-assalamualaikum-
hai semua... lama sudah x kunjung kemari melawat blog kesayangan
hari ni teringin sangat nak mengupdate secebis kenangan diawal 2013
seperti yang dikatakan sebelum ni..
aq bakal mengikuti program bakti siswa semasa permulaan cuti sem
diberi mandat untuk memikul tanggungjawab sbg bendahari
dah mmg hobi aq maen kira2 duit ni...
dilihat pada tentatifnya pula buatkan aq rasa gentar
setiap singgahan kami memerlukan satu kemahiran yang terperinci
dan takut tak dapat melaksanakannya...
ok... perjalanan kami bermula seawal pagi 20 Januari 2013
kami berkumpul di hadapan pejabat DPP Bank Rakyat
penginapan kami di UUM...
bersama sahabat2 kami mengeluarkan semua barang2 tajaan n xtvt
untuk dimuatkan kedalam bas yang akan mengiringi kmi selama 4 hari
inilah gambaran pertama kami sebelum berangkat melaksanakan misi kami
semuanya berwajah ceria... tak sabar nak menempuh cabaran
destinasi pertama bakal kami singgahi adalah rumah seri kenangan, bedong, sungai petani..
tempat ini adalah rumah kebajikan yang menempatkan warga2 emas
sangat terharu melihat kehidupan mereka disana
ada yang boleh berdikari dan tak kurang juga yang perlukan penjagaan rapi
sepanjang kami disana, kami dilarang mengambil gambar
untuk mengelakkan aib dan cakap2 negatif orang2 luar yang x paham dgn situasi sebenar
kami diberi kebebasan untuk beramah mesra dgn warga emas disana
mereka terbuka menerima kunjungan kami...
luahan hati mereka buatkan sebilangan kami menitiskan air mata...
sungguh aq tak sanggup nak dengaq semua luahan hati mereka... aq tak kuat
aq berlalu pergi tinggalkan akak2 senior yang kuat semangat...
hampir 3 jam meluangkan masa disitu...
kami bergambar kenagan di sekitar pejabat n tempat2 yang dibenarkan...
petangnya pulak... kami teruskan perjalanan menuju destinasi seterusnya
kami singgah di seberang prai untuk bersama dengan aktivis UNGGAS
dimana kami diberikan taklimat ringkas sebelum menjalankan xtvt pada malamnya
disini kami dapat penerangan yang jelas berkaitan "GELADANGAN"
sebelum berangkat kami sempat bergambar bagi mempromosikan GEMAR MALAYSIA
"Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa Malaysia"
gerakan ini dilancarkan secara besar2an pada 14 Feb 2013
selesai disitu.. kami teruskan perjalanan ke kediaman sementara kami, USM Pulau Pinang...
malamnya kami bergerak menuju kawasan yang menjadi sasaran
kami berpecah kepada 5 kumpulan kecil dan diturunkan di setiap hot spot
tujuan kami adalah untuk berkongsi sedikit makanan dan pakaian buat insan2 geladangan
kami juga diminta untuk menemuramah insan2 yang kurang bernasib baik ini...
group aq diturunkan berhampiran komtar...
sepanjang perjalanan kami... kami sempat bersemuka dengan hampir 15 orang geladangan
kami sempat berbual2 dan bertanyakan kisah kehidupan mereka
antara y sempat kami jumpa kebnyakkannya berbangsa cina, mamak dan tak kurang melayu dan india
sebilangan yang ditemui mempunyai pekerjaan tetap tetapi tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, ada juga yang tidak bekerja malah ditinggalkan keluarga, faktor kos sara hidup yang tinggi menyukarkan kehidupan mereka...
yang lainnya pula sanggup bergeladangan di tepi jalan kerana masih mampu bekerja dan tidak memerlukan bantuan, baginya terdapat lagi ramai orang2 yang sngat memerlukan rumah perlindungan itu daripadnya, setiap tutur katanya penuh isi, dan kami sbg mahasiswa sendiri belum tentu dapat berbicara seperti itu...
kami juga berjumpa dengan bekas pesara polis... masih kuat bekerja n bekerluarga... tpi sikap x boleh duduk diam menyebabkan dia bekerja sbg penarik beca dan tidur dimana dahaja tempat persinggahan diwaktu malam...
jam menunjukkan tepat 1 pagi... kami semua berkumpul...
berdikusi saling bertukar2 pengalaman... ada yang dikejar... ada yang terjumpa kanak2 terbiar
dan pelbagai lagi kisah menyayat hati kami di Pulau Pinang...
perkongsian ilmu yang tidak aq jangkakan...
kami bergambar bersama aktivis UNGGAS buat kali terakhir sebelum beredar merehatkan diri...
pagi 21 Januari 2013
seawal jam 8 pagi kami check out dari USM
pergerakan kami menuju ke negeri Perak Darul Ridzuan
destinasi kami adalah Rumah Kebajikan Kanak2 Cacat Negeri Perak
disini kami menjalankan xtvt gotong royong...
membersihkan sekitar kawasan rumah kebajikan sambil melayan telatah warga kelainan upaya
diwaktu tengah hari... kami turun sama memberikan makanan kepada meraka
kelihatan mereka mesra menerima layanan kami...
selesai makan... kami kumpulkan meraka dalam dewan...
kami sama2 berusaha untuk memberikan sedikit hiburan buat mereka
seronok... sangat seronok...
x dapat aq gambarkan keseronokan yang aq rasai...
tak kurang juga... mereka juga turut sama menyanyikan kami 2,3 lagu...
semuanya sedih dalam kegembiraan...
kami bergambar bersama warga rumah kebajikan...
semuanya riang ria gembira dengan kehadiran kami...
bergambar lagi sebelum naik bas menuju ke destinasi seterusnya...
selesai makan tengah hari di warung... kami bersiap untuk xtvt seterusnya
pengarah program telah memilih untuk melawan ke Rumah Anak2 Yatim Nurul Huda
kami berxplorace disini...
setibanya kami di rumah anak2 yatim...
kami membahagikan mereka kepada 5 kumpulan yang digabungkan dengan beberapa orang faci
faci selebihnya akan mengendalikan check point untuk xplorace
mulanya kami lihat adik2 kecik ni malu2...
tapi dengan keakraban akak dan abg faci... mereka dah boleh menyesuaikan diri...
xtvt kami sehingga petang... kumpulan yang terabek diberikan hamper...
turut disampaikan bantuan yang kami perolehi dari tajaan
dan kutipan derma daripada pelajar DPP Bank Rakyat sendiri...
macam2 ragam sepanjang berxtvt disini...
semua happy melayan telatah adik2...
kami bergambar kenangan dengan warga Rumah Anak2 Yatim Nurul Huda
peserta baksis yang gila2... sangat menghiburkan...
petangnya kami terus ke kediaman sementara kami yang kedua
kami bermalam di KEMAS Sungai Siput...
malamnya kami beramai2 keluar merehatkan minda sebelum xtvt keesokkannya...
malamnya kami keluar dinner di Dataran Bandaraya Ipoh...
sangat ramai orang malam tu... meriah sangat...
selesai makan kami berjalan ke Gerbang Malam yang tak jauh dari situ
melihat keindahan Bandaraya Ipoh di waktu malam..
sangat begemerlapan diterangi lampu2
indah...
misi hari ketiga... 22 Januari 2013
diawal pagi kami bertolak ke sebuah sekolah...
kami menuju ke Sekolah Pendidikan Khas, Perak
dimana sekolah ini menempatkan adik2 yang tak dapat mendengar dan bercakap
sedikit kerisauan yang aq rasakan untuk berkomunikasi dgn adik2 ini...
tetapi berkat usaha gigih semua faci dan guru2 disitu...
kami berjaya melaksanakan xtvt yang dirancang
tak kurang kami turut belajar bahasa isyarat dari adik2 disitu...
kemesraan terjalin antara kami...
setiap xtvt menghiburkan mereka...
pihak sekolah memuji pengarah program untuk xtvt ini...
xtvt yang mudah untuk dilakukan dan membentuk semangat kerja berpasukan
nilai2 murni yang diterapkan diharap dapat menjadi ikutan :)
adik2 yang begitu rapat dengan abang2 faci...
bergambar dengan warga guru disini...
keberangkatan kami untuk pulang dngan perasaan yang sebak...
riuh satu bas dengan tangisan akak2 faci...
dan lelaki dngan egonya yang x mahu dikalahkan...
apapon pengalaman ini sangat terindah untuk dikenangkan...
petangnya kami mendekati warga kampung...
menerapkan nilai2 tradisi rakyat malaysia... bergotong royong...
kami bsama2 orang2 kampung membersihkan kawasan sekitar dewan orang ramai dan masjid
selesai bergotong royong kami sempat singgah untuk menikmati air terjun yang sangat best
disini... aq sedikit terleka sehinggakan aq tak ingat dimana aq letakkan spek mata aq...
puas mencari kehulu kehilir...
aq rasakan spek aq dah hanyut dibawa air terjun... bukan rezeki aq kali ni...
puas mandi kami bersiap untuk berangkat pulang...
dalam perjalanan kami singgah membeli perkakasan untuk berBBQ dimalamnya...
semua peserta bersama2 bertungkus lumus memasak makanan yang dibeli...
sangat puas... berpesta makanan kami malam tu...
sambil dihidang alunan muzik yang memecah keheningan malam kami...
makan beramai2 mmg sedap...
yang paling seronok saat menanti makanan siap dipanggang...
panas bara api sudah x dihiraukan...
masing2 menanti untuk mengisi perut yang kosong...
malam kami diakhiri dengan postmorterm ringkas...
dan hari terakhir kami 23 Januari 2013
lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta
kami diberi pendedahan dan taklimat ringkas berkenaan pesakit jiwa dan mental
pelbagai soalan diajukan dan kami mendapat jawapan yang sewajarnya...
perkongsian ilmu yang belum tentu dapat dimana2...
belum tentu kita peroleh yang asli selagi tidak mendengar dari pakar
kami menaiki bas mengelilingi hospital bahagia seluan lebih kurang 400 hektar...
kami dibawa ke ward yang menempatkan pesakit mental...
kebanyakkan berlatarbelakangkan kes membunuh...
tetapi apa yang kami lihat sngat diluar jangkaan...
semuanya boleh dikatakan seperti orang2 yang sudah normal
mereka diberikan rumah dan pekerjaan
mereka hidup berdikari... mereka tidak dapat keluar kerana belum dapat diterima keluarga
kami bergambar bersama di luar wad forensik 23
gambar terakhir sebelum kami berangkat pulang ke UUM
perjalanan 4 hari 3 malam yang sangat2 menerujakan..
kami pulang dengan pengalaman yang tak dapat kami beli dimana2...
suka duka kami tempuhi semata2 ingin program ini berjalan lancar...
bagi aq tak rugi aq menyertai program ni...
banyak perkara yang aq belajar...
banyak manfaat yang aq dapat...
keindahan dan kepuasan yang tak dapat aq gambarkan dengan kata kata
BAKTI SISWA PERDANA 2013
"MENYELUSURI JALAN HARAPAN"
| BERILMU | BERBUDI | BERBAKTI |
wassalam
adiosss... amiosss...