Tuesday, May 13, 2014

Karnival Mesra Belia Jom Ke Putrajaya

assalamualaikum


malam yang muram lagi suram
bersama hembusan daun kipas yang menyejukkan
bersua takkala mata keberatan mengadap tilam
tak tau dua tiga ari nie ashik nak tido ja
kepala pon dok tingtong2 lagi
letih mungkin... kepanasan 2 hari berkampung di stadium

apapon tu bukan alasan utuk aq skip xtvt harian
soo malam nie bertemankan lappy usang ku nie
aq coretkan sekilas cerita y terbuku dihati

malam nie aq rasa serba salah
bila aq dpat satu inbox dari shbat
kekecewaan dia terhadap aq
ok... aq akui mmg salah aq
lain y aq janji lain yang terjadi
mohon dia x makan hati lama2

aq juga manusia biasa...
bnyak benda aq terlepas pandang
bnyak hati aq nak kena jaga
letih
mungkin diorang x nampak keletihan yang aq asa
xpa la mungkin bukan rezeki kita

oklah... abaikan kemerapuan diatas
malam nie just nak throwback xtvt aq hujung minggu lepas
ermmm




jumaat dan sabtu lepas aq berkampung di stadium darul aman
matlamatnya untuk menjayakan program
dan alhamdullillah segalanya selesai

bersempena Karnival Mesra Belia Jom ke Putrajaya
Peringkat Negeri Kedah...
DPP Bank Rakyat atau hostel aq kat UUM ni
telah anjurkan satu program
Run For A Cause (RFAC) | Cancer




tujuan program nie untuk mengumpul derma bagi tabung MAKNA
atau nama lainnya Majlis Kanser Nasional
bnyak juga la kutipan yang AJK dpt kumpul

tugasan aq kali nie hanya satu
mengadap PA system
dan kerja aq kali ni dimudahkan kerna semuanya dikendalikan
oleh abg2 belia sendiri... hehehee
aq just sediakan lagu n playkan ja..
PA system semua dicontrol diorang

aq nak sentuh pon x berani
almaklumlaa... barang mahal boh...
mana la aq reti... sikit2 boleh laa...
kerjasama diorg memudahkan aq :)




kami stay di situ satu hari sblm program
dpt satu booth utk promote progam kami kat public yang kunjung ke situ
sambil2 kami prepare utk goodies bag n lain2 kerja
panas jangan disangkal laaa
meleleh-leleh peluh dok bwh khemah




keja x tara mana pon aq nie
bergambar je lebih
hahahahhaa
bila dah ramai sngat ajk dok wat keja aq xtau nak wat apa
so melepak tepi ja tengok diorang




dah borink2 aq jejalan lepak lawat booth
paling femes booth KTM laa
siap ada aksi stunt bagai...
ramainya sebab aksi tu ada sorang awek cun
hahahahhaaaa
semua pakat usha awek tu dok beraksi ganas dgn KTM pinknya




malam tu ajk program diduga dgn hujan ribut
seingat aq kami just tinggalkan stadium 30 minit
hantar ajk balik rehat
masa kitarang pegi tu terus hujan ribut
habis basah goodies bag yang dah siap bungkus
rosak sijil2 utk peserta
ujian malam sebelum program...

dan malam tu mmg aq x berani bawa kreta
aq balik uum dgn laju 30km/j jaa
puas cari garisan putih atas jalan...
mmg xnampak apa...
lepas masuk area jitra n changloon setitik hujan pon xda
ermmm
kuasa ALLAH semua tu

pagi sabtu semua perancangan harus dijalankan
pukol 6.45 pg aq bertolak dari uum dgn 4 lagi kekawan
kami sampai sana baru ada 5,6 orng peserta y sampai awal
aq mcm biasa galas bag laptop berjinak2 dgn abg PA system




atas nie gambar vvip bersama sebahagian peserta
gambar2 lain aq xsempat nak copy lagi
nie ja yang ada...

diorang lari 10 minit ja
dengaq kata siap hantar wakil sukma
ermmm.. hebat2...
xheran la klu 10 minit dah boleh setlekan 6 kilometer
wakil uum pon x ketinggalan tok meraih satu dua kemenangan




majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh vvip jemputan
yang lawaknya masa MC umum nyanyian 
lagu negaraku n lagu biru warna
ramai org luar tertanya2 apa tu lagu biru warna
sbnarnya tu lagu rasmi UUM

dah setle semua
masa utk kitaorang penuhkan memori phone dgn gambar2 syok sendiri
hahahahahaa

masa semua orang tengah2 kemas2 barang...
akak ofis 3 orang nie ajak aq n eemie 
pegi melepak tengok aksi stunt motor KTM
ajak tu ada makna...
nak suruh kami jadi cameraman la tuh
hahahahhaaa...

sempat juga depa bergambar dgn awek KTM tu
ganas x ganas sngat laa
sampai meletop tayar belakang dia kerjakan
dpat laki nanti xtau la apa nak meletop pulak
hahahahahhaa




yang pasti hari tu bnyak pertunjukan auto show
nak motor besar, motor klasik, motor vespa
keta apa?? semua ada...
asalakan rajin bergambar ja semua jalan
hahahahaa

motor vespa hat bawah nie rare
walaupon cat dah lusuh tapi tetap ohsem




nia akak opis tengah berangan nak jadi minah rempit KTM
tapi x kesampaian...
hahahahhahaa

apa pon thank sesangat kat depa sebab ashik belanja aq ja
2 hari kat stadium tu mmg ada ja y depa blanja
:)




then the last part
time nak balik pon depa belanja lagi 
:)
kali nie dpt makan McD preeeeeeeee
yehaaaaa...
segan juga bila depa dok belanja nie
keja x tara mana pon...
habuan dpat lebih... hahahhaaa
thanks again akak2 sekalian
jasamu dikenang :)




soo mcm tu la xtvt aq last2 sem nie
dlm dok kata nak dok bilik ja ngadap buku
tapi xboleh sebab aq borink
aq kena buat sesuatu

mungkin nak lupakan sesuatu
sesuatu yang ashik terbayang2 diminda
sesuatu yang perlu aq alih dengan menyibukkan diri
mungkin...

mmg susah kan
segala yang kita sangkakan mudah tu 
kekadang plg susah nak laksanakan
hanya kesabaran kunci utama

ok... disini saja kemerapuan malam nie...
ada masa terupdate lagi la blog nie
insyaallah... dengan izinNYA


wassalam
adiosss... amiosss...

Thursday, May 8, 2014

Ko Kenal Aku Ker?

assalamualaikum


bersua makin kerap hendaknya kali nie
menitipkan satu dua khabar cerita hidup si bujang
bersama-sama wajah kecerian yang membahagiakan hariku

mukadimah bukan main...
selepas setahun berlalu kami galas satu tanggungjawab
kami bebas dan kami masih intim mcm dulu kala
itu yang aq harapkan dan terbukti...
kami masih gila seperti dulu

itulah MEREKA family aq di UUM nie
keluarga aq y x berapa besar di sini
sisa2 kenangan yang aq kongsi dengan diorang
moga terus utuh hingga akhir hayat nanti

kali nie kami rancang berkumpul
kami nak bergelak ketawa
kami nak riuh rendah mcm dlu
dan kami berjaya jadikan ia realiti
mungkin terakhir kalinya sblum aku angkat kaki
tinggalkan dunia universiti




berbekalkan 4 buah kereta
kami tuju ke destinasi
Hutan Lipur Puncak Janing
tempat yang selalu aq lepak dlunya
tapi skrg dah jarang

kami pilih hari selasa nak elak banjiran kaum manusia
ya terbukti hari sekolah lengang
hanya kami manusia disitu
hahahhahaa




xtvt kami simple
berBBQ sambil berendam
sambil ketawa, gelak sambil masak2

dalam keseronokan beriadah
doa jangan lupa
moga segala urusan kami dipermudahkan :)




bakar2 time...
masing2 xcited sebab dah lama x kumpul ramai2
masing2 dah tau nak buat apa
xperlu nak berarahan skema semua
sama2 masak sama2 makan
kan seronok mcm nie




sekeping dua gambar disulam kala ashik memasak
terpancar keriangan diwajah semua orang




simple
ayam 4 ekor, nudget, isi ketam, daging burger, nasi putih
cukup mengenyangkan perut kami
tu pon ada lebihannya




tadi makan2 sekarang part mandi manda
biasa la bila sepagi tak jumpa air
naik gila jadinya
bahayanya sini sebab batu-batuan berlumut
lincin jngan ckap laa

sebenaqnya aq takot
takot ada malang singgah merjah kami
aq yang cadangkan tempat nie
lega sebab xda perkara buruk berlaku
sekadar jatuh sikit2 harap xda y terluka




kawasan nie paling best
air terjun
nie mmg port aq klu lepak sini
port lain xda sngat air terjun




ni mak dugong tersesat
habis ayu la katanya
hahahahhaaa




cuaca mcm memahami hati kami
cerah dan mendamaikan
memudahkan segala perancangan kami
syukur...




kejernihan air kat sini mmg terbaik...
kalau silap hari mmg tengok jer la
ramai pengunjung dtg sini hujung2 minggu
siap berkonvoi motor kereta semua




semua nak try duduk bawah air terjun
mcm2 ragam
semuanya adik2 aq :)




petangnya
aq bawa diorang balik kampung
balik jengok teratak senja mak ayah aq...
menjamu selera sambil cicah buah pelam




bergambar ramai2 sebelom berangkat ke destinasi terakhir
mak ayah aq mmg muda
sekali tengok mcm kakak n abang kan
huhuhuhuuu...




kami terus ke penang
lepak2 sampai malam




pegi ikut ferry n balik ikut jambatan
aku???
jadi ko driver ja
xbiasa sngat jalan penang nie
kasi syawal pulak drive...




atas ferry pon sempat lagi berselpiaq
trend masa kini
apa boleh buat
follow jela...
hahahahaa






lastly lepak makan2
then kami berangkat balik uum
11.30 kami balik
merempit sampai jam 1.30 pagi...




satu hari suntuk bersama mereka
dan kenangan terindah buat kami
sama2 jatuh bangun masa berjawatan dlu

biar apa orang nak kata...
yang penting kita masih tahu adabnya berkawan
kita masih ada masa untuk kekalkan ukhwah y kita bina
kita belajar untuk tujuan yang satu
cuma caranya dan jalannya berbeda
tapi kita ada masa untuk cipta satu kenangan
buat ingatan bila masa berlalu

thanks #MantanJKPS #DPPBankRakyat 2013
untuk satu hari yang penuh makna


wasalam
adiosss... amiosss...

Wednesday, May 7, 2014

Gila

keliru
tak paham... mungkin!!
terjebak dgn masalah... tak mungkin...
untuk yang kesekian kalinya aq mengadap persoalan yang sama

mengadu... bercerita... luah..
bukan cara aq mengadap kawan lontar semua masalah hati
walhal aq selalu ja jadi tempat kawan longgokkan cerita hati
lagaknya mcm pendengar setia
tapi kalanya diri sendiri pon xmampu tafsir perangai diri

aq sibuk...
tak pernah wujud dlm kamus hidup
hakikatnya aq buat2 sibuk
sebab...

DIA

buat apa nak menipu
nak menyangkal kata hati
hakikatnya
tiap2 hari aq terbayang
tiap2 hari aq mcm nak tengok
tiap2 hari aq mcm nak tegor

tapi semua dlm hati
bila jumpa diam kelu satu bahasa pon dah x kenal
satu ayat pon aq x luah
belakon mcm x penah pendam apa2...
buat2 mcm x perasan apa2

dalam hati
berkobar2
dari jauh nampak nak dekat
bila dekat xboleh lama2
xmampu dekat

mampu... jeling
hanya pandangan sisi
apa nak sembunyi
curi2 mcm pencuri
padahal dah terbentang depan mata

suka dia senyum
aq...
hanya balas senyuman sesorang
dah mcm orang gila
tepok2 sebelah tangan...
buat apa nak kecoh kalau dri sendiri x heboh

pendam pendam pendam
lama2 mendap berkarat mati sesorang
xda keja aq sibok cari keja
sebab
nak alihkan otak aq
buka mata tutup mata
hanya nampak satu wajah

DIA

penakot
pemalu tu pembohong
hakikatnya xsanggup terima kekurangan diri
atau x sanggup dengar balasan hati
ditolak aq jatuh
nak naik balik bukan mudah

susah nak terima 
ego diri xpenah nak tewas
lagaknya hanya depan...
belakang apa ada
takot banyangan sendiri
sampai bila pon tak terubah

susah nak ckap
TAIP
hakikat hati aq masih x nak mengalah
aq berharap pada orang y tak pernah aq luah
tunggu sampai bila hati sendiri pon tak terjawab
lama2 tepok tangan banggakan kegoan diri
yang didepan mata diambek orang
itu mungkin pengakhiran

tapi aq harap cerita sebaliknya
mohon buka pintu hati
mohon toleh tengok sini
mohon paham hati batu ni
mohon jangan pergi
aq mohon...

bagi aq masa
hati ni x kuat lagi
mulut ni terkunci lagi
aq takot masa x belas dengan aq
aq takot masa menipu aq
aq takot kehilangan
aq takot merana