Saturday, February 19, 2011

Petua "Tahan Lama"

-Assalamualaikum-







Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.
Ewah ewah ewah...
Korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama ni, ya?
Kat bawah ni ada petua untuk "tahan lama".


----------------------------------------------------------------


KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2010.
Dan sebelah lagi pada 1 January 2011.
Wah...tahan sampai 2 tahun kan?


NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari
pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi.
Ceduk la pakai senduk.


BARANGAN KEMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarla zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak,
kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi,
padan muka korang, hahaa...


PAKAIAN

Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat
elak guna mesin basuh
Jangan jemur bawah matahari terik.
Jangan bawa mandi kat pantai.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Nak lagi tahan, PINJAM BAJU MEMBER,
BAJU SENDIRI SIMPAN.


KERETA

Beli, simpan kat garaj.
tutup elok2.
jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk..
jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan.
gerenti tahan lama.


KENYANG

Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..


UMUR

Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum,
jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!!
(bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja,
kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).


ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah......!!!!,
letak atas meja dan tengok saja.
Pesanan penaja: jangan hisap benda-benda yang dilarang...
sendiri mau ingat... hahaaa....


TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.


HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas, tu jaa!!!!


Pesanan penaja>>>> Gambar kat atas sekadar hiasan.

2 comments:

  1. aku engt ang maksudkan apa td . hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahhahhaaaa... mmg sah otak ang kuning nie.. ish3...

    ReplyDelete

Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~