Monday, October 4, 2010

Peribahasa Merapu

Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

Peribahasa: Melepaskan batuk didalam lift.
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Apa punya olang!!!

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai -pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus..

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....?????

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Seperti anjing betina n anjing jantan
Maknanya: Pantang berjumpa ashik nak beromen je...

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer.. maknernya... Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...heheheeeee

4 comments:

  1. hai... salam perkenalan, hehehe lawak... feel free to visit my blog.. :)

    ReplyDelete
  2. ughh...jahat siot..!!
    ku dah tersengeh-sengeh kat sini...tetibe kene tegur plak..haih
    makan hati arr cmni

    nice~~

    ReplyDelete

Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blogku Yang Usang

Daisypath Happy Birthday tickers