Sunday, October 7, 2012

Majlis Konvokesyen Ke-25 UUM 2012

-assalamualaikum-


hai korang kaki2 blogger sekalian...
dah 2,3 hari aq tak melepak sini...
xda kesempatan nak lama2 sikit...
bnyak kija perlu diselesaikan... (mengalahkan menteri sibuknya.. hahha)

ok lah... hari nie just nak share xtvt yang berlaku di sekitar UUM 
tempat aq menimba ilmu
dari 3-10 OKTOBER 2012 berlangsungnya Pesta Konvo Ke-25 UUM
mnkala 6-10 OKTOBER 2012 pula berlangsung Majlis Konvokesyen Ke-25 UUM



meriahnya jngan disangkal laaa...
tambah pula adanya jemputan artis2 terkenal tanah air...
lagi gempak la malam2 di pentas utama pesta konvo...
Majlis Konvo just berlangsung waktu siang ja
malamnya majlis2 hiburan n ceramah kesedaran


Faizal Tahir menyerikan malam perasmian pembukaan Pesta Konvo
berduyun2 anak2 muda pakat penuhkan stadium UUM malam tu
hinggakan sunyi sepi DPP aq nie...
aq jenis y malaih nak keluar g konsert semua nie..
just tengok ja kat facebook apa kawan2 update...

semalam ada Battle of the Bands...
dengaq kata meriah sakan...
DPP aq berjaya menang tempat ke-3
ok laaaa kan... vokalis2 nya kengkawan aq juga :)
malam tu pula ada band terkenal yang mai...
sapa x kenai 6ixth Sense aq xtau laaa...

malam ni pulak dok dengaq huru hara kata Abang Lan n Mesin Taip Kertas dia nak mai
betol ka tak korang kena la p usha sendiri malam nie...
aq mcm besa laa...
setia menunggu di Kachi Highland nie jaaa...


lepas nie dengaq kata ada kumpulan nasyid pula bakal hadir...
apa pon kita nantikan 9 Okt nnti...
mungkin ada penambahan artis nasyid...
soo... pakat2 la p meriahkan malam tu...


meriah sungguh depa atoq...
semuanya just nak hiburkan siswa/i UUM & pengunjung2 luar...
habis berapa puluh juta jngan tnya aq...hahhahahahaa
apa poon aq harap pesta konvo tahun nie tak keluar bnyak isu2 panas 
biasa bila orang2 yang memandang akan ada sesuatu ingin disuarakan...
baik positif mahupun negatif...

soo... pandai2 la menilai sendiri...
apa yang terbaek untuk dipilih...
tak semua benda itu buruk dipandang just kerna berbeza pendapat
masing2 dah berakal n dewasa...
jangan nak dengaq ckap orang...
diri sendiri dah kena pandai buat keputusan sendiri...
"you are the best thinker for your self"


ok.. itu saja perkongsian aq malam nie...
wassalam
adiosss... amiosss...

Thursday, October 4, 2012

Terima kasih, Tun Dr Mahathir!

-assalamualaikum-


TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA. Thanks Tun!





Kredit: Kakibising

p/s : tolong jangan libatkan politik... 
just perkongsian jasa dan pengorbanan Bapa Pemodenan Malaysia... 
PEACE!!! NO POLITICAL ISSUE HERE...


wassalam
adiosss... amiosss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blogku Yang Usang

Daisypath Happy Birthday tickers