-assalamualaikum-
06 - 09 April 2012
seperti tarikh y tertera kat atas tu
aq meluangkan masa 3,4 hari dia Kuala Koh, Kelantan
didalam program Bakti Siswa (Baksis)
signboard besar depan pejabat perhilitan Kuala Koh
rasanya baru buat ja
sebab aq search sebelom nie semua gambar lama lagi
batu bata tu pn xda lagi...
nie banner yang kami bawa
program nie under Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UUM)
dgn tema "Jalinan Kasih Ikatan Murni"
Yeahhh... tanda nama aq.. simple.. but nice...
perjalanan kami mengambil masa lebih 12 jam
kami bertolak dari UUM jam 4 petang 6 April 2012
then sampai di felda chiku jam 3 pagi
kami tidoq atas bas sampai subuh sebab jalan kuala koh teruk
bila dah cerah bas bergerak masuk ke Taman Negara Kelantan
sejam perjalanan kami sampai jam 9 pagi
07 April 2012
sesi bergambaq telah bermula
aq ditemani 2 sahabat (Nadiah Kassim & Nadia Isma)
nama pon dekat2 nak sama... haishhh
kawan2 baru aq kali nie... baru pertama kali kenai
(rahim, zizul, mat, min, pit, alif, pod, mie, nik, abu, jo, bulat)
geng lelaki jela aq kenai smua...
geng2 pompuan bnyak y aq xkenai2 lagi
hahhahaa... biasa la kan
program apa pon mesti 1:3
so sngat susah nakk mengingati semua nama pompuan
selepas perasmian pembukaan oleh pegawai perhilitan
kami semua bertungkus lumus menaikkan khemah
time nie sngat2 menguji kesabaran
sebab khemah UUM nie bnyak y dah xpired
apapon kami ramai2 usaha siapkan jugak
walaupon ada khemah yang senget2
nasib la kan... dugaan y kami kena tempuhi
xtvtv kami bermula lepas zohor...
kami buat xtvt canopy walk, trekking & tubing
nak buat semua xtvt nie
kami kena menyeberang sungai guna jambatan gantung nie
5 orang ja boleh lalu di jambatan nie satu2 masa
aq selalu lompat2 atas jambatan nie
hahhahahhaaa
ashik kena marah dgn nadiah kassim ja
dia takut tinggi, gayat, aq pulak dok mengusik
hahhhahahhaa
lepas naik jambatan gantung
kami smua mulakan xtvt dgn acara canopy walk
tersangat la best canopy walk nie
atas tu kena jalan sorang2
jarak antara satu sama lain lbh krg 5 - 10 meter
bergntung kepada panjang canopy tu
sapa yang takut gayat mmg sesuai naik nie
boleh bina keyakinan diri
sebabnya kita kena naik seorang diri
tinggi canopy tu lebih krg 12 - 40 meter dari permukaan tanah
senang cerita mmg kat atas puncak pokok laa...
kat tengah2 hampa boleh rasa beralun
mmg sngat2 menguji keberanian...
abis canopy... kami kena trekking lebih kurang 2 KM
sejam naik turun bukit yang agak lincin
aq dah mmg siap2 dari awal lagi
aq beli kasut getah yang orang pakai pegi noreh
so xla kotoq kasut sport aq... hehehhe
lepas penat trekking dalam hutan simpan
kami tiba di kawasan pelepasan tubing
semua muka2 xcited nak tubing plus dok kalut cari pacat
rupanya ramai y takut pacat...
dalam hutan tu dah macam alarm...
setiap 5 minit menjerit then menjerit lagi... hahaha
kat cni aq orang pertama y dilepaskan
sangat2 best beb!!!
masa nie aq dpat imbau balik kenangan masa berakit dulu
aq guna pengalaman yang dapat masa dulu
ikut arus air... so tubing tu akan lagi laju
best snagat2...
aq sampai first ari tu lepas bersaing dengan Mat
08 April 2012
ok...
pgi hari kedua kami bersiap2 utk ke perkampungan orang asli
15 minit berjalan kaki utk ke sana
sebelom bertolak kami sempat ber"posing" depan dewan utama
ajak pegawai n timbalan pegawai perhilitan posing sekali
sporting dpa nie... siap buat mcm2 gaya lagi
di kawsan perkampungan orang asli
semua berenti rehat sebelom masuk ke kampung tu
takot2 depa semua x sedia nak terima kedatngan kami
bnyak mulut ckap orang asli nie x mesra
soo... kami pon mcm was2 la cikit
takot depa xleh terima kedatangan kami
semua berkumpul di kampung orang asli
pusing2 tengok kawasan
ada penempatan baru disitu
ada rumah2 batu y baru dibina...
tapi orang2 asli nie xduduk dalam umah tu
katanya sakit badan sebab simen sejuk...
time nie Mie pinjam gitar orang asli
pakat dok menyanyi sakan dalam umah tu
habaq ja nak lagu apa.. semua masyukkk..
Bulat pulak xcited dok berlatih menyanyi lagu orang asli
"badol badar...
pakad bersama...
hila hila der...
laiker badar...
budi bahase dek...
kenaler dijage...
adat beradat hey...
kenaler dijage...
supaya tidak jak...
hidup je aman..."
aq pon xpaham sngat apa maksud lagu nie
kalau korang tau maksudnya share2 la dgn kome
nie time kat umah keluarga angkat
bapa angkat kami Bapak Rahman
udah ada 5 orang anak
3 orang ank dia dok di asrama.. 2 lagi ada kt kampung
Pak Rahman ada ajar kami bahasa kaum batek
tom = air
aiq = rumah dlam hutan
deng = rumah kampung
chik = makan
chik bab = makan apa2
tek = tidoq
ngok = duduk
cip = pergi
am = minum
yek = saya
moh = awak
mijik = jauh
dek = dekat
oilah kabar moh = apa khabar awak
neng ade2 = xda apa2 (sihat)
oilah yek sayang moh = saya sayang awak
dapat blajar sikit ja bahasa kaum batek
tak smua penduduk kat sna pandai ckap melayu
kadang2 aq sendiri pon xtau apa y depa cakap
buat2 paham ja laaa...
rumah orang asli
beratapkan daun2 dari hutan
mmg sangat sejuk, xrasa bahang panas klu dok dalam rumah depa
ada yang lagi sempoi rumah ada lantai n bumbung ja
dinding pa semua xda... tapi ada anak lima
boleh hampa pikir lojik...
hahhahahahhaaaaa mana anak2 depa mlam2
haishhhh... boleh juga macam tu nooo...
kami bergambaq kenangan dengan pak rahman
nie lepas bagi sumbangan beras n hamper barang2 keperluan harian
jalan2 nak balik taman negara jumpa pulak batu nie
so bergambar lagi...
hehhehheee....
lepas tu lalu pulak fort renjer
dia berenti kasi tumpang... cenaih nek terus...
mula dgan lami 3 ja....
lepas tu smua pakat nek... penuh kat blakang...
pengalaman lagiiii...
09 April 2012
xtvt ari tu just pegi tempat pembiakkan ikan kelah
kami dibahagikan kepada 3 kumpulan
masing2 akan pergi ikut turn
satu trip 3 bot
perjalanan nak sampai kat kuala pertang tu lebih kurang15 minit juga
aq n kawan2 naik bot y second trip...
soo kami kena tunggu geng2 first trip sampai kat jeti dulu
lama juga tunggu...
brother bas pon xlopaskan peluang join semua xtvt kami
kami canopy depa pon join...
tubing pon depa join
boleh kata mana ada kami disitu ada brother bas
hahahhahahhaa... sempoi depa dua nie...
masa tnya boatman tu, dia cakap satu trip RM60/boat
mahal juga laaa...
time bagi ikan kelah makan
besar beb... aq nampak sekaq tu lebih kurang satu kaki panjang
boatman tu cakap klu jual sekilo seratus lebih
perhhh.. mahal kot...
dah abis bagi makan kami posing2 pulak...
bukan senang nak dpat peluang macam nie
tah bila pulak boleh mai sini
sooo... manfaatkan semua masa y ada dgn berposing
kahkahkah..
yeahhh... seperti biasa bergambar dengan dua cewek kedah nie
gambar pegawai, staf, student practical jab. perhilitan tmn negara
semuanya sempoi2.... masing2 buat kami xkering gusi
kami bertolak dari taman negara jam 12 tengah hari
cadang nak singgah kat Lata Rek
boleh mandi2 n makan tengah hari
malangnya tengahari tu hujan
so kami x berani ambek risiko
so... berenti tepi jalan tok makan tengah hari
then bertolak ke Wakah Cek Yeh
kat Wakaf nie aq join 4 orang nie pusing2 dalam tu
llebih kurang macam uptown kat stadium aloq staq juga la...
nak cari keropok leko pon susah
pusing punya pusing last2 jumpa juga satu kedai yang jual...
lebih kurang jam 11 malam kami berangkat pulang ke kedah
bnyak memori di kelantan...
rasa tak puas dok sana 3 hari
kami semua selamat sampai di UUM jam 5.30 pagi 10 April 2012
pengalaman kali ni sangat berharga
pertama kali aq mendekati orang2 asli nie semua
pertama kali aq maen tubing n canopy walk
harap2 lepas nie ada lagi program y menarik macam nie
aq lebih suka buat xtvt luaq
dari dok memerap dalam dewan dengaq ceramah
tambah2 dapat penceramah yg xda deria gelak
lagi la aq tension... hahhhahaa
ok... see u later
mau titow sudah
gud nite...
wassalam
adiosss... amiosss...
0 Ulasan Dari Hati:
Post a Comment
Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~