Showing posts with label Luahan Hati Orang Kampung. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati Orang Kampung. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

Ayah

assalamualaikum


ok...
hari nie aq teruja kerana selesai satu bebanan
lama dah dok pendam sorang2
bila hari2 nengok kekawan update status
masing2 dah dapat tempat praktikal

aq nie dok pening x dapat apa2 feedback lagi
then hari nie sah aq dpat tempat
dekat umah aq jaa

mulanya mmg aq nak ayah masuk campoq
sebabnya ayah aq pon pegang bebudak praktikal 
bawah jabatan mekanikal
tapi belagak nak usaha sendiri dlu

n lastly baru aq tau
kelulusan tu dipercepatkan sebab ada bantuan dalaman
hahahahhahaaa

guess what???
ayah aq dah naik pejabat pentadbiran slowtalk dgn boss dia
kehkehkeh

buktinya tadi ayah mesej aq




aq baru plan nak tunggu hujung bulan nie
then klu x comfirm lagi baru nak ayah tolong
sekali ayah dah awal2 tau firasat hati aq
hahahhahaaaa

thanks god
segalanya selesai
now aq leh proceed dgn final exam
moga segalanya dipermudahkan


wassalam
adiosss... amiosss...

Saturday, May 17, 2014

Terima Kasih

assalamualaikum


"TERIMA KASIH"


walaupon dah terlanjur sehari lewatnya
aq disini tetap ingin menyampaikan ucapan terima kasih
bersempena hari GURU 16 Mei 2014


terima kasih
mak & ayah
kerana menjadi guru dan pendidik yang setia untuk diri ni
sejak dilahirkan sampai sekarang 
masih bnyak didikan y didambakan
semoga suatu hari nanti aku mampu membalas jasa2mu


terima kasih
guru2, cikgu2, & pensyarah2

pusat asuhan tunas islam (1995-1996)
sekolah kebangsaan padang terap (1997-2002)

sekolah menengah kebangsaan padang terap (2003-2007)

politeknik sultan abdul halim mu'adzam shah (2008-2011)

universiti utara malaysia (2011-kini)

sesungguhnya bnyak pengorbanan 
yang telah dicurahkan kepadaku
banyak ilmu yang diberikan kepadaku
terima kasih atas segala tunjuk ajar
terima kasih kerana menjadikan siapa aku seperti skrg
terima kasih kerna mencongkil bakat y aq sendiri x sedari
terima kasih kerana x pernah berputus asa mendidik kami
terima kasih


terima kasih
kawan-kawan
kerana korang juga guru bagi diri aq
bnyak menegor & mengajar aq
banyak memimpin aq saat aq dlm kekesatan
bnyak bersabar dgn kerenah aq
terima kasih kerana menerima aq sbg seorang sahabat
terima kasih


walaupon ada kalanya tek terungkap dibibir
tapi percayalah aq sngat2 menghargai jasa kalian terhadap diri ni
terima kasih SEMUA


wassalam
adiosss... amiosss...

Wednesday, May 7, 2014

Gila

keliru
tak paham... mungkin!!
terjebak dgn masalah... tak mungkin...
untuk yang kesekian kalinya aq mengadap persoalan yang sama

mengadu... bercerita... luah..
bukan cara aq mengadap kawan lontar semua masalah hati
walhal aq selalu ja jadi tempat kawan longgokkan cerita hati
lagaknya mcm pendengar setia
tapi kalanya diri sendiri pon xmampu tafsir perangai diri

aq sibuk...
tak pernah wujud dlm kamus hidup
hakikatnya aq buat2 sibuk
sebab...

DIA

buat apa nak menipu
nak menyangkal kata hati
hakikatnya
tiap2 hari aq terbayang
tiap2 hari aq mcm nak tengok
tiap2 hari aq mcm nak tegor

tapi semua dlm hati
bila jumpa diam kelu satu bahasa pon dah x kenal
satu ayat pon aq x luah
belakon mcm x penah pendam apa2...
buat2 mcm x perasan apa2

dalam hati
berkobar2
dari jauh nampak nak dekat
bila dekat xboleh lama2
xmampu dekat

mampu... jeling
hanya pandangan sisi
apa nak sembunyi
curi2 mcm pencuri
padahal dah terbentang depan mata

suka dia senyum
aq...
hanya balas senyuman sesorang
dah mcm orang gila
tepok2 sebelah tangan...
buat apa nak kecoh kalau dri sendiri x heboh

pendam pendam pendam
lama2 mendap berkarat mati sesorang
xda keja aq sibok cari keja
sebab
nak alihkan otak aq
buka mata tutup mata
hanya nampak satu wajah

DIA

penakot
pemalu tu pembohong
hakikatnya xsanggup terima kekurangan diri
atau x sanggup dengar balasan hati
ditolak aq jatuh
nak naik balik bukan mudah

susah nak terima 
ego diri xpenah nak tewas
lagaknya hanya depan...
belakang apa ada
takot banyangan sendiri
sampai bila pon tak terubah

susah nak ckap
TAIP
hakikat hati aq masih x nak mengalah
aq berharap pada orang y tak pernah aq luah
tunggu sampai bila hati sendiri pon tak terjawab
lama2 tepok tangan banggakan kegoan diri
yang didepan mata diambek orang
itu mungkin pengakhiran

tapi aq harap cerita sebaliknya
mohon buka pintu hati
mohon toleh tengok sini
mohon paham hati batu ni
mohon jangan pergi
aq mohon...

bagi aq masa
hati ni x kuat lagi
mulut ni terkunci lagi
aq takot masa x belas dengan aq
aq takot masa menipu aq
aq takot kehilangan
aq takot merana

Tuesday, February 18, 2014

2014 - Aku Kembali

~ assalamualaikum ~


erm... hari nie... malam nie...
aq kembali lagi... setelah sekian lama...
bagaikan penuh sesawang dlm blog nie...
terbiar buat sekian lama...
apa khabar warga blogger sekalian???

2014
kini dah dipertengahan bulan februari
kejap ja dah nak masuk mac

siyes bila dah lama tinggal
xtau nak menaip apa
cuma disini nak khabaq yang aq dah bebas
bebas dari tanggungjawab yang aq pikul selama setahu
tapi masih lagi bertarung dlam pelajaran
yang berbaki setahun lagi nie


mulakan langkah baru
semangat baru bersama azam baru
semoga semester terakhir nie lebih bermakna


~ wassalam ~
adiossss

Thursday, May 30, 2013

Long Time

Assalamualaikum...

hai guys... long time..
siyes rasa sngat rindu nak aktif macam dulu...
berbulan2 aq tinggalkan blog aq nie...
sepanjang 3,4 bulan ni sngat bnyak aktiviti sampai tak terupdate disini...
aq harap lepas ni aq mampu luangkan masa untu berblogging kembali...

soo how yours???
pejam celik pejam celik aq dah dipenghujung sem 4
esok lusa dah start final exam...
ouchhhhh!!!... kejap masa berlalu...

jadual exam sem nie yang ohsem!!!


4 jun:
Financial Accounting and Reporting IV

5 jun:
Advance Management Accounting 
& 
System Analysis and Design

10 jun:
Business and Professional Communication 

23 jun:
Auditing and Assurance II


aku harap segalanya dipermudahkan untuk sem nie...
perlukan kekuatan untuk menempuh hari2 mendatang...
soo guys... pray for me :)

last for this time... 
meh tengok PESAN CIKGU
khas buat korang2 yang bakal ambek exam... hehehehe


wassalam...
adiosss... amiosss

Saturday, January 19, 2013

Cuti Sem Yang Ohsem


17 jan 2013 - start cuti semester...

19 jan 2013 - bukit kayu hitam + jitra... (Semarak)
20 21 22 23 jan 2013 - kedah + pulau pinang + perak... (Menyelusuri Jalan Harapan)
jom berbakti siswa :)

26 jan 2013 - sepupu kahwen...

2 feb - 14 feb 2013 - student leadership camp, UUM
15/16/17 feb 2013 - daftar semester 4

mmg x cuti gayanya sem ni :)
i ♥ UUM "Universiti Utara Malaysia"

Sunday, January 6, 2013

Salam 2013, Selamat Tahun Baru

-assalamualaikum-


hai semua... 
aq kembali lagi buat pertama kalinya di tahun 2013
bersama gambar yang aq edit time tengah borink tadi... 
cilok2 kat en. google ja.. last2 jadi mcm ni... 
hehehehe




ok lah... entry pertama di tahun baru ni aq xnak berceloteh panjang
dek kerna aq masih dalam mood exam
so... just nak ucapkan 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 
2013 MASIHI

semoga segala kedukaan n kenangan pahit ditinggalkan bersama 2012
dan bertandang ke 2013 dngan hati yang suka gembira...

tahun ni aq xbuat azam baru or renew azam lama2
sebab aq mmg xsuka berazam... azam tinggal azam!!!
x pernah tertunai pon tiap2 tahun.. hahahha
aq harap tahun 2013 ni 
lebih mendewasakan dan mematangkan aq

semoga aq dapat menjalankan tanggungjawab sebagai
"hamba-NYA, anak, pelajar, perintis"
dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan

lastly... aq nak ucapkan selamat bertempur buat rakan2 aq
yang telah/masih/baru berperang dengan final exam
semoga kalian mendapat DEAN LIST sem nih...
go go go... lakukan y terbaek :)


wassalam
adiosss... amiosss...

Friday, September 14, 2012

Semester 3

-assalamualaikum-


hai korang2 semua..
dah tidor ker???
haishhh... aq juga yang berjaga pagi2 nie...
borink xtau nak wat pa... roommate pulak balik kampung...

hari jumaat... sabtu n ahad...
3 hari cuti... ramai dah student UUM y fly balik umah
tinggallah aq kat Kachi Highland nie menatap lappy nie sengsorang...

Dewan Mu'adzam Shah


dewan kebanggaan warga UUM...
baru jumpa gambar nie... smart doh... hehhehee...
bulan depan dewan nie bakal dipenuhi oleh para2 graduan...
seminggu depa bersidang... aq pon asanya akan terlibat kot...
hep ashik dok call.. kata nak wat meeting pesta convo... 
tapi cancel pulak meeting tu sebab ada hal... lepas nie agaknya berjumpa...



ok... ari nie nak tayang jadual aq sepanjang sem nie...
bertuah gila aq sebab dapat kelas hari2 abis jam 6 petang =.="
sabooooor je laaaaa...

dah tak boleh nak pusing2 lagi...
aq malas nak pening2 kepala pegi pejabat add/drop tukaq group...
kang berselerak balik jadual aq...
tunggu sem depan aq atoq bagi elok2 pulak...
sem nie aq terima seadanya apa y ada...

lagi pon aq dah jumpa 3 orang lecturer y ngajaq sem nie...
semua 3 orang tu lelaki... muka ala2 legend gitu
tapi bila ngajaq best... x la serius sangat...
minggu depan nak jumpa lagi 3 orang lecturer pompuan lak
harap2 semuanya sporting2... mudah urusan aq...

k lah... malas nak melalut panjang2...
esok nak balik kampong asanya..
tiket kapal terbang dah beli...
boleh la balik umah jap... sabtu pagi terbang mai UUM balik
hahhahahhaaaa (harap jngan percaya pasal terbang2 tu!!!)


wassalam
adiosss... amiosss...

Tuesday, September 11, 2012

Kata Mereka!!!

-assalamualaikum-


petang2 yang suram nie...
aq nak kongsi satu gambar...
bagaimana yang dikatakan mulut manusia
tidak ber"insuran" dan tidak ber"zip"

dalam hidup... kita sering mendengar dan terdengar
setiap tingah laku yang kita lakukan
segalanya tak pernah kena dipandangan orang lain
setiap orang ada pandangan dan pendapat tersendiri

ok... biar gambar dibawah menceritakan serba sedikit
apa yang sedang aq perkatakan...




cukuplah 4 situasi diatas
bagaimana pandangan orang terhadap kita
apa pun yang kita lakukan tak kan memuaskan semua pihak
mesti ada sesetengah pihak yang akan mempertikaikan perlakuan kita

soo... bagi aq... just done what u think right for u...
kekadang kita kena pekakkan telinga
kekadang kita kena butakan mata
hidup kita tak sempurna...

kita tak boleh menurut sahaja segala telunjuk dan arahan orang
kita kena ada pendirian didalam diri...
sampai bila kita nak dikongkong dengan kata2 orang lain
buka minda buka hati pandanglah kehadapan
anda yang menentukan corak hidup anda...


wassalam
adiosss... amiosss...

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya

-assalamualaikum-

SALAM RAMADHAN
SALAM SYAWAL


dengan ingatan tulus ikhlas 
daripada : SAIFUL BASRI ABDULLAH a.k.a KOTAK MANCIS a.k.a CIPUN_BASRI


semoga syawal dirai dengan penuh keriangan
ayuh... sama2 kita salin memohon kemaafan
lupakan segala sengketa lama... 
eratkan ukhwah tali persaudaraan
jangan dilupa sanak saudara...
ringan-ringankan tulang melawat saudara mara


wassalam
adiosss... amiosss...

Wednesday, August 1, 2012

Ada Apa Dengan 31 Julai

-assalamualaikum-


hai blogger semua...
apa khabar kalian semua
macam mana perjalanan ramadan kali nie
sememangnya terbaek bukan...


ok... semalam 32 31 Julai 2012
telah dimansuhkan diishtiharkan perang sebagai "Hari Pahlawan"
korang tau ka apa tu pahlawan


pahlawan nie merupakan orang y banyak berjasa
orang y bermati-matian mempertahankan keretapi tanah melayu kita ni
klu tak kerna pahlawan2 ni... tah wujud ka tidak kita ni
dahulunya... tugu peringatan juga dibina...
bagi memperingati perjuangan pahlawan negara kita ini


TUGU NEGARA MALAYSIA


soo... bagi menghargai pejungan dan pengorbanan para2 pahlawan
aq tlah karang sebuah sajak yang tak serupa sajak...
korang paham maksud aq???
ok jom tengok...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Duhai pahlawan wira negara
Namamu diukir kebanggaan bangsa
Kerana kau, hadirnya bangsamu dibumi
Jasamu dikenang pengorbananmu dijulang
Mengerah kudrat segala keringat
Membawa Melayu dimata dunia

bersambung.... klik [sini]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

klu korang nak baca sambungannya... 
korang kena la singgah di blog aq y satu lagi


oklah... hari nie dah 1 Ogos...
bermakna:
- cuti sem aq pon tinggal sebulan ja lagi
- lagi 2,3 minggu kita aq berhari raya
- tanggal 55 tahun kemerdekaan pon bakal tiba
- bufday ayah, abang ipaq, sanak saudara


macam2 event akan berlaku dlam bulan ni
soo... apa pon harap bulan ogos ni membawa kebahagian kepada semua
selamat berpuasa


wassalam
salam ramadan
adiosss... amiosss...

Friday, July 27, 2012

Oh! RESULT

-assalamualaikum-


hai koang2 semua..
apa cer... dah tidoq blom... dah sahor blom...
mesti ramai dah dibuai mimpi indah kan...
hari nie semuanya telah terjawab bagi aq
perjalanan selama 1 semester aq kini terbentang didepan mata



dan begitu juga yang dialami oleh kawan2 sepengajian aq
macam2 riaksi yang aq dapat tengok dlam FaceBook petang tadi
ada yang
Happy, Kecewa, Bengang, Sedih, Trauma, Terharu, dan mcm2 lagi laaa


nie semua tak lain tak bukan sebab result exam kami dah kluar
haishhh... tersiksa batin aq nak tengok result hari nie
sejam lebih aq bermain dengan keyboard...
ashik dok menaip user ID n password yang tak lopas2 nak login
sure laa ramai yang berebut nak masuk portalkan...


apa pon aq berjaya juga tengok result aq walaupon sekali imbas
cukup la buat penenang jiwa raga ku yang gelisah masa tu
seperti yang aq jangkakan... xbnyak yang aq dapat... :(
sekadar cukup untuk memuaskan hati sendiri
nak kata dekan tu gayanya kena tunggu lagi la next next next sem... :)


apa pon aq sngat bersyukur dengan apa yang aq dapat
walaupon xbnyak peningkatan... 
cuma meningkat pointer sebnyak 0.11 ja dari semester lepas
aq lega sebab ada peningkatan... klu tak xtau cam na nk habaq kat parents...
bukan takot diorang marah... tapi malu sebab result kurang menarik
apa pon yang kita capai..
aq sentiasa ingat
RESULT kita menggambarkan USAHA kita
perjalanan masih JAUH...
tak bermakna jatuh sekali selamanya akan jatuh kan???
sooo... tanamkan azam yang baru...
pulon lagi semester akan datang...


wassalam...
adiosss... amiosss...

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadan

-assalamualaikum-


hari nie suam2 kuku orang tua2 kata
cuaca xpanas dan x sejuk sangat...
dek kerna hujan lebat semalam...
apa pon 5 ramadan mesti diteruskan

hari nie juga aq xbnyak kija
almaklumlaa.. semalam kan ujan, so ari nie kami mengumpul duit je.. 
hehehheee... bakal masyuk lagi hari nie
berapa upah aq terserah dkat mak aq nak huloq berapa pon
aq terima seadanya (ayat xleh blah...)

sejak 4,5 hari nie
aq kematian idea.. kebuntuan akal
xtau nak post apa... idea xmuncul tiba

sebelom terlambat
dengan berbesar hati nak ucapkan
SALAM RAMADAN & SELAMAT BERPUASA
kpada semua kaum muslimin n muslimat


bila tiba bulan penh keberkatan nie aq terkenangkan kenangan2 lalu
kenangan bersama sahabat2 berbuka puasa di rumah sewa
kekadang berbuka dirumah classmate
kekadang ramai2 berbuka di kedai2 makan
kenangan yang x dapat aq lupakan masa belajaq di POLIMAS dulu

dalam dok berseronok berpuasa
sedar tak sedar esok dah 26 Julai 2012 bersamaan 6 Ramadan
huru hara & khabar angin mengatakan sesuatu yang aq sangat takot
result kami pelajar UUM akan kluaq


sem 2 ni aq just ambek 6 paper jaa
tu pon dah macm nak pecah kepala otak
tambah2 pulak paper akaun... menggila aq dibuatnya
teori pon bnyak semester nie...

apa pon aq berharap sangat semester nie pointer aq naek 
semester lepas result aq sngat mengecewakan
tah kenapa aq dapat teruk...
sepatutnya sem 1 la nak dpt pointer tinggi2... haishh

apa pon aq berdoa agar result aq esok memuaskan
redha ja apa pon keputusannya...

ok laaa... selamat berpuasa semua...
wassalam
adiosss... amiosss...

Tuesday, June 26, 2012

Final Over!!!

-assalamualaikum-


hoyeh hoyeh hoyeh hoyeh hoyeh
hati ku gumbira tidak terkata




akhirnyaaa
25 hari yang sangat menyiksa batinku
wakakakkakakkaaaa
berperang dengan exam yang sungguh memerikkan




apa pon result yang bakal aq dapat
tawakal jelaaa... aq dah berusaha sedaya mampu...
harap2 dapat memperbaiki CGPA sem nie...


apapon perjalanan di Hutan Sintok masih jauh
2 tahun lagi masa menantiku disana
aq harapkan pengajian semester hadapan lebih menyeronokkan
2 bulan lagi aq akan bersemester 3...


perancangan disusun memenuhkan masa 2 bulan nie..
destinasi terdekat:

Bakti Siswa 2012
Kampung Anak Kurau, Batu Kurau
Taiping, Perak
2-5 Julai 2012




29 Jun 2012 dah kena balik prepare kelengkapan program
kali ni ditempatkan sebagai AJK Keselamatan
harap2 aq dapat jaga keselamatan semua kawan2 yang bakal aq kenali nanti
peace yaw!!!


wassalam
adiosss... amiosss...