Friday, May 31, 2013

Feb - Mac - Apr - Mei

-assalamualaikum-


haloooooooooo.. ketemu lagi...
pagi nie aq berkeras juga melepaskan gian tangan aq 
yang dah lama nak menaip nie... hehehehee...
pagi nie aq nak upload sedikit coretan peristiwa sepanjang 4 bulan nie...
wahhh... comfirm korang lena baca entry nie... hahahhaaa

diawal sem yakni awal februari... 
aq dah dipanggil balik ke UUM terchenta untuk satu kursus
SLC "STUDENT LEADERSHIP CAMP"
pada 2-14 FEBRUARI 2013

sebanyak 4 siri dijalankan sepanjang 2 minggu tersebut
Siri 1 & 2 dijalankan di UUM
Siri 3 di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Perak
Siri 4 di Hydro Hotel & Paradise Hotel, Penang


kem ni diwajibkan kepada semua ahli kelab dan persatuan serta JKPS
yang memegang jawatan MT dan EXCO
so nak x nak semua kena join...
but program yang disusun sngat enjoy :)


bersama jurulatih di camp Ulu Kenas n pegawai dari Biro Tata Negara


bergambar beramai2 bersama team JKPS 2013
"JAWATANKUASA KEPIMPINAN & PEMBANGUNAN SISWA" 
semuanya sempoi2... bnyak kenangan disini...


anak2 sintok masuk hotel... cenggini la jadinya... hahahhaa
baru sampai penang dari perak... letih pon x abis lagi
bergambar punya pasal semua nampak happy...


ni sebelum masuk ke bilik interview & presentation almanak sepanjang 2013
sempat lagi berposing bersama Puan Pengetua :)
sporting sngat geng2 nie...


selesai SLC kini aq sah menggalas tugas sebagai 
EXCO BIRO INFORMASI & PENERBITAN "BIP"
JKPS DPP BANK RAKYAT UUM

dan program pertama selepas perlantikan adalah 
menjalankan ROADSHOW kepada penghuni DPP Bank Rakyat
ROADSHOW FEBRUARY 2013
23 & 24 FEBRUARY 2013
biro aq diamanahkan untuk menjalankan program pertama bagi sem nie...


barisan JKPS bersama Pengetua & Penolong2 Pengetua didalam majlis roadshow...


wajah exco BIP yang sngat poyosss... hahahhaaa


our committee members... like a big families :)
boss yang sporting...


sem ni juga aq terlibat dengan kegiatan luar kuliah "KLK"
perancangan awal kami akan ber water rafting...
tapi perancangan berubah last minit 
then kami diarahkan mendaki Gunung Jerai
wooooooooooooooow!!!
aq mendaki tanpa persediaan fizikal & mental... hahhaha

SURVIVAL GUNUNG JERAI
UNIT KEMAHIRAN HIDUP
SUB UNIT KEMBARA 3A
18 - 20 APRIL 2013


team kami... semua muka xcited nak mendaki...
bergambar dengan jurulatih...


 dipertengahan gunung... terasa azab mendaki tu...
bukan senang mendaki dgn bebanan 10 - 15 KG kat blakang...
aq kejang kaki lepas perhentian ke tiga...
sangat perik wey... jatuh mcm buah nangka masak daaaaaaa...

apa pon thanks kat kawan2 yang bersusah payah tolong aq...
sngat2 hargai jasa korang semua...


muka puaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaas...
sampai juga di puncak Gunung Jerai 
selepas 6 jam pendakian dari Kem Titi Hayun
berehat seketika di persekitaran Regency Hotel
sebelum meneruskan perjalanan hampir sejam ke camp site


bergambar kenangan bersama kawan2 di puncak...


walaupon letih n kaki yang kekejangan...
persiapan harus diteruskan...
prepare untuk BBQ pulak sebelah malam...

  
then slpas BBQ ada xtvt ringkas tapi enjoy :)
semua pakat kena calit dgn colgate... sejuk siottt...
esoknya kami bergerak turun gunung ikut laluan kaki gunung jerai...
4 jam berjalan baru sampai bawah... fuuuuuuh!!!
terbaekkk... terpuasss... nak lagiiiiiiiiiiiiiiiii :)


ok.... lepas mendaki aq kena proceed dgn program under JKPS pulak...
26 APRIl 2013 
berlangsung PES TOURNAMENT III

then 10 MEI 2013 
FORUM - RANGKAIAN SOSIAL & MAHASISWA

tanpa pengalaman...
aq mencuba untuk menjadi Moderator dalam forum aq sendiri
ketaq ni jngan kata laa...
first time lak tu... apapon semua berjaya dilaksanakan...
dapat perkongsian ilmu yang berguna dari panel jemputan... :)


aq olah sampai panel tak tau apa yang aq tanya... hahahhaaa
lawak siott!!! malu pon ada time tu.. hahahhaa

n the last program aq untuk sem ni
program LANGKAH SETERUSNYA
dijalankan pada 11 MEI 2013
peserta program ni adik2 summer camp TEENS FUN CAMP
dari SMK JABI, SMK BUKIT PAYUNG, SMK POKOK SENA
then aq jemput penceramah dari POLIMAS & ILP JITRA


20 MEI 2013 aq sekali lagi join program under JKPS
program yang simple tapi menghiburkan
"BACK TO SCHOOL DINNER"


logo DPP dah bertukar kepada logo sekolah... pon boleh!!! hahahaha


specialnya malam tu semua peserta harus peruniform sekolah...
dan aq bertuah kerna baju semasa menggalas tugas ketua pengawas dulu masih tersimpan rapi
walaupon dah macam jubah bila aq pakai... hahhahaha


semua enjoy sakan malam tu...
semua tema ala2 sekolah.. makanan ala2 kantin sekolah...


gambar gambar dan gambar serta gambar... hahahhaa


dan tak kurang... tugas aq... PA SYSTEM...
my hobby... best control benda nih.. hehehhee...


bergambar kenangan bersama semua AJK perlaksana 
selepas selesai kemas dewan kira2 jam 1 pagi :)


last rasanya buat bulan MEI nie...
dijemput untuk memenuhi ruang2 kosong di majlis
"ANUGERAH KERANA JASA 2012"
27 MEI 2013 DI DMAS UUM


 kad jemputan...


mantan exco & timb exco Biro Sukan & Rekreasi 2012
berjaya merangkul tempat ke-3 untuk
SUKUUM "SUKAN UUM 2012"


malam tu juga kami dihiburkan dengan artis jemputan Aizat Amdan
4 lagu didendangkan Aizat malam tu...
(Terukir di Bintang, Pergi & Sungai Lui)
satu lagu baru tu aq xsure apa namanya :)


bergambar bersama mantan Presiden JKPS DPP Bank Rakyat 2012


last sebelum berangkat balik...
bergambar lagi...
pantang jumpa belon ada saja muka diorang nie.. hehhehee...


ok lah.. itulah serba sedikit coretan sepanjang 4 bulan nie...
terlepas sudah rindu aq nak menaip nie.. hehehhee...
lepas ni nak concentrate kat final exam pulak...
moga2 aq diberi kekuatan untuk hadapinya... amin...

k see u all's later...
wassalam
adiosss... amiosss

1 comment:

  1. Heyа і am for thе first tіmе here.
    I founԁ this board and I find Ιt truly useful & іt helped me οut
    a lоt. І hope to give sοmething back and helр otherѕ like you helped me.


    Мy blog post: сriaг site ()

    ReplyDelete

Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blogku Yang Usang

Daisypath Happy Birthday tickers