Thursday, September 30, 2010

Panduan Mandi Junub

-Assalamualaikum-


Seperti yang kita semua sedia maklum... walaupun negara kita dikuasai org mejoriti rakyat beragama islam, tetapi kesedaran tentang agama kita masih lagi lemah. Antaranya hal2 yang berkaitan dengan mandi junub. Disini saya paparkan sebahagian panduan mandi junub yang betul. Petikan ini saya peroleh daripada laman sosial FACEBOOK. Selamat beramal....

Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Lawak Orang Asli

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)berkata: "Panasnya dalam helikopter ini...". Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

HANDPHONE

Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone... "Wah Tok Batin ...ada handphone ..ada coverage ka dekat sini ...?". Jawab Tok Batin: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage".

KONDOM

Seorang penduduk orang asli mengadu pada pegawai kesihatan: "Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, bini saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-dusyun anak saya." Tanya pegawai kesihatan: "Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?". Jawab orang asli: "Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkanlah (khatankan) ..."

PETAI

Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...
"Encik satu longok, RM1 sahaja. Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah ...RM20 sahaja." Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?".
Jawab orang Asli itu : "Semuanya 20 longgok ...".

CUTI

Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?.
Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru si pengawal keselamatan itu balik bertugas.
Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?".
Jawab si orang asli itu : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..

BALIK AWAL

Seorang bapa bertanya kepada anaknya kenapa anaknya tu balik awal dari sekolah. Anaknya menjawab bahawa dia telah menjawab soalan cikgu dengan cepat dan betul sebab itulah dia disuruh balik awal. Bila ditanya apa soalan cikgu tu, dia menjawab : "Siapa yang baling kasut kat kepala saya ?".

IKUT CAKAP

Pada suatu hari ahmad dan rakan karibnya, hassan, pergi mancing kat sungai.
Dalam bosan2 menunggu ikan, ahmad berkata, ahmad: aku ada satu cerita.

hassan : cerita ape?
ahmad : nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
hassan : yela...

ahmad pun memulakan ceritanya...

ahmad : satu hari aku pergi memburu.
hassan : memburu.
ahmad : aku masuk kedalam hutan.
hassan : hutan.
ahmad : tiba2 aku rasa nak terberak.
hassan : berak.
ahmad : aku berlari ke semak.
hassan :semak.
ahmad : aku pun berak.
hassan : berak.
ahmad : satu hari aku pergi memburu lagi.
hassan : lagi.
ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
hassan : dulu.
ahmad : aku lihat tahi aku suda tak ada.
hassan : ada.
ahmad : aku pun tertanya2.
hassan : tanya.
ahmad : siapa makan tahi aku?
hassan : aku....

INTERVIEW

ahmad : Din, sekarang dah pukul 3, kau kena pergi temuduga tu cepat.
din : macamana aku nak cepat, dia suruh aku jalan kaki.
ahmad : gila kau...
din : betul, kau tengok iklan ni kan. Dia kata "Walk-in interview'.
ahmad : .... tak payah pegi la mat...

Tuesday, September 28, 2010

WHY??? kenapa...


WHY???

kenapa....

aku rasa tertekan sangat ketika ini...
macam-macam masalah berkeliaran dalam kepala otak aku...
rasa teruk sangat keadaan ni...


WHY???

kenapa...

aku study macam tak sungguh-sungguh...
bila tak paham mula rasa berputus asa...
susah sangat nak tumpu perhatian...


WHY???

kenapa...

hati ini rasa tak tenteram...
fikiran melayang jauh ke mana...
buat kerja serba tak kena...


WHY???

kenapa...

aku rasa hidup ni macam kosong saja...
macam ada ruang kosong yang tak terisi...
hati aku gundah...
perasaan aku goyah...


WHY???

kenapa semua ni terjadi kepada aku???
apa aku lalai dengan mainan dunia???
atau aku tak pernah cuba buat perubahan???
atau aku perlukan sesuatu sebagai tempat luahhan perasaan???
atau sememangnya aku ditakdirkan begini???

...kenapa...

Monday, September 27, 2010

Jamuan Raya

-assalamualaikum-

memories 25/09/2010

Jom tinjau xtvti aq hujung minggu lepas...
berkampong kat umah saudara Jamil
kat Kampong Langgar
jamuan raya kecil-kecilan
tapi sedap kot mak dia masak jamu kita org ri tuu...

kat bawah ni la tuan rumah
(anak kepada tuan empunya umah....)
-JAMIL-

!
!
!
!
!
!
!
V


gambaq kawan2 aq tengah melantak...
sedap sampai menjilat pinggan...
tengok tu... sampai tak panggung kepala...
hahhahahahaa...mmg sah sedap punya....


jom tambah lagi...
banyak lagi kat atas meja tuu...


seperti besa la...
lepas makan ja ada la xtvti berposing...
lumrah alam...hahahhahahaaa


Rahmat tengah bengang kat Jimmy masa ni...
hahhaaahhaaa...
lawak la member2 aq ni...


sempat lagi kontrol ayu...
emmm... tah la aq ngan diaorg ni..


empat org arjuna...
hahahahahahahahhahaaa...


ramai2 dok berhimpon...

Hari A.K.J Jabatan Perdagangan (Jul 2010)


-assalamualaikum-

memories 22/09/2010

kali ni aq nak post gambaq pasai makan2 n posing2 lak...
boring ashik dok boh cita merapu ja,
bertempat di Dewan SriMas
kami diraikan...perh meriah gak la....

muka2 student DAT5A yang dapat anugerah ari tu...
semua happy

pakat dok tayang sijil lak.... bagos3....
sem depan ambek lagi nooo...

paling dinantikan...
of cos la time nak mencekik...
hahahhahahhaaa
macam2 ada...
-satey+nasi impit
-nasi berlauk pauk la...
-lai chi kang
-laksa
-macam2 lagi la...

bila dah kenyang start la upacara ber"posing-posing"an
macam2 style depa ni...

happy sungguh....

ayahanda (En. Imran) pun kami ajak skali...
gambaq kenangan bersama...

posing ala wanita melayu terakhir pulak dahhhh...

lastly.... enjoy la ari ni...
walaupon ramai yang leh join...
aq arapkan sem depan lebih meriah ngan member2 yang lagi ramai...
thanks alaot to all member yang sudi sumbangkan gambaq2 ni..
hehhehehehee... (jangan marah aq masukkan lam blog...)

Sunday, September 26, 2010

Westlife - Seasons In The Sun


Goodbye to you my trusted friend
We've known each other since we were nine or ten
Together we've climbed hills and trees
Learned of love and ABC's
Skinned our hearts and skinned our knees
Goodbye my friend it's hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that spring is in the air
Pretty girls are everywhere
Think of me and I'll be there

We had joy, we had fun
we had seasons in the sun
But the hills that we climbed
Were just seasons out of time

Goodbye Papa please pray for me
I was the black sheep of the family
You tried to teach me right from wrong
Too much wine and too much song
Wonder how I got along
Goodbye Papa it's hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
Little children everywhere
When you see them, I'll be there

We had joy, we had fun
We had seasons in the sun
But the wine and the song
Like the seasons have all gone
We had joy, we had fun
We had seasons in the sun
But the wine and the song
Like the seasons have all gone

Goodbye Michelle my little one
You gave me love and helped me find the sun
And every time that I was down
You would always come around
And get my feet back on the ground
Goodbye Michelle it's hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
With the flowers everywhere
I wish that we could both be there


Saturday, September 25, 2010

Karangan A++

-assalamualaikum-

kali ni aq nak post satu karangan yang baru aq jumpa masa search tadi...
korang baca la karangan ni...
aq pon x brapa paham...
hahahhahahaa




aq pun xtau cerita merapu apa budak ni karang...
hhhahahhahahhaaa

Friday, September 24, 2010

Kenapa Aku Anti Motorsikal

-assalamualaikum-

macam2 aq jumpa masa tengah search malam ni...
antaranya entry aq malam ni...
hhhahahhahahaaaa...
lawak kot, dari signboard kat tepi jalan,
boleh jadi satu cerita.
otak org yang buat ni mmg kretif la...
(terlampau xpert)
tak dapat aq nak nafikan...
tapi korang jangan tanya aq apa maksud jalan cita ni..
pandai2 la korang nak paham...
hahahhahahhahahahhaaa


dah baca ka????
paham tak jalan cita ni....
hahahhahahahaaaa
lawak siut...
apa pun, post skali ni hanyalah sekadar gurauan semata2...

Wednesday, September 22, 2010

Wali Band - Kekasih Halal


Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah Dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Cara Berkesan Isi Borang Apply Kerja

Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : www.ajoi6735@hotmail.com
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

Cubalah cara ni kalau dah bosan menghantar surat pemohonan kerja. Kompom ko akan berpuas hati. Hahhahahahhahaaaa... (sekadar gurauan)
SUMBER

Sunday, September 19, 2010

Karangan Budak Darjah 6


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Friday, September 17, 2010

XPDC - Hijau Bumi Tuhan


Sekali ku memandang
Kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang
Hati riang nikmatnya tuhan

Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang
Keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang
Makhluk tuhan bermesra-mesra

Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang ria

Abadikan keindahan ini