Friday, May 30, 2014

Throwback - Bakti Siswa 2012-2014

assalamualaikum


hari nie dah masuk jumaat... esok hari terakhir bulan mei
maka akan bermulalah episod baru di bulan jun
aq pun dah selesai semua kelas untuk semester ini
maknanya no mare classes for me
tiga tahun pengajian aq hampir kepenghujungnya

3 jun aq akan start exam...
berakhir 18 jun nanti...
then aq akan meneruskan praktikum pulak bulan julai nanti
sempat juga la cuti sem sebulan

bercakap pasal cuti sem
dah sinonim bagi pelajar uum dgn program Bakti Siswa
atau singkatannya Baksis
kalau yang xtau tu mohon apply tukar universiti
dah sem last nie, aq xjoin asanya baksis
sebab tiap2 sem muka aq ja yang folo program nie

lagi pon sem nie area kedah ja
dekat dengan universiti
yang specialnya sebab dalam bulan ramadhan
ada juga yang buat area kampung aq
kawasan padang sanai.. dekat sangat dgn umah aq

sepanjang 3 tahun nie
jom tengok program2 baksis yang aq dah join


1) Baksis Jalinan Kasis Ikatan Murni 2012

program nie yang pertama aq join
kami seramai 40 orang ke Kelantan
Taman Negara Kelantan, Kuala Koh
berprogram di kawasan perkampungan orang asli
program nie anjuran MPP UUM & COLGIS
dengan kerjasama dari JAKOA




oleh kerna nie program first aq
masa nie aq pergi sebagai peserta biasa ja...




2) Baksis Kasih Dicurah Kenangan Tercipta 2012

seterusnya program anak angkat
anjuran JKPS DPP Bank Rakyat UUM
kami berkampung di Kampung Anak Kurau, Batu Kurau Perak
3 hari, 2 malam kami kat sini
kampung yang harmoni
banyak xtvt dijalankan orang2 kampung

layanan yang diberikan pon amat2 terbaik
tambah pula masa kami sampai tu musim durian
tau2 jela... buah durian baru kurau antara yang terbaik di perak
power gila beb...




masa nie aq pegang jawatan sbg AJK Keselamatan
mmg x selamat la klu aq y pegang jawatan tu
bnyak suka duka dlm program nie
siap aq disuruhnya menyanyi masa malam kebudayaan
malu gilaa... 




3) Baksis Hari Polis Ke-205 IPD K.Muda 2012

okey... yang nie pon dikira bakti siswa juga laa
sempena sambutan hari polis yang ke 205
anjuran MPP UUM dan PDRM
kami ke Ibu Pejabat Polis Sungai Petani

menghabiskan masa setengah hari 
membantu kuaters polis sediakan juadah tengah hari
time nie ada hari terbuka kat situ
siap jemput ustaz Don
tapi malangnya, masa kami sampai dah abis ceramah tue




program nie biasa ja...
tolong membasung dan memasak ja
lepas siap semua kami berangkat balik




4) Baksis Semarak MPPUUM 2013

yang nie baksis tahun 2013
dekat ja dengan UUM
area kampung Binjai (xtau betol ke tak nama nie)
SEMARAK nie singkatan bagi
Siswa Bersama Masyarakat
anjuran MPP UUM

kami ke kampung nie bergotong royong
bersihkan kawasan sekitar dewan serbaguna
sambil tolong memasak untuk kenduri tengah hari tu...




kat kampung nie ramai penggiat2 politik
sikit2 bercakap pasal politik
hahahahaa... mcm2 ragam bila masuk kawasan orang
last masa penutup Adun Bukit Kayu Hitam turun sekali




5) Baksis Menyelusuri Jalan Harapan 2013

baksis yang terBEST pernah aq join
kami merantau 3 negeri
kedah, pulau pinang & perak
anjuran JKPS DPP Bank Rakyat UUM

dari stu tempat ke satu tempat
banyak slot2 sedeh dlam program nie
pengalaman dan kenangan terindah

antara tempat yang kami singgah
rumah warga emas, golongan geladangan, rumah anak yatim
rumah kanak2 oku, sekolah pendidikan khas
dan last sekali hospital bahagia

pengalaman yang korang xkan jumpa dipasar malam
takdapat di beli dengan duit berjuta
korang kena joindan rasa apa yang aq rasa
sampai hari nie aq rindu nak pegi program mcm nie lagi
masa nie banyak la yang keluarkan air mata JANTAN
hahahhhaa




dlam program nie
aq galas tanggungjawab sbg bendahari
takut juga la 3,4 hari berprogam dgn suit cash seribu dua kat aq
duit kutipan derma n duit program...
x senang duduk doh pegang duit bebanyak nie




6) Baksis Kembara Budi Siswa 1 Malaysia 2013

lagi aq join baksis di terengganu
kami ke area besut dan kuala terengganu
program nie juga anjuran JKPS DPP Bank Rakyat UUM
di besut kami berkampung di umah keluarga angkat
jalankan xtvt kemasyarakatan

then hari2 seterusnya kami ke kuala terengganu
disitu kami singgah berxtvt di umah anak2 yatim
dan sekolah pendidikan khas




tugas aq dalam baksis nie sbg setiausaha
program nie bnyk mengajar erti kesabaran
last2 minit penajaan x jadi
huru hara kami jadinya
dengan berbekalkan budget yang diberikan
kami berjaya harungi




7) Baksis Jakinan Ukhwah 2014

yang nie pulak awal tahun ari tu punya cerita
kami berbakti di penang
masih lagi anjuran JKPS DPP Bank Rakyat UUM
aq galas tugas sbg penasihat ja masa nie
kebanyakkan yang join semuanya junior2 sem 1

so masa nie jadi guiden diorang laa
aq nak guide orang? diri sendiri pon x terkawal...
hahahhahahaaaa




program kami dengan adik2 sekolah rendah
first dengan SK Padang Polo
adik2 kelainan upaya
then dengan adik2 di SK Minded Height
diorang nie mmg sempoi
pemikiran mengalahkan student universiti

hari kedua kami bercamping
kami masuk taman negara pulau pinang
hiking ke pantai kerachut
BBQ mandi pantai semua

hari last kitorang balik semuanya ok
sehari lepas tu heboh satu malaysia ada 4,5 orang mati lemas kat situ
nasib kitaorng dah balik
sekarang asanya dah diharakkan terus mandi kat pantai nie
sempat juga aq merasa mandi kat situ...
huhuhuuuuuu




8) Baksis Masyarakat Mahasiswa Penyayang 2014

the last baksis yang aq join kat Sabah
program nie join venture dengan satu program lain
masih anjuran JKPS DPP Bank Rakyat UUM

yang menariknya tentang program nie
kami ke sekolah SK Pulau Gaya
sekolah yang dibuat diatas air
aq x sure air sungai atau laut

tapi mmg best
adik2 kat sini pon sporting
cikgu2 lagi laaa... semuanya mesra
first time aq tengok sekolah yang 100% atas air
dengan dewan terbukanya... perhhh... damai siottt...




tugas aq dalam program nie sbg Ajk Logistik/Publisiti
setengah hari kat sini dengan calon2 UPSR
happening sngat...




tu jela serba sedikit perjalanan baksis yang aq join
dari tahun 2012 hinggalah 2014
masa aq diploma dlu x femes dengan program baksis nie
klu ada pon aq jarang join
tapi masa degree nie aq juga kaut semua pengalaman yg dihidang
dan terbukti bnyak kenangan aq kat sini

suka duka 3 tahun aq tempuh
esok lusa tiada lagi aq di UUM nie
sedeh juga asa nak tinggalkan UUM dan kawan2
bnyak benda yang aq belajar disini
bukan semata2 aq masuk kelas jaaa

yang pasti
aq akan rindukan semua kenangan nie
rindukan kawan2
rindukan persekitaran universiti


wassalam
adiosss... amiosss...

0 Ulasan Dari Hati:

Post a Comment

Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~