Thursday, September 16, 2010

Pembunuhan Kejam

-Assalamualaikum-

Lagi sekali negara kita telah digemparkan dengan berita pembunuhan kejam. Bagai menjadi adat dinegara kita dimana pembunuhan menjadi isu yang selalu diperkatakan. Apa yang telah terjadi dengan negara kita Malaysia yang dikatakan aman dan selamat untuk didiami.

Terbaru, pembunuhan 4 warga Malaysia iaitu Datuk Sosilawati Lawiya dan orang rapatnya yang juga ahli kenamaan. Mereka berempat dikatakan hilang dibulan Ramadhan yang lalu dan terkini dibulan syawal yang mulia penemuan 4 jenazah yang telah dibakar.

Datuk Sosilawati Lawiya


Datuk Sosilawati Lawiya & Tiga Kenalan Rapat

Petikan:
(KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.

Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.

“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya.)

Apakah yang sedang berlaku? Mereka berempat dikatakan telah dibunuh dengan kejam. Mangsa telah diculi, dipukul, disiksa, dibakar dan abu dihanyutkan kedalam sungai. Sungguh kejam perbuatan manusia berhati binatang ini.

Tidak berperikemanusiaan, itulah yang dapat saya katakan terhadap pelaku yang telah mencetuskan semua ini. Pelaku yang berjawatan tinggi dan bergelar peguam semestinya mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak mempunyai akhlak sebagai seorang manusia.

Diharapkan dengan pengakuan dan penemuan bukti, polis dapat membawa kes ini ke muka pengadilan supaya mahkamah dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pelaku dan konco-konconya.

Semoga kerajaan Malaysia dapat menggubal undang-undang atau dasar perlembagaan yang lebih drastik bagi mengurangkan jenayah yang berprofil tinggi seperti ini di masa akan datang. Hal ini kerana imej negara kita akan terjejas sekiranya masalah ini dibiarkan berleluasa.

1 comment:

  1. kenapa kes ni mudah sangat diselesaikan...
    firasat aq mengatakan macam ada something wrong...
    emmm... pa pon... undang2 bakal menentukan semuanya...

    ReplyDelete

Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~