat sambutan yang diluar jangkaan...
jom kita intai2


album ini bertema "Terukir di JAMBAN"
telah dibintangi oleh penyanyi2 terkenal Malaysia
dan luar negara




album ini dijangka bakal menghasilkan keuntungan sebangak
RM 10,000,000,000

jom kita usha2 19 lagu yang tersenarai dalam album ini :



"Yuna - Terukir Di JAMBAN"
"Joe Flizzow ft. Ila Damia - JAMBANmu"
"Hafiz ft. Adira - JAMBAN Rindu"
"Greyson Chance - Take A Look At JAMBAN Now"
"Exists - Kau Lebih Dari JAMBAN"
"Ella - JAMBANlah La La La"
"Drama - JAMBAN Dia"
"Carly Rae Jepsen - Call Me JAMBAN"
"Awi Rafael - Aku Bukan JAMBAN"
"Avril Lavigne - Wish JAMBAN Were Here"
"Astrid - Tentang JAMBAN"
"Asmidar - Biar Sampai Ke JAMBAN"
"Aqasha - JAMBANku"
"Anuar Zain ft. Hunny Madu - Kisah JAMBAN"
"Adira - JAMBAN Lagi"
"Sohaimi Meor Hassan - Epilog Cinta Dari JAMBAN"
"Madonna ft. LMFAO - Give JAMBAN All Your Love"
‎"Sofaz - JAMBAN Terbaik"
"John West - Loved You JAMBAN"


pihak penerbit mensasarkan 
lagu2 ini bakal menggempakkan radio dan televisyen di seluruh dunia


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ni kalau artis2 malaysia tengok blog aq nie mau kena saman ni
hahhahahaa... aq mana ada duit nak bayar saman oiii
soo... kesimpulannya ni hanyalah rekaan semata2
jangan terasa hati pulak noh...
jangan la dok antaq surat saman/tuntutan mahkamah kat umah aq pulak
kes naya tuuu... hahhahahhaa
aq dapat nie dari TWITTER


#ReplaceSongTitleWithJamban


macam2 adaaa... nak tergelak aq baca... haishhh...
ok lah... aq nie keja dok merapu ja dalam blog
esok lusa dah nak exam last paper...
lepas tu sibuk2 sikit dgn persiapan ke Perak
tak pasti bila masa aq nak berblogging lepas nie
tengok2 la bila lapang aq update lagi :)


wassalam
adiosss... amiosss...

Friday, June 22, 2012

Akhirnya "17 TAHUN"

-assalamualaikum-


hai korang semua
tengah wat apa pagi2 buta nie
pagi ni tidoq aq dikejutkan dgn ular sawa atas tilam dalam bilik aq
pukoi 4 pagi lak tu...
haishhh... terkejut derr... 
cam mana la ular sawa tu boleh masuk bilik aq
dgn bntuan ayah aq...
berjaya juga kami tangkap ular tu
mungkin ni hadiah bufday aq tok tahun nie kot
wakakkakakaa


hari nie 22 Jun 2012
maka secara rasminya aq udah melangkah ke satu tahap lagi
kini aq sudah berumur 17 tahun =.="
wahh... mudanya aq???
hahhahhaaaa... lantak la kan
mana leh bocorkan umur aq dalam blog nie
kang tergugat la aq... hahahhaaaa




aq a nie tengah tunggu nak abiskan last paper tok sem nie
lepas tu aq nak g berBaktiSiswa di perak awai bulan 7 nie
then boleh la aq lepak2 cari keja spnjang cuti sem 2 bulan nie
xtau aq nak keja kat mana kali nie
kena juga cari duit poket...
raya pon dah dokat... bnyak duit nak guna =.="


k lah... malas nak merapu panjang2... 
just nak ucapkan terima kasih kat kengkawan yang masih ingat kat aq
kawan2 yang mesej aq wish bufday malam nie
kawan2 yang post kat wall fb aq
ada juga kawan2 yang masih ingat kat aq upanya
thanks... aq sayang korang semua


gud nite all
wassalam
adiosss... amiosss...

Monday, June 18, 2012

Apakah Ciri-Ciri ANDA???

-assalamualaikum-


hai korang
hari nie aq nak berbicara pasai ciri
jom kita tengok ciri2 aq... ermmmm
betol ka tak, korang nilai2 la sendiri bagi yang kenal aq 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ciri-ciri dilahirkan dalam bulan

Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. 
Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. 
Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, 
satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. 
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.
 Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir 
untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.




ciri-ciri dilahirkan dalam bulan


Seorang yang berfikiran jauh & berwawasan. 
Mudah ditawan kerana sikap baik. 
Berperangai lemah lembut. 
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. 
Idea yang terlalu banyak di kepala. 
Bersikap sensitif. 
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
 Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
 Bersikap suka menangguh-nangguh. 
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
 Cepat marah & cepat sejuk. 
Suka bercakap & berdebat. 
Suka buat lawak & bergurau.
 Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan.
 Orang yang sangat tertib.
 Pandai mempamerkan sikap. 
Mudah kecil hati. 
Mudah kena selsema. 
Suka berkemas. 
Cepat rasa bosan. 
Sikap terlalu memilih & cerewet. 
Kurang mempamerkan perasaan. 
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
 Suka pada barang yang berjenama. 
Mudah menjadi eksekutif. 
Kedegilan yang tidak terkawal.
 Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. 
Siapa yang menegur dianggap kawan.


ciri-ciri memiliki


jenis A

Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas : Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi : Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau : Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan : Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja : Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


ciri-ciri anak ke-



Anak Manja Ibu
sebab apa- apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

Anak Degil
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

Tak Pandai Pujuk
memang anak nomber 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

Bercinta
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

Hitam / Putih
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

Hati Lembut
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

Berdikari
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..Tapi  mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

Arahan
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

Pemaaf & Caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah.


ciri-ciri dilahirkan pada hari


Lambang Air: 
Air itu tenang, menyejukkan dan memberikan kesegaran, tapi juga boleh menjadi dahsyat bagaikan ombak laut. Mereka  yang lahir pada hari Jumaat ini terkenal dengan ciri yang agak pendiam, tapi bukan bererti bodoh kerana dia  berprinsip lebih baik diam daripada berbicara perkara yang tidak bermanfaat. Wibawanya sangat besar dan tidak hairan kalau dia terkenal dan dikagumi. Tapi dia seorang yang ego, keras kepala, suka membanggakan diri dan mahu semua kemahuannya dituruti.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

haaaa... panjang lebaq entry aq hari nie...
tah kenapa tetiba nak update pasal nie
apapon bagi yang mngenali aq,
diorang dah tau macam mana gelagat aq
apa aq suka n apa aq benci


k lah...
petang ni nak ngadap buku lak
esok exammmmmmmm
waaaaaaaaaaaaaaaa
bnyak lagi x cover nie...
jom2...


wassalam
adiosss... amiosss...

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa, Ayahku

-assalamualaikum-


saya dengan ini ingin mengucapkan

SELAMAT HARI BAPA

buat semua kaum bapa di MALAYSIA
teristimewa buat ayahanda dikampung
ABDULLAH BIN YAAKOB
semoga ayah sihat2 selalu dan dipanjangkan umur
kami anak2 ayah selalu menyayangi ayah




disini aq coretkan sajak buat ayah


Oh! ayah...

takkan pernah terbalas olehku
segala pengorbananmu selama hidupku
penat lelahmu membesarkan kami
tanpa sedikit keluhan mengharung kesusahan

kini daku sedar
jasamu tidak ternilai
takkan mampu dibayar jutaan wang
begitu besar jasamu pada kami anak-anakmu

.....

continue disini [teratak senjaku-oh! ayah]

nak baca seterusnya korang kena la masuk blog aq yang satu lagi
tapi tu sajak yang tahun lepas punya
tahun ni tak terkarang pulak
insyaallah tahun depan karang lagi :)


wassalam
adiosss... amiosss...

Saturday, June 16, 2012

Mahamahu.com Anda Mahu 2012

-assalamualaikum-


hari nie terjumpa pulak contest nie..
sooo... aq tngah malas nak study...
aq nak join laaa.. wakakakaaa....


(klik pada gambar)


Slogan :

"Saya MAHU hadiah dari MAHA yang semua blogger MAHU itu. Harap MAHA sudi dan MAHU memilih blog ini dan MAHU memberikan hadiah yang MAHA janjikan."

kepada yang berminat boleh tengok syarat penyertaan 
di [sini]


wassalam
adiosss... amiosss...

Kongsi TV Live

-assalamualaikum-


hai korang semua...
apa macam hujung2 minggu nie...
tak keluar date ka???
heheheeee


kemarin aq melepak seharian dlam bilik
dok usha2 laptop sambil nengok tv online
boleh tahan lajunya...
sooo aq dok pikir2 cam mana nak buat tv tu semua ada dlam blog aq
pikir punya pikir...
aq dapat caranya then dah siap masukkan semuanya
klu rasa nak menonton sila2 la klik yeee...


TV Alhijrah

RTM TV 1

RTM TV 2

Rangkaian Astro CERIA, OASIS, & PRIMA


Muzik Aktif & TV 9

TV 3

TV i

TV Selangor

 mudah jaa... 
korang hanya perlu klik kat page "TV on9" diruangan bawah follower blog aq ni
then semua tv korang boleh tengok...
masalahnya ada 2,3 tv yang auto play
so korang pause la siaran mana yang xmau nengok tu
kang berat pulak tenet tu nak loading


harap korang enjoy
:)


wassalam
adiosss... amiosss...

Friday, June 15, 2012

K.A.M.I @ Koraoke Box

-assalamualaikum-


petang2 ni terasa borink pulak
tetiba teringat xtvt masa tahun2 lalu
klu time2 tengah borink mcm nie
xsah klu sebulan sekali xmasuk JAMBAN BERIRAMA
hahhahahaa... maksudnya pusat karaoke laaa...


kat bawah nie aq sematkan
gambar2 yang aq sempat snap 
sepanjang kami berhibur dgn kawan2
menyumbangkan suara kami yang sumbang :)



yang nie time sambut bufday Fat & Caien
sebelom belah kek pakat2 p dok perabih suara dalam jamban ni dulu
wakaka....



yang nie member umah sewa
merangkap senior2 aq yang tak berapa nak senior 
masa aq study kat POLIMAS dulu
Ari & Pak Yas



hat nie gambar adik abang
hahhahaaa... lagu ke longkang
piching lariiiii daaaaaaaaaaa





Uncle Jimmy kaki karok kelas aq...
anytime anywhere
ajak ja p karok... comfirm ON
nak laju lagi ada orang blanja... hahhahahaa



hat nie satu2nya yang sporting bab2 karok nie
dalam kelas aq sorang nie ja yang sanggup disnap gambarnya masa karok
hat len tu nak... tapi malu2 kerbau gtu....



Aku, Jimmy & Dila
selalu sgt depa dua ni berduet..
sorang masing2 sedap... biasa la kannn...



aq berkarok tanpa PERASAAN
hahhahahaa... muka gila serius....
aq pon xperasan bila snap gambar nie
wakakakakaa...





Mek Da & Muiz Din
lagu apa y dinyanyikan pon aq dah lupa
tapi mmg semangat si Din ni tarik
nak terkeluar aq tekak... hahahhahaaaaa



budget suara mcam Jamal Abdillah la tuuu...
blah rrr... wakakakakkaaa



try berduet... kelangit wehhhh...
terok bebenor sora aq...
hahahhahahaaa



Kidon @ Shahril @ Cain
member kampung aq
penah juga keluaq karok sekali sewaktu dlu...


bila tengok balik gambar2 nie macam nak p karok ja
tapi teman2 karok semua dah pegi jauh2
nak jumpa lama2 sekali pon susah...
hahhahahhaaa...


k lah.. sekadar melepaskan gian menaip petang2 macam nie
see u later... cawwwww


wassalam
adiosss... amiosss...

Wednesday, June 13, 2012

WW #20 - Rindu Nak Lepakking

-assalamualaikum-


kenangan bersantai di Kuala Perlis - Disember 2010


bila pulak nak kluaq melepak dgn member2 nie???

wassalam
adiosss... amiosss...

Tuesday, June 12, 2012

Jimmy Palikat - Anak Kampung


Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yang dapat kuberikan
engkau memang cantik
memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
kuli-kuli sahaja memang tidak padan 
cantik ba kau itu
banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian 
kahwin sama kamu
bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian 
kahwin sama kamu
bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yang dapat kuberikan
engkau memang cantik
memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
kuli-kuli sahaja memang tidak padan 
cantik ba kau itu
banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian 
kahwin sama kamu
bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah kaucari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna (3x)


sejujurnya aq lebih sukakan lagu Jimmy Palikat ni yang original version punya
yang dah di edit dgn kumpulan One Nation Emcees tu dengaq mcm bercampur baur ja
dah hilang keaslian lagu tu...
just my opinion je...
apapon tahniah buat anak sabah yang berjaya menaikkan irama kaum dusun
teruskan usaha anda...

bak kata Jimmy Palikat : 
"cabaran utama adalah masa hadapan...
macam mana nak buat lagu yang orang akan suka dan minat"

dan macam lumrah dalam industri seni negara kita...
meletop satu lagu, then lagu ke-2, ke-3 dan kureng
sooo.. 
harap2 lepas nie ada lagi lagu2 irama asli yang best2 dari Jimmy Palikat
^_^"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blogku Yang Usang

Daisypath Happy Birthday tickers