Showing posts with label Apa Cerita. Show all posts
Showing posts with label Apa Cerita. Show all posts

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan - Aku Kembali

assalamualaikum


bertandang kembali menjengah laman yang ku tinggalkan sepi tanpa sebarang berita, lama.. cukup lama aku tidak mencoretkan kisah kehidupan aku yang semakin memuncak kini..

sebelum jauh hanyut dibuai mimpi, dikala malam yang dingin bertemankan cengkerik malam.. aku ucapkan selamat berpuasa buat semua kenalan.. ramadhan yang ditinggalkan dulu kini kembali bersua..


salam ramadhan, salam bulan penuh keberkatan, semoga setiap perbuatan kita diiringi pahala..

terobek satu rangkap kata seorang ustaz yang menyampaikan tazkirah beberapa hari sebelum ramadhan, katanya:
"dalam bulan ramadhan, kita bebas daripada godaan, pengaruh syaitan, yang tinggal kini hanya nafsu yang terdidik 11 bulan sebelum datangnya kembali bulan ramadhan, nafsu yang menjadi kebiasaan, nafsu yang mendorong kita kearah kebinasaan, jadi ramadhan ini adalah medan pertempuran bagi kita melawan nafsu, mampukah? tepuk dada tanyalah iman.."

tanpa panjang bicara, harapnya bulan keberkatan ini mampu kita tempuhi dengan senyuman dan amalan yang memudahkan perjalanan kita kelak..


wassalam

Sunday, August 10, 2014

Tempat Baru, Orang Baru

assalamualaikum


lama x bersua di laman coretan waktu terluang
mungungkap sedikit kisah buat tatapan
dua bulan aq x merapu kat sini
smuanya gara2 xda bekalan internet

aq pon mushkil bila gamaknya kampung aq nak ada line 3G
tengok sblh umah megah berdiri pencawang
tapi cantik dipandang dari fungsi..
bila nak berkembang line G kpd 3G aq xtau laaa...

lani aq dh mulakan langkah baru di tempat sendiri..
aq tinggalkan kisah suka duka di uum
gelagat sahabat2 yang x pernah buat aq kering gusi
rindu pulak akan tawa depa semua

apapon aq kena terima keadaan baru tempat baru
bersama sekumpulan kekawan 
lain usia lain latar pendidikan...
bnyak jga ilmu yg aq dpt disini

minggu pertama kami ditugaskan 
untk menolong majlis berbuka puasa dan pemberian zakat
pukul 10 mlm baru boleh balik..
ermm...

minggu ni pulak kami ditugaskan utk menyiapkan banner
bertemakan "Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja"
kami semua geng2 praktikal dipecahkan kpd 3 kump


ni group aq
kami brjaya siapkan 3 banner sepanjang 5 hri
nasib ahli group aq ada idea2 bernas
nak harapkan idea aq mmg lambat la siap banner nie...




menang kalah belakang kira
yang penting kerja setle...
hehhehe...
esok pagi present dpt boss
boss y mana satu entahlah...

ok lah... dah nak lunch time..
soo "makan diutamakan, kesihatan terjaga"
hahahahah


wassalam
adiosss... amiosss...

Wednesday, May 21, 2014

Aku Kembali

assalamualaikum


salam takziah
hari rabu kecoh dengan cuti peristiwa
bukan kecoh nak ambek tau sapa yang mangkat
tapi kecoh ashik bertanya kelas cancel ker tak???
hahahhahaaa
itulah realiti kehidupan student universiti
dlm kepala otak ingat cuti je memanjang

apa pon... dlam ketekunan menanti kelas dibatalkan tadi
aq terima satu panggilan dari orang y aq nanti2kan
perrhhh....
katanya permohonan aq diluluskan
heeheheheee

dah masuk 3 bulan aq menunggu
segalanya kini terungkap
aq bakal menghabiskan semester terakhir
di Kilang Gula Padang Terap SB




maka bermula pertengahan bulan julai
hingga akhir bulan disember
aq akan bertapa disini
mencari secebis ilmu buat bekalan kerja nanti

kenapa GPTSB???

first thing 
sebab aq dah penah rasa hidup di audit firm
aq dah penah tengok akaun2 company orang
aq dah penah audit company orang
so kali nie aq nak buat akaun dlam syarikat pulak
kerja masih sama
tapi bezanya kali nie just fokus satu akaun saja
xpayah pening2 nak tengok akaun bnyak2 company

second
aq nak jimatkan kos
almaklumlaa... sebelah rumah jer
senang sikit... nanti dah keja ada pendapatan tetap
ok la nak menetap kat pekan or bandar sekali pon
now fikir cari pengalaman dlu
kerja... rezeki tu dimana2...

ketiganya sebab...
sebab aq penah bekerja kat sini dlu
hahahhahaaaa
so dah kenal ramai orang dalam
harap2 x la boring sngat nanti




nie sijil penghargaan aq kerja dlu
walaupon 3 bulan bnyak aq blajar kat sini
kebnyakkannya pasal keluar masuk stock n finish good
hari2 keja aq timbang
segala barang yang dibawa masuk dlam kilang aq timbang
bukannya timbang gula ja...




yang nie pulak kad keja aq
haahhaaaaaaa
muka pra matang
baru lepas SPM la katakan

apa pon aq dah terlepas satu beban
hampir2 aq putus asa
rasa mcm nak apply ja kat tempat praktikal lama dlu
dan terbukti kesabaran aq ada hikmahnya
heheheheeee....

wassalam
adiosss... amiosss...

Monday, May 19, 2014

Belajar Mengarang Surat Rasmi

assalamualaikum


hari nie nak bagi contoh cara nak mengarang surat rasmi
kalau follow contoh nie comfirm dpt A+
moh leh kita kaji...
hahahhaaa

sumber [KakiNovel]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CONTOH 1


Rohana Jalil
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang. 

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini. 

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini. 

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan? 

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya. 

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya. 

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suamimu


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CONTOH 2


Razaki Hamid
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.

Tuan,

PERKARA : PENOLAKKAN PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

2. Untuk makluman pihak tuan, ini bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh. Tambahan kuota ini pastinya menyusahkan pihak tuan di kemudian hari.

3. Pihak saya juga berminat untuk mengenali perempuan tak sedar diri tu, macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Saya juga bersedia untuk 'mencili-cilikan' perempuan itu dengan pihak tuan sekali pada bila2 masa.

4. Pihak tuan selalu kata tiada duit nak beli itu ini. Tapi nak kahwin punya fasal semua duit simpanan pihak tuan sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan. 

5. Pihak tuan cakap kata untung dua-dua pihak? Cantik muka tuan...ingat niaga barang ke! Sebenarnya pihak tuanlah yang mengaut keuntungan 100% hasil penambahan kuota itu, sedangkan saya tidak mendapat apa2. Oleh itu, saya tidak dapat menerima permohonan yang menguntungkan sebelah pihak ini.

6. Pihak tuan juga sesedap mulut mengata saya tong drum, sedangkan tuan sendiri tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda! Itu pun ada hati nak kahwin lagi konon. 

7. Kongsi? Tuan ingat ni kereta ke? Sedangkan tidak berkongsi pun tuan jarang2 'memberi nafkah', inikan pula berkongsi.

8. Kerja syif? Saya ingin menegaskan ini bukan kerja kilang. Tambahan pula dengan 'prestasi kerja' tuan yang kian merosot, saya yakin tuan tidak mampu menjalankan 'tanggungjawab' sebagai penyelia dengan berkesan. Saya selaku orang yang diselia oleh pihak tuan amat arif tentang 'prestasi' tuan yang tidak seberapa.

9. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau tuan berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah.

Terima kasih,

"SEDIA 'BERPERANG' DEMI RUMAHTANGGA"

Yang ikhlas Menjawab,

Rohana Jalil


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


hahahaha... 
buat adik2 yang nak ambek SPM tu
semoga contoh karangan ini memberi manfaat
dalam membantu korang dapat A+ nanti erk


wassalam
adiosss... amiosss...

Sunday, May 18, 2014

Deep... Think & Digest

assalaumalaikum


dua tiga hari lepas aq jumpa tweet nie kat twitter
mesej yang cuba disampaikan nampak simple
tapi makan dalam




dan sememangnya satu fenomena hari nie
keluar ja jejalan dimana2 
pasti ada manusia2 yang miskin pakaiannya
duit bulan2 simpan buat menabung
nak pakai baju selongkar almari baju adik

"biarlah berbaju ketat, asalkan memakai tudung"
samalah seperti
"biarlah jamban takda dinding, asalkan berbumbung"

korang snggup melabur dlam jamban yang xda dinding
tambah pula jamban tu kat public area
pasti bestkan korang melabur saham

maka jadilah seperti
"Berpakaian tetapi TERLANJANG"


wassalam
adiosss... amiosss...

Ubah

assalamualaikum


ok setelah sekian lama mengadap header y sama
petang nie aq nak ubah
make it better and simple
hahahhahaaa

dan sebenarnya aq xda idea
so jadi la cenggini




lebih simple aq asa
dari header lama yang bnyak kontroversi
siap berbagai2 komen kat header lama nie
lawak pon ada sakit hati pon ada
hahahahhaa




ok...
semoga header baru nie bakal merajinkan aq berblogging


wassalam
adiosss... amiosss...

Wednesday, May 14, 2014

Last Exam - Last Sem

assalamualaikum


lepas berminggu2 jadual exam keluar
malam nie baru terdetik hati nak tengok jadual exam
ermm... dah last2 sem nie asa mcm .... tah...
gambaran final exam nampak menarik
tapi pengisiannya nanti entah mcm mana...




nak tengok apa saja boleh lepak sini
hahahhahaa

jadual exam aq sem nie
sem akhir
tahun akhir


Specialised Tax | 3/6/14 | BK 2 COLGIS

Public Sector Accounting | 5/6/14 | Dewan Kachi

Risk Management & COCG | 12/6/14 | DMAS

Management Ethics | 15/6/14 | DMAS

Forensic Accounting | 18/6/14 | BTA 25-30


fuh...
nasib ada gab doh
x la terkejor2 sngat
so aku akan bercuti slma sbulan sblm masuk praktikum
hoyeahhhh!!! hoyeahhhh!!!
hahahahha


tu ja
wassalam
adiosss... amiosss...

Thursday, October 10, 2013

Thursday, October 4, 2012

Terima kasih, Tun Dr Mahathir!

-assalamualaikum-


TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA. Thanks Tun!





Kredit: Kakibising

p/s : tolong jangan libatkan politik... 
just perkongsian jasa dan pengorbanan Bapa Pemodenan Malaysia... 
PEACE!!! NO POLITICAL ISSUE HERE...


wassalam
adiosss... amiosss

Sunday, September 16, 2012

National Flag All Over The World (Random)

-assalamualaikum-


hai korang2 semua...
hari nie aq xtau nak post benda gapa...
nak update pasal mini gathering tadi malas nak mengedit gambar
soo aq nak ajak korang blajar pasal geografi lak hari nie
korang kenal ke bendera2 kebangsaan negara2 kat bumi nie

comfirm ramai y sejenis ngan aq...
mai kita usha2 sama2..
kat bawah nie ada lebih kurang 58 bendera negara
jom kita tengok... negara mana ada bendera paling style... hehehhee


"NATIONAL FLAG"


(AU - Australia) (AR - Argentina) (AE - United Arab Emirates)

 (BE - Belgium) (BN - Brunei) (BR - Brazil)

 (BY - Belarus) (CA - Canada) (CL - Chile)

 (CN - Republic of China) (CO - Colombia) (CZ - Czech Republic) 

 (DE - German) (EC - Ecuador) (EG - Egtpt)

 (ES - Spain) (FI - Finland) (FR - France)

 (GB - United Kingdom) (GR - Greece) (HK - Hong Kong)

 (HR - Croation) (HU - Hungary) (ID - Indonesia) 

 (IE - Ireland) (IN - Niger) (IT - Italy) 

 (JO - Jordan) (JP - Japan) (KH Cambodia) 

 (KR - South Korea) (KW - Kuwait) (LK - Sri Lanka) 

(MA - Morocco) (MX - Mexico) (MY - Malaysia) 

 (NL - Netherlands) (NO - Norway) (NZ - New Zealand) 

 (PA - Panama) (PE - Peru) (PH - Philippine) 

 (PK - Pakistan) (PL - Poland) (QA - Qatar) 

 (RO - Romania) (RU - Russia) (SA - Saudi Arabia) 

 (SE - Sweden) (SG - Singapore) (TH - Thailand) 

 (TR - Turkey) (TW - Taiwan) (UA - Ukraine) 

(US - United States of America) (VE - Venezuela) (VN - Vietnam) 

(ZA - South Africa)


ok... cukup laaa 58 negara nie noh...
sekurang2 nya ari nie aq dpt satu ilmu baru
hehheheee... aq ngantok laaa... mau tido lah...


wassalam
adiosss... amiosss...