Monday, June 6, 2011

Slot Akasia - Nora Elena memang hangat

-assalamualaikum-


hai semua...
dah tengok tajuk???
korang mesti tau apa citernya kan...
ermmm... Slot Akasia - Nora Elena
semestinya hangat dikaca tv
(sememangnya aq tengah menaip pon sambil layan citer nie)





ok... bkannya aq nak berceloteh panjang pasal citer nie...
sebabnya dah bnyak sngat entry pasal citer nie...
aq xnak la tambah satu lagi...


hari nie... masa tengah layan MukaBuku
aq terbaca satu artikel yang member aq share kat wall fb dia
menarik!!!
ianya berkaitan surat bantahan tentang cerita Nora Elena (NE)
hahahhahaaa... lawak aq baca entry tu...
macam2 alasan dia bagi sebab nak bagi pihak tv hentikan siaran NE
tapi hakikatnya semua tu hanyalah joke semata2...
tapi layan la juga...


aq sertakan cikit lampiran yang aq crop dari blog tu




ok... klu korang nak baca sebab2 dia bantah cerita nie...
korang boleh la melawati blog Miss Geli
nak baca klik kat sini


ok...
harap korang enjoy citer yang dikarang Miss Geli nie...
aq xnak taip panjang2 cos aq nak layan citer nie..


k, jumpa lagi...
wassalammm...
adiiiooosss...

Sunday, June 5, 2011

Broery Marantika ft. Dewi Yull - Jangan Ada Dusta Diantara Kita



Ketika pertama kujumpa denganmu
Bukankah pernah kutanyakan padamu
Kasih...

Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku
Kasih...


Memang kau bukan yang pertama bagiku
Pernah satu hati mengisi hidupku
Dulu...


Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta diantara kita
Kasih...


Semua terserah padamu
Aku begini adanya
Kuhormati keputusanmu
Apapun yang akan kau katakan
Sebelum terlanjur kita jauh melangkah
Kau katakan saja



Friday, June 3, 2011

Si Tua dgn Anak Iblis

-assalamualaikum-



Menjelang maghrib, seorang lelaki tua terbongkok-bongkok dengan tongkatnya menuju ke masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh, tetapi sempat dikawal menggunakan tongkatnya.

Berhampiran dengan masjid, lelaki tua tersebut tersandung batu sehingga tubuhnya terhuyung-hayang ke depan. Untunglah seorang pemuda yang kebetulan berada disitu sempat memegang bahunya sehingga dia tidak terjatuh.

Kemudian pemuda tersebut menuntun lelaki tua tersebut sampai ke pintu masjid. Selesai solat, lelaki tua tadi baru menyedari bahawa pemuda yang membantunya tidak turut solat berjemaah sebaliknya hanya duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa-apa.





Lelaki tua menghampiri pemuda tersebut dan menyapa, “wahai pemuda, kamu sudah membantuku menuju kemasjid, tetapi mengapa kamu sendiri tidak solat?”

Balas pemuda tersebut, “saya tidak mungkin solat Pak Cik... saya anak Iblis...”

Lelaki tua terperanjat, tetapi masih cuba bertanya, “kalau kamu anak iblis, mengapa kamu berusaha membantuku ketika aku hampir terjatuh?”

“Ayahku sudah lama perhatikanmu, ia sangat marah kerana setiap kali kamu terhuyung-hayang... dilihatnya dosa-dosamu berguguran jatuh. Ketika kamu hampir jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama sekali, sehingga disuruhnya aku membantumu berjalan menuju ke masjid.” Balas anak Iblis

Hayatilah...


k, sama2lah menghayati kisah diatas....
wassalam