Thursday, June 17, 2010

Apakah Hala Tuju 1 Malaysia?

-assalamualaikum-

negara kita kini telah menjadi sebuah negara maju
setanding dengan negara luar.
pemimpin negara silih berganti memerah otak memajukan negara kita.
pelbagai usaha dijalankan demi kemakmuran dan keselesaan rakyat negara
Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
apakah dengan usaha-usaha ini dapat merubah
corak kehidupan rakyat negara kita.
antara slogan yang riuh kedengaran pada ketika ini adalah 1 Malaysia...
berapa ramai rakyat negara kita yang memahami
maksud disebalik slogan tersebut,
ataupun ianya hanyalah satu slogan untuk dibangga-banggakan.
seperti yang dikatakan oleh seorang pensyarah kepadaku...
"1 Malaysia bermaksud negara kita Malaysia hanya ada satu
dan tiada lagi yang seumpamanya"

maksud yang ringkas dari pemaham seorang pensyarah...
bagaimana pula dengan kita???



dalam mencorak negara kita kearah hala tuju 1 Malaysia,
peranan yang penting disandarkan kepada muda mudi negara kita...
oleh kerana itu tertubuhnya "Belia 1 Malaysia"


belia negara kita menggalas satu tanggungjawab yang amat besar
masa depan negara kita bergantung kepada akhlak
dan jati diri para belia zaman sekarang.
banyak anasir-anasir yang bakal menjatuhkan martabat belia kita.
antara yang terbesar sekali adalah pengaruh dadah dikalangan belia...
apakah cara yang paling berkesan dalam menangani masalah ini???
siapa yang berperanan membanteras gejala ini???
jawapannya adalah belia itu sendiri...



selain itu, remaja haruslah berusaha mengelakkan diri daripada terjebak
dalam kelakuan jenayah yang bakal merosakkan mereka disuatu hari nanti.
peranan dan kerjasama semua pihak adalah penting dalam
merialisasikan hasrat dan hala tuju 1 Malaysia.
pendidikan dari rumah harus diterapkan oleh para ibubapa dalam
membentuk anak-anak yang seimbang dari segi jasmani dan rohani,
malah tidak hanya sekadar mengharapkan pendidikan dari sekolah sahaja.

tanggungjawab masyarakat setempat juga harus dititikberatkan dalam
membasmi gejala maksiat yang sangat berleluasa pada masa kini.
pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan harus dielakkan.
pemantauan ibubapa yang berterusan adalah
kunci utama kepada penyelesaian gejala ini.
pemakaian anak-anak yang cenderong kearah barat haruslah ditapis
bagi mengelakkan masalah ini terus berlanjutan.


apapun...semua langkah pembentukan jati diri belia kini
tidak akan berhasil sekiranya semua pihak bertindak hanya sekadar
panas-panas taik ayam.

oleh itu sama-samalah kita membentuk 1 Malaysia yang
"cemerlang, gemilang, dan terbilang"

0 Ulasan Dari Hati:

Post a Comment

Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~