Sunday, December 23, 2012

Dinner DPP Bank Rakyat

-assalamualaikum-


hai semua... apa khabar...
harap2 semua sihat, klu x sihat, bnyakkan minum air suam...
cuaca sekarang x menetu, hujan panas hujan panas, banjirrrr...
itulah kitaran alam... 

x kurang juga buat kawan2 yang tengah pulon stdy untuk hadapi final exam
jngan terlalu menekan diri sendiri sampai mendatangkan kemudaratan
stdy hard plus smart... elakkan tekanan :)
semoga semua rakan2 berjaya harungi dengan hati y tenang,,,

ok... malam ni dalam mood malas buka buku.. hehe
aq nak coretkan sedikit kenangan buat penutup hujung tahun 2012 ni
pada 19 dis 2012, bertempat di EDC Hotel, UUM
Makan Malam bersama barisan JKPS, RA & Pengarah Projek 2012
sngat enjoy dgn makann y pasti memenuhi setiap ruang perutku.. huhu

sekitar perjalanan makan malam... 
x sempat snap gambar bnyak2 sebab tengah fokus makan.. hahaha


sebelum majlis berlangsung... ambek port yang terbaek..


faisal bermuka serius... 


steamboat kegemaran aq... aum aum...


kekiri kekanan kesana kesini sentiasa bersama 4 orang ni...
pemudah cara n pemudah bicara...
sngat senang bekerja dgn diorang
(faisal, aziz, azat & hafiz)


barisan JKPS


dinner diserikan dgn artis2 jemputan :)
terbaik dari DPP Bank Rakyat nie...
Rowaida + Walee
semua berbakat menyumbangkan suara menghibur kami malam tu


aziz x sabar2 nak makan... hahahhaaa...
menambah perasa la tu...


bergambar selepas dinner...



bersama ex-president (saudara kobengz)


diatas tangga pon boleh jadi kija...
hahhahahahaa...


last sekali.. dah jemu menunggu kawan2... 
bergambar alal2 x penah naek bas...
hahahhahaa


tamat perjalanan sem 3 aq di UUM...
bnyak perkara y aq pelajari
2013 bakal membawa hamparan yang baru buat aq...
semoga segala pengalaman 2012 menguatkan aq dimasa depan...

exam exam exam
semakin hampir... just 3,4 hari lagi...
bnyak yang perlu di touch-up & mark-up
doakan kejayaan aq kawan2 semua...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

FINAL EXAM SEMESTER 3 2012

26 DEC 2012 - ACCT INFO SYSTEMS II
31 DEC 2012 - FINANCIAL ACCT & REPORTING III
01 JAN 2013 - MANAGEMENT SCIENCE
03 JAN 2013 - MANAGEMENT ACCT II
05 JAN 2013 - ADVANCE TAXATION
07 JAN 2013 - COMPANY LAW

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wassalam
adiosss... amiosss...

Sunday, December 16, 2012

Farid & Aishah 16/12/2012

-assalamualaikum-


hai blogger's... apa khobar korang...
malam ni aq tersngatlah xda mood nak ngadap buku2 nie...
walhal exam dah dekat sngat2... tah laaa...

ok... exam bukan topik kita malam ni...
tapi aq nak berkongsi kemeriahan majlis perkahwinan sahabat sekolah aq

Mohd Farif Mahamad Omar (Pokok Sena)
&
Nor Aishah Mahmud (Kuala Nerang)

orang kampung aq juga isteri dia... 
lopas nie kerap la jumpa dia kat kampung lak...
kali nie aq berpakat dngan dua sahabat...
maklumla... nak jejak kaki sorang2 malu2 kucing gituuu...


mape & chop
teman seperkolahan juga...
jam 3.30 ptg baru kami sampai umah kenduri...
dek kerna aq ada kuliah jam 12-2 petang tadi...
habis ja terus pecut pegi pokok sena...
nasib pengantin belum sampai lagi... hehehehee...


pasangan pengantin sedang menjamu selera
raja n ratu pink hari nie... 

lepas 2 jam lepak umah kenduri...
macam2 disambangkan kami tadi..
kbnyakkannya kisah2 masa sekolah dulu...
sebelom melangkah balik...
kami sempat bergambar dengan pasangan mempelai




RAJA SEHARI




buat sahabatku FARID n pasngan AISHAH..
moga perhubungan kalian berkekalan hingga ke anak cucu
lepas 10 tahun pastikan dah boleh tubuh kelab futsal sendiri k...
hahhahaaa... semoga kalian berbahagia...


wassalam
adiosss... amiosss...

Thursday, December 6, 2012

Holiday at Langkawi Island

-assalamualaikum-



dah lama sngat gambar2 ni tersimpan rapi dalam draf...
xda kesempatan nak merapu panjang kat blog nie...
ok lah... kali ni nak bercoloteh pasal percutian aq n keluarga
x lain x bukan ke pulau bebas cukai "Langkawi Island"

30, 31 Oktober - 1, 2 November 2012
percutian yang agak lama n santai...
kali nie segalanya disponser my mum...
huhuhuuu... satu family kami pegi...
motif utama nak ambek adik lelaki aq y blajar kat sana balik sini sambil pusing2 langkawi...

kali nie aq diberikuasa penuh untuk memacu toyota innova auto...
kelakar bila aq xpenah bawa keta auto... 
kaki ashik nak tekan clacth ja...
hari kedua kat sana kami start pusing2 jejalan tempat biasa2 jaaa...
telaga air hangat, taman rama2, beras terbakaq


seni bina melayu klasik...
sangat mnarik perhatian aq... :)


mak n ayah aq masa kat telaga air hangat...
tempat ni tutup untuk pembaikan...
soo, x bnyak sngat orang masa tu... lengang...


then kami singgah kat taman rama2 (klu xsilap la...)
boleh dikatakan mcm mini zoo la kat sini...
bnyak juga spesis haiwan n tumbuhan dalam nie... 


sempat lagi posing time tengah pusing2...


asanya mak aq jamu makan cukup kat semua anak2 dia...
tah macam mana adik aq boleh lapar lagi...
haishhh... ko tokak la dik oiii... biar rongak gigi ko... hahahhaa


ni sebahagian ukiran atas batu y sempat aq snap...
cantik doh... mcm mana diorang buat hah???


adik bongsu aq... cantik background air terjun nie...
terus suruh dia dok situ... aq nak snap gambar.. hahhahaa

petang nya pulak kami tinjau2 pantai chenang...
malangnya hujan x henti2...
so tukar plan pegi beras terbakar...
mak aq bukan main lagi memborong kain batik..
katanya nak balik wat business gitu..

hari seterusnya pula kami jelajah ke tanjung kilim, MARDI, n pantai chenang


jeti kat tanjung kilim...
bnyak sngat bot penumpang kat sini...
boleh ja pilih mana2 pakej... yang pasti pakej paling murah pon RM180 untuk sejam
tapi mmg berbaloi2 laaa...


dalam sejam kami dibawa tinjau 4 tempat...
first ke kawasan helang... tempat nak jamu burung helang laut makan...
sangat bnyak helang2 kat sini... dari y kecik sampai y besar2...

then abang bot tu bawa pegi singgah kat kawasan pulau2 kecil lak... 
mcm kat bawah nie...


kat sini kami leh tengok bentuk2 pulau...
ada yang macam muka bayi,
muka puak red indian... then muka transformer... hahhahaa
ten tengok pulau kasut n last pulau berbentuk kura2
(abg ipaq aq ckap " kura2 ni tngah mengawan " )
cer korang usha betoi2.. hahhahaa


mmg tngah mengawan ker???
hahahhaa...abg aq wat crita merapu daaaa...


hari tu cuaca sngat cerah... xda hujan...
aq suka gambar lanskap kat atas nie... 
sangat ceria n aman jaaa....


lepas tu kami belayar lagi ke kolam penternakan ikan dalam sangkar
mcm2 spesis ikan ada kat sini...
sngat menarik... klu nak tau apa y menarik korang kena la pegi sendiri...
hahhahahaa... comfirm x nyesal... siyes...

last sekali kmi sibawa ke gua kelawar...


kat sini xda apa pon... 
cuma ada kelawar ja kat dlam gua tu...
tambah pulak bau taik kelawar tu y sngat2 wangi... hahahhahhaaa

ok dah sejam lebih pusing2 naik bot...
kami teruskan lagi perjalanan ke MARDI Langkawi...
kenderaan yang menanti kami kat sana adalah.....


"lori" hantu... hahahahaa...
best wey nek lori nie... rasa gayat pon ada... dah la jalan dia berbukit2...
kat sini kena beli tiket... murah ja...
yang best nya... 
korang boleh belasah makan buah2 yang diorang hidangkan dalam tu...
ambek ja sebnyak mana yang korang larat telan...
tapi x boleh bwa balik... kang kena bayar....


aq xtau adik aq kena sumpahan apa??? 
muka dah berubah lorrr...


dah abis pusing kami naik menara tinggi kat situ...
mmg best... boleh tengok kawasan sekeliling... cantik...
sempat juga snap gambar kami sekeluarga... (hitam cikit pic tu..)


kat depan pintu masuk MARDI...

then kami bersantai sepetang kat pantai chenang...
tapi x leh masukkan gambar dalam nie...
*censored picture*
hahahhahaa... xda laa... 
bila dah jumpa air laut habis tinggal camera...
cam na nak snap pic....


tu la perjalanan kami sekeluarga tahun nie...
last sekali mmg xkan miss lepak2 kat dataran helang...
percutian kali ni aq dah tau kat mana umah akak aq...
lepas nie boleh la selalu lepak pulau langkawi :)

soo... setakat ni dlu la tok kali nie..
len kali aq coret2 kat sini lagi...
bnyak lagi asgnmt nak kena setlekan...
sngat2 menyusutkan kepala hotak aq nie...

hahhahaa... k
wassalam
adiosss... amiosss...

Tuesday, December 4, 2012

Si Comel

-assalamualaikum-

si comel sudah besar...


bila dah besar ni macam2 akai dia...
xlarat nak gelak aq tengok celoteh dia...
penyeri dlam family aq...
satu2nya cucu mak n ayah aq buat masa sekarang nie... :)

dia dah pandai mengajuk cakap orang...
n dah pandai nak merap2 suruh dukong...
hahahhahaa...

Sekitar Oktober 2012

-assalamualaikum-


wow... dah hampir 2 bulan rasanya aq xlepak kat blog nie...
hati rasa nak sngat masuk sini, tapi masa x mengizinkan...
bnyak kekangan2 yang aq hadapai sejak ketiadaan berokband ni
terpaksa melepaskan dek kerna pembaziran wang y tak terbendung

sepanjang 2 bulan nie...
bnyak juga xtvt aq dgn kengkawan...
x kurang juga holiday dgn family...
hehehehee... k, so post kali ni aq nak kongsi xtvt aq sekitar UUM
bagi bulan Oktober

sekitar majlis konvokesyen UUM
aq berkesempatan menolong rakan2 aq untuk menjayakan satu program
"KEMPEN DERMA DARAH"
dengan kerjasama Hospital Sultanah Bahiyah y diadakan pada 6 Oktober 2012
di tapak pesta konvo UUM


kami berempat yang sentiasa berprogram bersama
kali nie BigBoss Faisal menjadi pengarah program
kempen derma darah yang dijalankan didalam bas bergerak mendapat sambutan 
tak putus2 menerima kunjungan penderma y murah hati


kami barisan AJK turun sama menyumbangkan sedikit darah buat orang2 y memerlukan
tak ketinggalan roommate aq (Adhwa) turut sama menyemai bakti :)
dianggarkan 60 orang datang menjalani ujian
dan seramai 50 orang berjaya menderma darat setelah lepas semua syarat y ditetapkan 
oleh pihak hospital...


penyampaian sijil penghargaan disampaikan oleh penolong pengetua DPP B.Rakyat
program kami berakhir hampir jam 6 petang...
yang kat bawah nie adik2 junior yang sudi menjadi AJK program nie...
semua sporting n rajin wat kija... bagus2... :)



Next...
program pertama aq sepanjang pengajian di UUM
diberi kepercayaan untuk menjadi pengarah program WEBSITE
"PELANCARAN PERTANDINGAN REKA CIPTA WEBSITE DPP BANK RAKYAT"
disempurnakan oleh Puan Pengetua
pada 9 Oktober 2012
majlis dijalankan secara simple ala-ala santai


pengetua menyampaikan sijil sebagai gimik pelancaran program ni...
semua peserta berwajah happy malam tu...


majlis berlangsung dalam masa yang singkat sahaja...
peserta diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan blog DPP
dan pemenang yang bertuah akan menerima wang tunai RM100...


sebahagian barisan jawatankuasa kepimpinan n pembangunan siswa b.rakyat
yang turun memeriahkan majlis...


sempat lagi bergambar sebelom bersurai...
pelancaran malam tu berjalan dengan lancar... thanks kepada semua AJK yang terlibat :)


Next...
satu lagi program yang dijalankan pada bulan oktober adalah 
"KEM REKREASI TAHAP 1"
yang dijalankan di Kampung Teluk Nipah, Pantai merdeka, Kota Kuala Muda, KEDAH.
kem di berlangsung selama 2 hari 2 malam
bermula 11,12,13 Oktober 2012

aq y dilantik sebagai pengerusi ko-k kembara semester 2A 
merangkap Pengarah Program 2A bersama rakan sejawatan (Zakwan)
Pengarah Program 2B dan dibantu barisan AJK yang sporting2 belaka
telah berjaya menamatkan kem kami dgn jayanya....

aq bersyukur sngat kerja mendapat AJK2 yang bnyak membantu aq y kekurangan ilmu ni
segala kerja dijalankan secara bersama...
dari prancangan kertas kerja, perlasanaan ketika kem
hinggalah penyediaan laporan KLK...


kem kami melibatkan 68 mahasiswa/i daripada kembara 2A dan 2B
digabungkan dibawah satu kem untuk menjalankan xtvt bersama...


santai2 pagi sementara menunggu jurulatih untuk memulakan cabaran...
kami harus melaksanakan beberapa xtvt y tlah ditetapkan oleh kementerian belia
sebelom layak menerima Sijil Rekreasi Tahap 1
antaranya
(berkayak, abselling, orientering, kembara malam dan sebagainya)


cabaran aq dimulakan dengan berkayak...
4 kumpulan dilepaskan waktu pagi manakala 4 kumpulan lagi dilepaskan diwaktu ptg
kami berkayak beramai2 dari Pantai Teluk Nipah menuju Jeti Tanjung Dawai
perjalanan pergi n balik mengambil masa lebih kurang 2 jam


bergambar ketika sampai di Tanjung Dawai...
sempat lepak2 makan minum sebelom berkayak balik ke Teluk Nipah...
bnyak kedai tutup kerna hari tu adalah hari jumaat...
soo kami lepak2 kat kwasan sekitar usha2 orang kampung memancing ikan aje laaa...


petangnya pula kami teruskan cabaran abselling n orientering...
first time aq kena panjat pokok mengunakan tali pada tali...
gayat tu jngan kata laaa... 
takot sngat, pertama takut tali tu putus, kedua takut dahan pkok tu patah
kahkahkahkah... gila baq hang...
aq dapat naek setengah ja... dah x larat nak ampu badan sendiri... haishhh

then kami teruskan dengan orientering...
puas berlari mengejar masa...
akhirnya kami dapat masa terpantas untuk sesi petang... hahahhaaa
x sia2 aq berlari sampai mengah petang tu...


sebahagian daripada ahli group A1
(hisham, aq, sya, arifah, aishah, aizat, mazura, taufik & faisal)
sorang lagi ahli y xda dlam gambar nie adlah  zahidah / kak chik...
gambar kat atas ni kami snap lepas persembahan kumpulan...
malang sekali kumpulan aq kalah malam tu kerna x cukup menghiburkan...


gambar kenangan bersama jurulatih kami... (En Abdul Rahim Bin Mat)
jurulatih yang sporting jaaa... 


geng kembara 2A n 2B mengukir gambar sebagai kenangan di telok nipah...
sayang sekali kerna aq x dpat join...
time nie tengah dok semak pelaratan yang kami bawa...


lastly... ni lah geng2 jejaka diimport khas dari DPP Bank Rakyat...
hahahhahaaa....


bnyak yang aq pelajari... segalanya berjalan lancar dgn bantuan AJK
(aizat, arifah, ellysha, taufik, mat, wan, sya,& zahida)
segala pahit manis perjalanan hidup xdapat aq beli melainkan aq merasainya sendiri...
alhamdullilah... 
semua orang2 yang aq kenal bnyak memberi sokongan n tunjuk ajar kepada aq...

stakat ni dulu coretan kisah hidup aq buat malam nie...
dikelapangan lain akan aq coretkan lagi buat perkongsian bersama...


wasalam...
adiosss... amiosss...