Friday, June 3, 2011

Si Tua dgn Anak Iblis

-assalamualaikum-



Menjelang maghrib, seorang lelaki tua terbongkok-bongkok dengan tongkatnya menuju ke masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh, tetapi sempat dikawal menggunakan tongkatnya.

Berhampiran dengan masjid, lelaki tua tersebut tersandung batu sehingga tubuhnya terhuyung-hayang ke depan. Untunglah seorang pemuda yang kebetulan berada disitu sempat memegang bahunya sehingga dia tidak terjatuh.

Kemudian pemuda tersebut menuntun lelaki tua tersebut sampai ke pintu masjid. Selesai solat, lelaki tua tadi baru menyedari bahawa pemuda yang membantunya tidak turut solat berjemaah sebaliknya hanya duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa-apa.





Lelaki tua menghampiri pemuda tersebut dan menyapa, “wahai pemuda, kamu sudah membantuku menuju kemasjid, tetapi mengapa kamu sendiri tidak solat?”

Balas pemuda tersebut, “saya tidak mungkin solat Pak Cik... saya anak Iblis...”

Lelaki tua terperanjat, tetapi masih cuba bertanya, “kalau kamu anak iblis, mengapa kamu berusaha membantuku ketika aku hampir terjatuh?”

“Ayahku sudah lama perhatikanmu, ia sangat marah kerana setiap kali kamu terhuyung-hayang... dilihatnya dosa-dosamu berguguran jatuh. Ketika kamu hampir jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama sekali, sehingga disuruhnya aku membantumu berjalan menuju ke masjid.” Balas anak Iblis

Hayatilah...


k, sama2lah menghayati kisah diatas....
wassalam

4 comments:

  1. nice. :)sesuai untuk buat pengajaran.

    ReplyDelete
  2. tq... saja dok belek2 kertas2 kem yang lama2... terjumpa cerita nie... rasa nak kongsi lak kat cni...

    ReplyDelete
  3. tersentuh bace kisah nih.. :(

    ReplyDelete
  4. sama2 kita memperbaiki diri sendiri...

    ReplyDelete

Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~