Wednesday, May 30, 2012

WW #18 - Exam Fever

-assalamualaikum-



01 JUNE 2012
-
25 june 2012





wassalam
adiosss... amiosss...

Saturday, May 26, 2012

UUM FUN RIDE 2012

-assalamualaikum-

hai... korang...
wat gapo malam2 cenggini... xkan tidoq dah kot...
ok... malam nie nak story mory cikit pasal xtvt hari nie
sambungan cerita semalam punya...

UUM FUN RIDE 2012


mcm dijanjikan...
seawal 6.45 pgi aq dah bertolak ke tapak pelepasan... 
then aq tunggu kat situ sambil memerhatikan peserta luar masuk situ
tersentap aq tengok...
kebanyakkanya geng2 30 n 40-an
siap datang satu club, basikal beribu-ribu rggit, jersi club segala bagai
n yang aq nie xtau basikal apa yang U nak kasi pinjam
rasa mcm x nak join ja..
semua peserta luar datang macam masuk tournament lagi


then aq tunggu lagi...
habis pendaftaran semua aq p la ambek basikal dekat DPP Muamalat
seperti y dijangka dapat la basikal Racing yang pelajar beriadah ptg2
ok la... aq masuk pon just for fun
nama pon UUM FUN RIDE
nak lawan segala bagai mmg tak la kan


cam ni la basikal aq dapat tadi
tapi yang lebih old school laaa... segalanya dah uzur
aq pon risau nengoknya
xsanggup nak naek... hahhahahaaa


tiba masa nak dilancarkan...
Dato TNC UUM bagi ucapan ringkas then merasmikan program
geng2 club fixie jitra n changlun dilepaskan dulu
aq folo last sekali lepas geng2 biker gerak...


geng2 fixie tu just memulakan ja... 
then depa hilang tah kemana
hahahhaaa... aq ingatkan depa pon join juga...


masa keluaq pintu pagar UUM pon aq dah mula semput
ni gara2 sit basikal tu rendah sngat...
aq jadi susah nak kayuh basikal tue...
aq cuba juga sampai simpang masuk kampung darat...
then ada member kelas ko-k kembara aq
member dia hampir pitam... aq pon berenti sekali
tumpang rehat...


lepas kawan dia naek kereta pick-up..
diorang offer kat aq nak pinjamkan basikal
aq tengok pon mesti basikal mahal...
alang2 dah budak pompuan tu nak pitam aq guna la basikal dia


best siottt... tinggi... ringan... mmg sempoi
harga jngan tnya laa... aq rasa 2,3 ribu juga nie...
lebih kurang mcm kat bawah nie la basikal aq naek tadi


then aq sambung kayuh dgn member kembara tu
kami cadang nak short cut ja...
sebabnya kami dua yang last sekali
tapi tah macam mana ada marshall jaga kat simpang short cut tu...
aq dah mmg nekad nak short cut,
tapi member aq tukar pikiran
dia nak teruskan... aq jadi x best
x syok la kayuh sorang2... so aq pon follow trek yang sepatutnya


jauh juga trek tu... 
aq selalu naek motor 90KM/J pon 10 minit baru sampai
nikan naek basikal 10, 15 KM/J ja... mmg sejam lebih laaa... hahhaha
sampai dalam kampung shanghai ja aq dah ketinggalan
letih jangan tnya laaa
nak muntah semua da... tapi aq teruskan jua...
dah masuk kampung keluaq semula kat Highway K.Perlis-Changlun
time tu dan pukul 9.30 lebih...
dah 1jam30 minit aq kayuh basikal


bila kat atas highway aq mula pening2...
hahhahahhaaaa....
aq takot basikal yang kondem
padahal aq yang kondem dulu
kayuh pon dah ke kiri ke kanan
ada kereta pick-up lalu aq tahan 
dah xlarat dohhh...
tapi sayang laaa... lagi 6,7 kilo nak sampai UUM
aq mmg surrender laaaa...


kat bawah nie peta laluan hari nie


then masuk balik ke tempat pelepasan
aq lepak bawah khemah sambil tunggu cabutan bertuah
haishhh... lama bebonor... satu pon x mengena nombor basikal aq
- 132 -
kejap 130, 123, 138 bnyak lagi laaa....
geram juga aq... ingatkan dah mmg balik tngan kosong jaaa


then sampai masa cabutan terakhir
aq pon masih menanti... 
dok usha2 2 bijik FIXIE
ada 2 hamper RM100
then nomber aq terpanggil... dapat cabutan ke-3 terakhir
dapat la HAMPER bernilai RM100
jadi laaaa...
2 bijik FIXIE dapat kepada club biker apa tah
depa sapu bersih dua2 bijik


jadi la kan...
aq kayuh tak complete pon...
bayar yuran RM15 ja...
dapat goodies bag lagi... t-shirt lagiii
dapat pulak hamper RM100
perhhh... dah kira berbaloi-baloi la nie


apa pon aq enjoy hari nie
walaupon penat yang teramat laaaa
n sakit pungkoq jugaaaaa
sit basikal rasing besa la kan
KECIK ja... mana mampu nak menampung saiz XXL
hahahhaaaa...


balik bilik ja terus terlentang
dapat rehatkan badan
rasa lega sikit...
ok stakat nie dulu...


wassalam
adiosss... amiosss...

Friday, May 25, 2012

Jom Mengayuh Selagi Terdaya

-assalamualaikum- 


hai korang2 semua...
malam ni nak buat sikit coretan sebelom mata nie dipaksa untuk lelap
hahahhahaa... kena PAKSA baru nak tidoq
jenuh!!! =.="


ok esok 26 Mei 2012 bersamaan hari SABTU
aq join satu xtvt anjuran DPP B.Rakyat
n of cos laa bawah UUM kan...


ni dia xtvt-nya...
27 KM berbasikal sekitar kampung2 berdekatan
haishhh... boleh ka nie...



boleh ka, tak boleh ka...
kena la join juga
payment dah buat...
barang2 untuk xtvt pon dah ambek dah..
meh nak tunjuk apa barang aq dpat tadi


utk program kali nie diorang kasi bedak
hahhahaa... esok seblom keluaq sapu bedak bnyak2 cikit
untuk mencegak pemPELUHan yang bnyak
kasi sapu bedak satu badan... hahahhaaa


then dapat tablet susu kambeng
ini sangat BAGUSSSS!!!
ni sesuai untuk esok
bila dah letih silalah ambek pill yang sepatutnya
kasi additional energy gtu... :)


ni antara barang2 lain yang dapat
tak dilupakan... ada juga perfium...
hahhahahaa... macam tau2 ja kami semua esok akan berbau MASYAMMM!!!
esok sebelom majlis penutup semua digalakkan memakan minya wangi
bagi mengelakkan benda tak diingini terjadi (pengsan bau PELUH)
hehehhehhehee...


nombor bertuah untu esok 
132
harap2 kena cabutan bertuah
2 bijik fixie aq dengaq
sapalah yang bertuah nak dapat esok
ONTONGGG la sapa y dapat!!!



meh usha2 peta...
jalan ni la aq dok lalu balik kampong selalu
haishhh... jauh dohhh!!!
aq rasa memang memenatkan juga la xtvt esok nie
harap2 aq xkondem ditengah jalan
SEBENAQNYA aq xrisaukan akan kesihatan aq
tapi aq risau BASIKAL/GEREK tu yang kondem
biasalah bila lelaki bersaiz XXL naik basikal kan
aq harap2 xla terjadi tu semua...


satu lagi benda yang membingungkan aq ari nie
aq terbuka blog program nie
then terbaca senarai peserta
dammmmm... aq sorang pelajar lelaki
yang atas tu aq xsure jantinanya
tapi peserta luaq mmg ramai lelaki
harap2 boleh masuk sekepala laaaa....



 yang aq harapkan aq dapat pengalaman baru
last aq join xtvt berGEREK nie masa tahun 2003
yap... masa tu XPDC Lata Seraya, Durian Burung
jauhnya hampir 30KM


tapi sngat mencabar sebab jalan tersangatlah BECAK
selut, lumpuq, jangan cakap laa... penuh gerek...
n yang paling GILA... aq naek BASIKAL MINI ja...
yang x pernah dibuat orang untuk p XPDC
hahhahahaa... apapon aq berjaya


harap2 esok pon aq mampu buat 
jus for fun sementara nak EXAM
aq cuba nak tenangkan minda aq nie
serabut sngat... I NEER TO REST MY MIND!!!


sooo... 
hopefully esok segalanya berjalan lancar walaupon aq berbasikal
hahahhahaa... 
gud nite all's


wassalam
adiosss... amiosss...

Saturday, May 19, 2012

Najwa Latif, Syamkamarul, Sleeq - Sahabat



[Najwa Latif]

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Syamkamarul]

Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Sleeq] RAP

Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau

[Najwa Latif dan Syamkamarul]

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku




Play di YOUtube



Kini "1.0.0.0"

-assalamualaikum-


hai korang....
dah lelapkan mata ker???
pagi nie aq nak wat satu entry khas...
ditujukan kepada follower khas aq bagi tahun nie
sebab apa??? sebab dah lama aq tunggu follower blog aq nie jadi 4 angka


selepas 2 tahun 2 minggu aq bergelumang dengan laman blogger
akhirnya aq sudah mencapai 1.0.0.0 orang follower


sooo...
meh kita tengok siapakah follower bertuah kali nie
korang pon mesti nak kenal-kenalan kan
hahhahahhaaaa


ok.. nie la header tuan punya blog...
aq suka blog nie sebab dia simple n kemas
siyes klu korang xcaya leh masuk kat cni
!
!
V


ok... jom terjah latar belakang follower bertuah kita
aq malas nak taip balik 
sebab aq dah menaip sepanjang hari demi menyiapkan asgnmt terchenta
nie aq daptkan dari blog cik KINA

from : PEKAN, PAHANG


yang lain2 aq rasa korang boleh baca sendiri kan :)

ucapan aq untuk cik KINA :

thanks cik KINA sebab sudi menyinggahkan diri keblog saya y usang lagi buruk ini
trima kasih juga sudi folo molo sini
jika ada kelapangan selalu datang menjenguk saya :)


buat korang semua... 
dah terjah ke blog Cik KINA nie
aq juga nak ucapkan ucapan ribuan terima kasih 
kepada semua 1000 ++ follower sebab sudi folo blog aq
aq harap semngat untuk aq aktif balik dalam blogging berterusan
korang pon perasankan...
entry aq dah makin kurang
xmacam dulu lagi :(


ok la.. tu ja aq nak sampaikan pagi nie
selamat tidoq semua...
n buat yang tengah study tu
blajaq rajin2 ehhh... final dah dekat :p


wassalam
adiosss... amiosss...

Wednesday, May 16, 2012

SEGMEN : Saya Blogger Dari Universiti?

-assalamualaikum-


hai korang...
apa cer hari nie...
sihat??? sibuk??? dah makan???
soalan lazim buat student U la kan
aq pon tengah malas
padahal asignmt bercambah lagi tak tersentuh
cari2 mood jap sambil2 blogging


tengah dok blogwalking tadi terserempak dgn SEGMEN nie
jom kita join.. 
mudah ja...
nak tau detail klik gambar/banner kat bawah nie

!
!
!
!
V




haiiii...
buat korang2 kat luaq sana
saya blogger dari 

!
!
!
!
V


universiti di utara tanah air

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

sekarang dalam tahun 1 lagi
otw menuju tahun 2

melanjutkan misi dalam 

BACCT. (HONS)
IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN


so...
korang2 pon meh la join SEGMEN nie
masih available hingga 19 Mei 2012


dikesempatan ini
saya, SAIFUL BASRI BIN ABDULLAH
ingin mengucapkan, SELAMAT HARI GURU
ditujukan khas kepada:

cikgu : 
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
Sek. Keb. Padang Terap (SKPT)
Sek. Men. Keb. Padang Terap (SMKPT)

pensyarah:
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (PoliMAS)
Universiti Utara Malaysia (UUM)


wassalam
adiosss... amiosss...

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu, Mak

-assalamualaikum-


hari nie punya post aq xnak taip panjang2
just nak sampaikan luahan dari hati naluri aq ja...


MAK
SELAMAT HARI IBU
LOV U






tahun lepas sempena nak hari ibu aq ada buat satu sajak
khas buat mak aq n semua kaum ibu di dunia
tapi tahun nie xsempat nak karang sebab bnyak sangat asgnmt
:(


apapon aq sayang mak aq tiap2 hari
:)
mak n ayah adalah segala-galanya bagi aq
tanpa diorang sapalah aq kat dunia nie


terimalah sebuah sajak dari anakmu:



ok tu ja luahan hati tok malam nie
wassalam
adiosss... amiosss...

Saturday, May 12, 2012

UUM 2012 - Kembara 1

-assalamualaikum-


ari nie nak share pic kelas kokurikulum aq
saja borink2 malas nak buat keja
so aq post la pic nie
baru tadi dpat...


aq kecian dekat member y dok betol2 blakang aq...
smua gambar dia xnampak muka
haishhh... mana la aq nak perasan...
sepatutnya cameraman  tu kena la betol2 adjust
hahahhaaa...



candid pic bersama jurulatih semester satu
Tuan Haji Mohd Ahir Haji Ahmad


ok... stakat nie dulu...
wassalam
adiosss... amiosss...

Thursday, May 10, 2012

=.=" EXAM!!!

-assalamualaikum-


hai korang... apa khabar
malam nie aq xtau nak post apa
just nak kongsi tarikh keramat aq untuk semester nie
tarikh yang membuatkan aq xsenang duduk

bak kata pepatah
"makan terlebih kenyang...
mandi terlebih basah...
tidoq terlebih lena..."

apa punya pepatah daaaaaaaa...
hahhahhahaa...
meh kita tengok tarikh apa???




final exam sesi A112 2011/2012


01 JUN 2012 - PEMASARAN

05 JUN 2012 - PENGURUSAN KEWANGAN II

07 JUN 2012 - EKONOMI GUNAAN

14 JUN 2012 - PERAKAUNAN KEWANGAN & PELAPORAN II

19 JUN 2012 - STATISTIK

25 JUN 2012 - GELAGAT ORGANISASI




apa pon aq syukur sngat sem nie 
jadual aq xpadat sngat mcm sem lepas
ada gab 2,3 hari
sempat aq nak cover subjek lain pulak


harap aq dapat tempuh bulan terakhir nie dgn jayanya
asgnmt tak putus2 lagi...
hari nie pon dapat lagi asgnmt
jem kepala otak aq pikiaq pasai asgnmt
hahhahahaa...


ok lah...
stakat ni ja...
doakan kejayaan aq...
:)


wassalam
adiosss... amiosss...

Monday, May 7, 2012

Kisah Perangkap Tikus

-assalamualaikum-


hai korang... 
lama kan aq update blog nie...
aq xtau nak update apa karang nie
ditmbah pulak dgn asgnmt y x henti2...
awal bulan 6 ni pulak aq nak exam
haishhh... makin runsing aq
apa pon petang nie aq nak share

"Kisah Perangkap Tikus"

harap korang dapat sesuatu dari pada story nie...
ok... begini ceritanyaaaaaaaaaaaaa...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam,  “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.




Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”




Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."




Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”




Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”




Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”




Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami berjaya membunuh ular berbisa tersebut, namun isterinya terlebih dahulu telah dipatuk ular tersebut. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya meminta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. ~~Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un~~

Banyak sungguh orang datang melawat jenazah isterinya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ok 
moral of the story

jika suatu ketika nanti korang dengaq kawan korang dalam kesusahan atau masalah, jangan pulak korang anggap tu bukan masalah korang... mcm cerita kat atas nie... tikus yang bermasalah... tapi yang menjadi mangsanya binatang2 lain yang sikit pon xpenah nak ambek kisah...

so
sama-sama kita pikirkan


wassalam
adiosss... amiosss...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blogku Yang Usang

Daisypath Happy Birthday tickers