Friday, August 19, 2011

Perhatian - Memo!!!

-assalamualaikum-


cuba bayangkan bila korang dah keja nanti
tetiba suatu hari kluaq satu memo dari bos korang
nak tau memo macam mana?
baca kat bawah nie....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


MEMO


Kepade pekerje2 ku sekelian alam, ini polisik baru kampeni kitew dimane ade beberape pembaharuan akan dilaksanekan...sile bace dengan teliti yahhh, ahaksssss

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada hujung tahun , Disember, tahun 2011, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

A. PENGANGKUTAN - Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah, atau kereta Honda dan Caldina contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta nasional samada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

B. CUTI TAHUNAN - Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakkannya ialah hari sabtu dan ahad.

C. WAKTU LUNCH - Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

D. CUTI SAKIT - Mulai Disember 2011 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk mendapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

E. PENGGUNAAN TANDAS - Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai Disember 2011 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan dipam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ‘staff sembelit’.

F. PENGGUNAAN INTERNET - Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.

Berkuatkuasa : 31 Disember 2011


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




klu dapat majikan macam nie..
kompom aq cari keja laen
hahahhahahaaaa


ok lah
itu ja...
wassalam
adiosss... amiosss...

4 comments:

  1. Hidayah - mmg babai la... sapa yang sanggup tunggu kalu cenggini...

    ReplyDelete
  2. Adam - tekanan kot klu dapat majikan macam nie.. hahahahahaaa

    ReplyDelete

Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~