Sunday, December 25, 2011

Kisah Seram UUM

-assalamualaikum-




hai semua...
hari nie aq terbaca kisah2 seram kat bumi UUM nie
so aq buat keputusan nak share 
ngan hampa semua cita2 menarik nie


kisah2 yang aq share nie 
adalah daripada pengalaman senior2 UUM
ada juga daripada penceritaan kawan kepda kawan
soo... aq xsure keaslian cerita nie
apa pon... harap korang enjoy
jom kita baca... heheehhee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kisah 1 - ratu cinta
" Cerita ni diceritakan oleh seorang Cikgu Matrix. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suiz lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang seperti Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik. Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. "



kisah 2 - mehan
"Ada sebuah bas ronda pagi-pagi tanpa pemandu, bas tu sangat buruk, tiada berlampu, akan lalu dalam 2-3pagi. Paling kerap cerita ni keluar bila time nak final exam sebab ramai yang study sampai lepas lewat tengah malam. Dengar deruan enjin bas yang ala-ala rosak dan asap bas tapi bila jenguk tak nampak apa-apa. Tapi pernah satu kes, ada budak pernah nampak tapi ngeri sebab bas antik macam zaman sebelum Merdeka."



kisah 3 - seroja23
"cter pasal bus ni ada betulnya..kalau terdengar bunyi bas kul 3 pagi maybe tu la dia bas yg xde driver tu. tp kadang2 jgn confuse lak ngn bas jelita. aku selalu je dgr bunyi bas time2 cm tu. selalu buat2 xtau je. ada sorg kawan aku blok f siap p jengok lagi bas tu time intersesi. apa lagi, xleh tdo malam, 2 malam pas tu. katil dia kena goncang n selalu kena kacau." 

"aku pernah ber roomate dgn seorg yg background family dia ada saka. secara x langsung dia pon ada sekali la. dlm bilik kitorg tu mcm2 dia leh nampak. pompuan rambut panjang menggerbang ujung katil aku la, pompuan buruk jengah dlm bilik la, org dok jengok dia tgh sidai kain depan bilik la, huhuhu..kadang2 time org tgh ramai dlm bilik pon kawan aku leh nampak benda tu lalu lalang. sabo je la. roomate au cuma akan bagi tau aku keesokannya hari tu. sebab dia xnk aku takot. huhuhu.. "



kisah 4 - ridz09
"teringat masa duduk uum dulu... kalau tak silap duduk asrama yg paling tinggi dan paling jauh, dah tak ingat nama apa, mlm tu pegi la kat public phone tepi tangga, bersebelahan tu bukit, mmg tersorok skit, pegi sorang diri je sbb nak telefon mak, nak bagitahu kat mak nak balikkkkkk....bila pegi kat public phone tu dah ada org bergayut....lame sangat, boring tunggu sy naik la kat bilik, dah la lewat dah...kak senior yg sebilik tanya pegi mane, sy bagitau dia kata nak telefon tapi dah ada org, kakak tu bagitau berhati2 sikit sbb dah ada peristiwa yg kwn dia nak telefon kat public phone tu la, dah ada org, punya la lama tunggu, tiba2 duit syiling dia terjatuh, mungkin dah lenguh sgt pegang segenggam duit syiling tu, dia pun kutip la duit tu, bila dia tunduk je...mak oiiii, perempuan yg sedang bergayut tu takde kaki.....berdesup dia naik ke bilik, seminggu jugak la demam"



kisah 5 - one_8482
"ceta yang pasal bas tu aku penah tgk..bas dia bunyi mengalahkan kapal terbang.kuat gile..laju ni xyah cakap la.kalau ada bumper pon dia x slow.redah ja. tapi setiap bus stop bas tu mst stop and pintu bas terbuka.xda pon org turun..pastu bas tu gerak ke hentian lain lak.."

"aku penah dengaq ceta pensyarah kena kacau time wat kelas malam.. sorang pensyarah ni wat kelas malam. bila dia start kelas x sampai 15 minit, dia cakap kelas dah tamat.so bebudak pon heran la.pensyarah tu suh budak2 cepat balik.esoknyer time kelas bebudak tanya la kat si pensyarah ni napa kelas kejap bebeno semalam. so si pensyarah ni pon ceta r kata dia nampak askar2 jepon dok beratur panjang kat belakang bebudak 2.."



kisah 6 - mehan
"Dalam sebuah Dewan kuliah yang besar tapi student tak berapa ramai, seorang lecturer wanita masuk mengajar permulaan satu bab, memberi penerangan dan student sume pun concentrate mendengar dan amik notes. Tiba-tiba je waktu masih tengah mengajar, lecturer tu stop sekejap, lepas tu dia kata " Sorry class, saya rasa agak kurang sihat malam ni, apa kata kita tangguhkan kelas awal malam ni. Kita jumpa next class, semua boleh bersurai, sekian, terima kasih". Apa lagi semua pun baliklah sebab lecturer dah cakap macam tu. So, lepas beberapa hari ada student yang datang jumpa lecturer tu dan tanya "Puan, hari tu waktu kelas malam tu puan tamatkan sebab puan nampak sesuatu dalam kelas kan?" kata student tu. "Eh, macam mana awak tahu? Ingatkan saya sorg yg nmpk" balas lecturer tu. "Ada juga beberapa org yg nampak malam tu, tapi kami diam sahaja takut jadi kecoh" kata student lagi."

"Sebenarnya semasa mula mengajar malam tu kelas memang tak berapa penuh, jadi banyak kerusi yang kosong... jadi lecturer yg mengajar akan dapat lihat setiap student dia, waktu itulah lecturer ni tiba-tiba terperasan ada sorg "student wanita" yg tiba-tiba muncul di tempat duduk paling belakang. Tapi wajahnya tak jelas sbb jauh cuma kelihatan berbaju kurung putih dan berambut paras bahu. Tapi sekelip mata bila lecturer ni menoleh lagi, susuk student ni beralih ke tempat duduk depan pula, makin lama lecturer menoleh dan perhati kedudukan gadis ni makin ke depan, makin depan, semuanya berlaku sekelip mata. Jadi tatkala lembaga ni dah hampir sampai ke ruang depan kuliah...Terus lecturer ni tangguhkan kuliah malam tu utk elak kejadian2 yang lebih menyeramkan berlaku. Dia beranggapan hanya dia seorang yang nampak lembaga wanita berbaju putih tu tapi rupanya segelintir students dia pun rupanya nampak."



kisah 7 - kupu2siang
"ni yg berlaku tahun 90-91 kan? aku 1st batch uum sintok...mula2 sintok dibuka...time ni mang ada kapal terbang yg terhempas...tak pasti lak pasal nak tunjuk kat awek dia ke apa...yg pasti memang mangsa wat latihan la kat situ..diberitakan sepatutnya pesawat latihan tu terhempas kat kafe kolej yg berdekatan tu...kafe tu memang tempat tuju students makan2 dulu...paling ramai...tapi ada tiba2 ada yg nampak pesawat mcm wat ala2 korner baring gitu tu yg sangkut kat kolej tu...lepas dpd tu tak ramai berani balik mlm2 lalu kolej tu...sbb ada yg pnh ternampak ada makhluk ala2 rentong kat atap kolej tu.."



kisah 8 - mnaa
"Ni kene kat kolej yang laluan B ujung2 lak. Masa aku first year uni tetibe blok tu diaorg bg kat pompuan, tak tau apsal. Yg syoknya masa aku dengar kawan aku (pompuan) cite aku duduk betul2 level blok tu, cume lain wing jer..bayanggggkannn. Cite ni dari one of our matriculation's classmates yang duduk situ betul2 one semester before that la. Citenyer kawan aku ni dok studi, roomate dia dah tido. Meja studi mengadap tingkap.. terbuka jerla. Masa tu dalam kul 2 pagi kot, then ada sorang makcik kat luar tingkap dok sapu sampah tegur dia.. 'Study ker?' . Kawan aku ni pon jawab la.. ' A'ah study makcik'.. dia biar jerlah.. then tetibe baru dia teringat, dia dok tingkat 4 (paling atas mebi 3 atau 4), camne ade makcik lak leh sapu sampah kat luar.. terus dia bangun, tutup langsir.. yang heran dia leh keluar bilik gi bilik kawan dia sebelah, tinggal housemate dia yang tido sorang2.."



kisah 9 - peghelih
"Aku dok sana matrix 93-95, degree 95-98... Cerita nie time aku final year kat Proton hujung '97...sorang member aku nie budak Ganu...tiket bas dia lambat skit datenya, so terpaksa la dok kat kolej 2-3 hari lepas exam...biasa la, time2 tu skit ja student yg ada kat blok2 kolej...malam before dia nak balik, member aku nie ajak la sorang budak teman..borak2 punya borak, last2 tertidoq...then, tetiba member aku terjaga..dia tidoq mengadap dinding time tu..yg herannya lampu meja study terbuka walhal dah tutup sebelum tu...then, terdengaq buku diselak dengan kuat & semakin lama semakin cepat...member aku tanya la kot2 kawan dia tgh belek majalah ka, tapi tak dak jawapan...panik dah, tapi tak berani nak beralih...tetiba terdengaq mcm ada orang berulang-alik berjalan dari tingkap ke pintu..makin lama makin laju...berpeluh dah member aku nie....last2, dia terasa ada benda mai tidoq rapat ngan dia sampai terasa kat belakang badan...member aku kata time tu punya la lencun berpeluh, terkumat kamit baca macam2, nak beralih takut terpengsan plak nanti..lastly, macam mana dia boleh tertidoq gak tgh takut camtu pun dia tak tau...terjaga pagi esoknya, kalut2 dia pi bilik member yg teman dia semalam...tgk2 kawan tu habaq yg dia dah balik bilik bila tgk member aku nie dah tidoq..start dari sem depan, dia dah tak berani tido sorang2 dah.."



kisah 10 - katak ungu
"Kolej petronas... 3 tahun aku dok situ, kat aras atas sekali..takdelah tinggi sangat...aras 4 je...mmg hobi aku n kawan aku dok dengar kisah seram kat radio...tak silap aku DJ yang kendalikan tu Isma Halil Hamzah kot... tido dalam 2-3 pagi mmg biasa (pastu ponteng kelas kul 8 pagi pon biasa jugak)... malam tu mmg malas nak balik bilik tido...dari lepak bilik kawan terus tido kat situ terus.... tibe2 ada bunyik macam benda berat yang amat (macam benda jatuh) dari atas....roomate kawan aku selamba je cakap... "tu mesti keje orang atas...mesin basuh ke ape yang jatuh"...aku dah mula kompius....cepat je mulut aku tanya.. "bukan kita ke dok kat atas sekali sekarang ni?" terus roomate aku melompat dari katil dia ke katil kawan aku..... (masa tu 2 katil dalam satu bilik)..tak tau nak cakap emosi aku time tu..takut ke nak gelak..."



kisah 11 - norzyy
"it was 13 years ago... tahun 1997. 1st year kat UUM. stay kolej telekom tp suka merayap tido bilik member. satu hari tidur kat perwaja. kami 4 org masa tu. borak2 sampai le pukul 2-3 pagi. bila mata dah ngantuk...ingat nak pi toilet le dulu baru tido. kebetulan semuanya nak pi toilet. ok la 4 org kan...kekononnya nak hilangkan rasa takut.. bila aku buka je pintu bilik....baru je aku nak meyarung seliper jepun aku terpandang ada satu lembaga kat beranda toilet. rambut panjang...tengah punggah tong sampah RENTOKIL a.k.a tong sampah pad. terkedu aku kejap... dah keras kejung aku depan pintu. ada la kawan aku ni tegur...."eh cepat la..kata nak gi toilet. yg ko terpacak je ni apahal?"elok habih je ayat kawan aku tu...aku terus masuk bilik..tutup pintu... lompat atas katil. ketiga-tiga member aku tercengang. ada sorang member aku ni dah boleh sense something...dia tanya aku "ko nampak apa2 ke?aku cuma balas " tak yah gi lah toilet. kita tido je"......member2 aku tanpa ckp byk...terus diam...and kami terus zzzzzzzz"



kisah 12 - wanida
"kat kolej telekom tu....terjadi pada kawan aku ..minggu exam jgk...dia stay up...roomate dia tido....meja study dia sebelah tingkap....ms dok study...dia dgr tingkap diketuk....mula2 dia ingat cam angin ja....tp makin lama makin kuat...dia pelik siapa nak ketuk tingkap sbb dia duduk tingkat paling atas....dia terpandang pintu almari bercermin yg terbuka mengadap tingkap tu....dia nampak benda terbang di luaq....dia terus bangun n tido atas katil.....dia dah menggigil atas katil cuba panggil roomate dia tp suara xkuaq,tiba2 dia dengar org ketuk pintu...dia tunggu org bagi salam dulu...tp xdak...dia pun diam sambil tarik selimut.....dia berselubung terus......pintu asyik diketuk....dia xbagi respon...tiba2 dgr suara...."cu,buka la pintu...nenek tau cucu tak tido lagi....buka la...."kwn aku terus tutup telinga n baca surah2....sampai la pagi....dia demam lama juga.....huhuh"



kisah 13 - sya
"sya grad 2002...time 2000 kalau x silap mg dah dgr citer yg pjanjian antara jin asal kt uum tue dah tamat....so jin2 nie semua majoriti dah blk ke uum tue....yg jd kesnyer ader 1 mlm tue...1 budak kt laluan B ader 1 girl nie kena rasuk....girl nie katanyer social ler...suka kuar dating ggatal ngan bf dia memalam...so antu nie pun rasuk dia...antu yg rasuk dia nie antu ppuan n baik..dia rasuk budak ppuan nie coz nk bg warning....time pgl org berubat br ler jin nie gtau...dia gtau dia rasuk ppuan tue coz dia nk warning ppuan tue supaya jg tingkah laku...jgn social bkepit ngan jantan mlm kat tempat sunyi2...jgn kuar bdua2 gitu ler...dia kata 'depa' x suka...pas tue dia warning lg ..dia kata dlm kumpulan depa ader 1 'laki' mmg dah nak buat pedajal kt budak uum nie coz gatai laki ppuan social nie...dia dah gtau nak p merasuk semua..that's y antu ppuan yg merasuk nie masuk bdn ppuan tue n gtau...dia pesan semua budak uum kena jg attitude gitu ler..klu still x reti jg..yg' laki ' nie dah get ready nk kacau"



kisah 14 - keozukie_azuma
"aq duk kat bukit kachi kat dpp sme bank bukit kachi 2... aq skrg ni sem 3 lah... first aq kena masa kedah banjir tahun lalu... banyak student balik kan.. aq nak balik jauh kot kat sabah. so aq stay lah kat uum.. aq duk kat blok 16f bilik aq kena kat wing hutan... dah 2 ada satu malam ni kat floor aq 2 cuma aq ngan sorg lagi mmber aq dak sabah. tapi bilik kitaorg mmg jauh lah. malam 2 aq ngah stay up on9 biasalah bila x ramai on9 wifi pun kuatlah... dah 2 dalam jam 12 malam, aq dengar bunyi pompuan menangis kat luar tingkap aq.. bilik aq tingkat 4.. aq terkejut terus aq pindah duk kat atas katil aq... masa 2 roomate aq xder balik pahang.. aq sorg jer... aq xsempat nak off laptop aq... dah 2 bunyi pompuan menangis 2 makin kuat... aq dah cuak dah mmg takut..tiba2 dari menangis bunyi mengilai pulak sambil cakar tingkap bilik aq.. mmg dah takut sgt 2... dah 2 aq call ayah aq... dia dgr sore aq dah semacam.. aq ingat ayah aq x dgr apa2 tapi dia dengar bunyi mengilai selang-seli ngan bunyi pompuan menangis.. aq x letak fon kot... setengah jam juga aq kena kacu 2.. dah2 bila aq x dengar bunyi 2 lagi aq p laptop aq pasang surah yassin kuat2... "


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tu dia... bnyaknya cerita 
yang last sekali tu dekat sngat dengan kolej kediaman aq
hehehehheeee


aq post semua nie bukanlah nak menakutkan korang semua
just nak kongsikan pengalaman
senior2 n student2 y still belajar di UUM nie




cerita yang penah aq dengaq 
tentang perjanjian seroang ustaz dgn jin2 kat UUM nie
makluk2 yang selalu kacau student
maklumla... tapak UUM nie dulu laluan askar jepun
ada pulak y kata ramai kna bunuh di sintok nie dulu kala
ustaz tu pindahkan semua makhluk halus guna bas
bawa pergi buang kat mana xtau la
driver bas tu dipesan supaya bawa je bas tu
xboleh toleh blakang...
dalam 5 biji bas tu nampak kosong...
tapi dari apa yang driver bas cakap
diorang rasa bas tu sangat la berat...



apa yang penting kita kena pandai jaga diri
bak orang tua2 cakap..
klu kita xkacau makhluk tu
diorang pon xkan kacau hidup kita
kalu dah kita nie jenis yang bergelak sampai 2,3 pagi
mmg dok cari nahas la jenis tu
hehehehhee
bukan mintak.. tapi berpesan


k lah... buat kawan2 yang bakal masuk UUM tu
boleh la buat2 tinjauan kolej mana yang plg selamat
hohohohooo
setakat la...
alhamdullillah... aq masih selamat disini
n harapkan aq akan aman la sampai habis study
aminnn...



ok... kepada sesiapa yang ada pengalamn seram diUUM
boleh la kongsi2 di ruangan komen... 
hehehehheee...
ingat... sekadar perkongsian yeee...



wassalam
adioss... amiosss...

76 comments:

  1. haddoii, banyak la plak cite gini...seram ooytt malam2 ni..:O

    ReplyDelete
  2. ADOI.. nape suma seram2?? dah la farah baca mlm2 nie.. huhuh..

    p/s~ farah stdy kat politknik..

    ReplyDelete
  3. Farz Zull - hehehheee... baru je dapat sita2 nie... mmg xpenah tau... saja post kat cni nak kasi tau kat semua orang... hehehhehee

    ReplyDelete
  4. Nur Farahin - hohohohooo... alaaa... bukan seram sangat pon... biasa2 ja cita nie... stdy kat poli mana.. saya pon bekas student Politeknik gak... baru kluar 6 bulan lepas

    ReplyDelete
  5. kat politeknik dungun ngan uitm dungun ada citer hantu gak tu.. bila mai uitm perlis tak brape dgr sgt citer hantu ni.. cuma pernah ada orang citer nampak hantu tak ada kepala kat tmpt parking..

    ReplyDelete
  6. xsanggup nak bca bg hbis....tngok tajuk dah la...

    ReplyDelete
  7. dah boleh buat koleksi dah..kat mana2 u pun ade jugak citer seram kan..memang bila final exam selalu gangu..time nie la student stress..kena histeria...

    ReplyDelete
  8. Shah Rizar - zaman la nie dah jarang jumpa hantu2 semua nie... mungkin sebab fahaman atau amalan dah berubah...

    ReplyDelete
  9. Hermin - baca tajuk ja... mana styleee... cer baca cikit... heheehheee

    ReplyDelete
  10. Tiramisu Fatiema - biasa la tu... orang2 yang lemah semangat selalu sangat jadi mangsa... so kena kuat2 kan semnagat selalu

    ReplyDelete
  11. Paling bawah lebih seram mcam hntu knilanak hiiii cakar bilik sbab dia tak pernah gunting kuku, kisah yang menarik sob :D

    ReplyDelete
  12. Degabshah Putra - hahhahaaa... dpp sme bank nie berjiran dengan kolej aq... dah la kejadian nie jadi awal tahun 2011 je... haishhh... serammm

    ReplyDelete
  13. suka baca citer seram2 nie...hahahha.. harap malam karang xmimpi la.. hahaha

    ReplyDelete
  14. Cik Jingga - xpa...klu mimpi suruh ja dia teman tidur sampai pagi... hohoohohoh

    ReplyDelete
  15. eeeee..seram gler cite2 ni.Nasib baik baca waktu siang.huhu

    ReplyDelete
  16. owh poli juga.. farah stdy kat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah..^__^


    p/s~ meh farah tunjukkan jalan pegi pesta peneng.. hikihkihk

    ReplyDelete
  17. bagus jugak..boleh tukar2 story..hahaha

    ReplyDelete
  18. zareliqa afiqa - ish3... baca malam2 la baru ada feel... hehehehheee

    ReplyDelete
  19. nur farahin - ooo... jiran laaa... saya dulu Polimas, jitra...

    ReplyDelete
  20. Cik Jingga - haaaaaa... baru la ada chemistry nanti... dapat story yang real punya dari seorang hantu... hahahhahahaa

    ReplyDelete
  21. nia marlissa - huhuhuuu... biasa ler... best tak??? hahahahaaa

    ReplyDelete
  22. kecut perut kejap..
    ha.. dah kembang balek..hahak..
    pehal banyak sgt ni??

    ReplyDelete
  23. Nurul Najwa - cikit la nie.. klu nak ikutkan lagi bnyak.. nanti pakat xlarat baca lak.. just pilih2 y menarik je laaa...

    ReplyDelete
  24. hahaha.. macam ni menarik?? adoiii.. menakutkan ade la.. dah la bca pg2 cmnie2.. seb baek dah nak siang.. :)

    ReplyDelete
  25. Nurul Najwa - huhuhuuu... biasa la... bila dok kat UUM nie sikit banyak kena gak ambek tau apa y terjadi kan... buat waspada... hehehhehhee

    ReplyDelete
  26. hahak.. betol3.. kang jadi kat kita.. x bersedia pulak..

    ReplyDelete
  27. Nurul Najwa - tu la pasal... bila dah tau nie kena la pandai elak dari buat benda yang xpatot buat... mintak simpang la benda nie semua... kita xkacau dia.. jngan dia dok kacau kita...

    ReplyDelete
  28. betul 2.. macam pepatah buat baik dibalas baik. buat jahat.... hahah. faham2 la..

    ReplyDelete
  29. Nurul Najwa - hhahahaaa... betoi2... selagi kita xkacau, makhluk2 tu semua pon xkan ganggu kita...

    ReplyDelete
  30. hahahha.. btol3.. pagi2 ni semua peribahasa nak keluar..ahhak

    ReplyDelete
  31. Banyak jugak citer seram kat kampus yek. Diorang pun nak belajar dan lulus piksa jugak ke hahahahahah

    ReplyDelete
  32. Nurul Najwa - biar p.. keluar peribahasa pon xpa ehh

    ReplyDelete
  33. Amin Abjad - hhahahhaaaa... mmg bnyak.. klu nak diikutkan mmg bnyak lagi...

    ReplyDelete
  34. Empayar Utama - hahhahaa.. hantu2 sekarang ni dah cerdik.. dah berilmu.. diaorang pon ada degree, master, phd gak pe... kekekkekekeeeee

    ReplyDelete
  35. kalau perhatikan, u ke, kolej ke, mesti kat tempat baru teroka. tu sebab banyak kes macamni

    ReplyDelete
  36. Agak Masalah - tu la... kekadang cara diorang buat teroka tanah baru tu xkena kaedahnya... sebab tu makhluk2 yang tinggal kat tempat tu xpuas ati... so pelajar y jadi mangsa...

    ReplyDelete
  37. jgn pandang belakang congkak !

    ReplyDelete
  38. Khairul - pagi2 buta nie jangan pandang sungguh... hahahhahhaaaaa

    ReplyDelete
  39. serammmm... takut nak baca sangat....

    ReplyDelete
  40. Mia Liana - apa yang nak diseramkan... relex jer... baca slow2... xla menekutkan sngat pon

    ReplyDelete
  41. tekun plak is baca entry ni,haha,,ade lagi x,,hehe

    ReplyDelete
  42. Iszieylyanziy - hahahhahaa... best kan... ada lagi... tapi malas nak copy n paste... cari la dekat forum kisah seram UUM... nanti dapat la bnyak cerita2 seram

    ReplyDelete
  43. sy prnah tgok bas kul 3 pagi 2..hahah bas unic..pemandunya xnmpk..lmpu dlm bas nyala...huhuhuhu masa 2 tgh buat agsmnt..pas tgok 2 trus seram sejut n off laptop n trus tdor..paginya cerita kt rumate dia ckp dia pon pernah tgok..mlm esknya kami brdua brjaga nk tgok lg skli..tpi bas 2 xmuncul2 pn..huhuhu..seminggu lpas 2..bdk bilik sebelah cerita dia ada tgok dia ckp sgt2 seram kmi surh dia cerita tpi dia ckp dia tkot...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  44. Ahlam Miera Amirul Shafie - waaaaaa... tengok masa kat DPP mana tu... diorang ckap bas buruk... biar betul... tahun bila...

    ReplyDelete
  45. dulu mse skolah, cikgu akaun aku salu cite pasal cite hantu time dia blaja kt uum dulu.

    ReplyDelete
  46. Haney - student yang 10-20 thun lepas mmg selalu sngat lalui semua nie... tapi karang nie dah kurang... malam2 kat UUM dah macam pesta lampu... soo xla takut sngt...

    ReplyDelete
  47. kampus uum dah agak bersih da..tapi kachi je ada problem cikit smapai sekarang.

    ReplyDelete
  48. Saya Syiah - masalah apa kat kachi tu??? masalah besar ka masalah kecik??? hehehehheee

    ReplyDelete
  49. Sambungannya ada kat belog aku laaa ^_^

    ReplyDelete
  50. Empayar Utama - sambungan yang cukup2 suspen... hahahhahahaaa... menarik kisah seram anda...

    ReplyDelete
  51. tok yg pindah kan gna bas 2 ustaz tu sndri pn dh menafikan...wallahhualam...search la ape kata uztaz tersebur...sb bkn kt uum je...u len pn sme....klu nk pndahkan bnda trsebut xpyah gne bas pn xpe...kuasa Allah....ni lectrer yg cite blik bru2 ni...

    ReplyDelete
  52. tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

    ReplyDelete
  53. Gadis Yang Sepi - tah la... cerita nie dari mulut ke mulut... biasa la tu... ada saja tokok tambahnya bila disampaikan... kita yang baru tau nie macam2 la dapat... hahahhahhaaa...

    ReplyDelete
  54. Lady Emilya - apa nak ditakotkan... hantu2 tu semua pon makhluk Allah juga kan... (cakap besar la aq nie...)

    ReplyDelete
  55. hahaha..aku x UUM gak dok kolej TNB.. konvo 2006.. mcm2 kisah seram.. hehehe

    ReplyDelete
  56. BurnKelana - kongsi la sikit kisah2 seram tu... mesti best kan... heheehheheee...

    ReplyDelete
  57. yang part pindah tu aku taw sebab ade driver bas UPM terlibat mase pindah tu. depa dok cite ngan aku. hahaha wuuuu~ serammm derrr!

    ReplyDelete
  58. ouchh ! seramnya.. meremang ffie baca entry ni..nak dpt dpp yang 'lembut2' laa nanti. xmau yang 'keras2'

    ReplyDelete
  59. Kauthar Afifah Ramli - hhuhuuu.. lepas nie pandai2 la selidik DPP mana yang paling selamat yeeee... :)

    ReplyDelete
  60. salam..
    nk tnye skit , still stdy kt uum ke?
    kt sne line broadband biasa gne ape, celcom @ maxis?
    tq~

    ReplyDelete
  61. apis - ya... masih lagi kat UUM...
    kat sini febret maxis n celcom laaa
    klu tak pon leh guna TM wifi...
    P1 pon ada y guna...
    UUMzone pon ada... tapi kelajuan ikut tempat n bilangan pengguna...

    ReplyDelete
  62. ouh, ape mksd kelajuan ikut tempat tu?
    boleh bg tau tempatnye nama nye ape?
    tq..

    ReplyDelete
  63. biasa la wifiUUM... speed dia berapa tah...
    kalu tempat y kurang pengguna laju laaa...
    klu mcm dewan penginapan tu 2,3 pagi juga la baru nak laju...
    then dekat2 nak cuti sem... time ramai y balik.. comfirm laju....

    waktu2 lain tu paham2 la sendiri...
    klu rasa berkemampuan better guna BBand...

    ReplyDelete
  64. cter y pndah jin pakai bus tu x btol la.....

    ReplyDelete
  65. POLIMAS pun ade gak citer kadang2..Seram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yop... kat polimas pon penah dengaq ada 2,3 story seram... then yang paling keras area dewan mas tu... penah sekali masa jadi fasi dlu ada member kena rasuk... 4 orang fasi lak tu... mmg keras abis dewan tu :)

      Delete
  66. aku pnah p uum aku nk bngun solat sbuh aku bangun kol 4 pagi roommate aku x bangun lagi masa tu aku tunggu la dia baangun tiba2 aku dngar org ketuk pintu blik aku.aku pun bangun buka la pintu kot2 kawan aku kat blik sbelah.aku bka pintu tengok x dak org.time tu aku x rasa apaa2 la.lps tu mlm ke2 aku rasa mcm ada org tdur sbelah aku.apa lagi aku x berani laa naak pusing.mlam ke3 aku tdur blik kawan sebelah aku.aku dah kunci blik aku tapi x smpai 3 mnit kawan aku beritahu yg pntu blik aku terbuka.aku pun beranikan diri kunci smula blik aku.lpas tu aku daan kwan aku,kami tdur tiga orang.time kami nk tidur kami dengar orang ktuk pintu,kami x berani nk buka.mmang seram juga la.kejadian ni berlaku kat blok pompuan(PETRONAS).

    ReplyDelete
  67. Aku pernah alami. masa stay dpp Tradewinds bilik kami kat blok D wing belakang. time tu lepas tgk movie dgn roomate. roomate g toilet kul3 pg, dgar bunyi org mandi buka n tutup shower. tp pintu toilet semua terbuka. masuk dlm bilik dia nampak ada "benda" pandang dr luar tingkap. mlm tu jugak kami dgar bunyi 2 "org" tgah berbual, sorang tengah menangis, sorang lg tgah pujuk. tp bahasa dia xbpe jelas. bilik kami betul2 atas bilik yg senior2 cte ada kes student china bunuh diri. Biliktu dulu ada sorang akak student master duduk. dia boleh tgk menda2 ni. dia cte bilik tu memang keras.

    masa stay kat dpp sime darby pulak, roomate turun bawah nk ambik air, dia pun usik kwn dia konon nk jd hantu jual karipap ketuk2 tingkap dr luar. padahal kawan dia tgah tido xsedar diri time tu. lepas ambik air, dia masuk bilik gelak2 cerita. aku pun tumpang gelak kaw2.. tgah2 study sambil dgar lagu dr earphone, tetiba aku dgn roomate dengar ada suara kawan yg dia usik td jerit panggil nama dia 2 kali. sayup2 je suara tu. roomate aku pun keluar panggil blek nama kwn dia tu, tp xda org jwp pun. dia pun kol kwn dia, 2 3 kali gak la, baru kwn dia jawab. suara kwn dia betol2 suara org baru bangun tido n xtau apa2. sah2 la menda tu tolong usik roomate aku td..

    bkn student je penah alami. aku keje skali dgn engineer yg bertanggungjawab pasang kabel maxis kat uum, dia cte penah dia pernah kena, lepas keje dia nk kunci stor yang simpan kabel n barang2 maxis juta2, lepas kunci dia cakap pintu stor terbuka sendiri. cek2 mangga dgn selak pintu tak terusik pun still dlm mode kunci. 2 3 kali dia kunci terbuka je, last dia blah mcm tu je sbb da rasa lain macam time tu pukul 2 pg. kwn dia cte kat belakang ada 1 lembaga besar mcm nk peluk diorang. sampai terkencing2 la engineer tu dgn kawan dia.

    apa2 pun, kat mana2 menda2 ni memang wujud. tp kita jgn lemah dgn menda2 ni, sbb lg kita takut, lg dia suka. terlalu berani pun xboleh jugak. yang berkuasa Allah s.w.t. kita berserah n bertawakal je pd Allah. baca la ayat2 suci al-quran kalo rasa takut. utk student2 jgn suka sgt tgah2 mlm.

    ReplyDelete
  68. saya pernah tinggal di kolej petronas (sekarang DPP Petronas,,,)... Tak pernah alami kejadian aneh... Cuma banyak kali dengar kawan cerita...

    Cerita bas memang ada benarnya.. Banyak kawan cerita versi yang sama cuma laluan yang selalu dilalui laluan A hingga pintu gerbang....

    Satu pasal kawasan Tasik Gathree... Kawan pernah cerita dia pernah mimpi di kawasan tersebut adalah suatu kawasan perang...

    Di kawasan lain tak pernah dengar pulak...

    ReplyDelete
  69. Terbaik cerita yg dikongsikan

    ReplyDelete
  70. kisah blok 16f tak pernah dilupakan.Masih lagi ingat sayu gila benda tu menangis kat luar tingkap masa tu. paling seram dia mengilai n cakar luar tingkap. Nasib maghrib dah tarik langsir awal-awal.

    ReplyDelete

Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~