Monday, August 29, 2011

Reunion... Terlaksana...

-assalamualaikum-


alhamdulillah... syukur...
tadi baru ja lepas berbuka puasa dengan kawan2 ex-SMKPT
rasa happy sangat2 sebab ramai yang join
xrugi penat lelah kami selama nie merancang semua nie


sebulan lepas aq mencadangkan nak buat reunion nie
bila post dekat fb ja ramai yang bagi respon
so aq buat satu iklan letak dekat group dalam fb




hari demi hari aq dapat msj dari kawan2
ramai y nak join
so aq tetapkan nak buat 28 ogos
sedeh pula aq rasa sebab ada 2,3 orang y xdapat cuti pada tarikh nie


dgan cadangan kawan2 dan survey aq dekat 2,3 tempat
aq pilih nak buat dekat Terap Inn...
tempat nie ja yang masih available sehingga 28/8
tempat lain semua xmau ambek order sebabnya pekerja dah cuti


alhamdullillah...
aq dapat pakej RM7 per orang
mmg murah... makanan pon boleh tahan sedap
berbaloi2 orang kata


46 orang yang boleh hadir hari nie dari 53 orang y antar nma dekat aq
jumlah yang aq sendiri xjangka
aq ingatkan boleh kumpul dalam 30 orang ja


mmg best sebab jumpa balik kawan2 yang bermacam2 ragam
ada yang masih study
ada yang dah kerja
perhhh... hebat2 semua depa nie
macam2 cerita kluaq malam nie
sakit perut aq bergelak dgn depa semua


ada yang sanggup redah hujan
sanggup drive masa orang tengah azan
semata-mata nak mai berbuka dengan kawan2
aq respect la hampa semua
mmg sempoi...


tapi yang aq paling syukur kaki aq xsesakit kemarin
boleh la aq nak jalan kehulu hilir walaupon terinjut2 cikit
kawan2 punya pasal no hal laaa..'
heheehehehee...


malam nie aq x upload gambar tadi
esok lusa baru nak copy dari kawan aq
xsempat aq nak snap pic malam nie
sibuk dok mnjawab telefon dari member2 yang sesat jalan


sebelom balik tadi sempat beraya dgn kawan2
harap2 semua salah silap serta kekurangan sepanjang majlis tadi xmenyakitkan hati mana2 pihak
maklumla... first time aq handle majlis macam nie
sebelom nie pon aq just tolong2 ja
orang lain yang sibuk2...
kali nie baru aq rasa kekalutan yang sebenar....


oklah.. nak tidor dah
mengantuk dah...
japg nak bangun sahor lak
wokeh... wassalam
adiosss... amiosss...

Saturday, August 27, 2011

Iftar d'KFC

-assalamualaikum-


bulan ramadhan nie aq berkampung kat rumah ja...
tiap2 hari berbuka dgan family tercinta
sehari kami p berbuka umah tokwan
hari len semua kat umah


kemarin 26/6 aq pegi luangkan masa berbuka dgan kawan2 lak
2 mggu lobih uncle pinky merancang nak berbuka dgn kawan2
last2 cancel program
sebabnya ramai y xleh join


so si nadiah kacang ijau cadang nak buat juga
kami kumpul kat KFC ja
makan ala kadar
xda la nak sedap2 makan ikan bakar salai 3 rasa segala macam semua tu


port KFC pilihan dekat dgn yawata, depan kolej komuniti jitra
aq makan pakej apa tah dlam KFC tu
aq ambek yang ada nasi n ayam 2 ketul
apa nama tah... uncle pinky y tulun order bagi aq




apa la nasib hari tu hujan tersangat la lebat
sampai aq nak bawa keta pon takot
langsung xnampak jalan
lepas tu dekat kilang gano dah hampir nak banjir
air penuh atas jalan


kat bawah nie member2 yang join makan kat KFC
walaupon xramai tapi boleh la nak sembang2 ckit


shima, caien, dila, jimmy, aida, diana, rose, ain n aq
si nadiah kacang ijau beriya ja nak jumpa kat KFC... alih2 dia pulak xboleh mai sebab sakit... sakit apa jngan tnya aq.. hahahhahaaaa


tapi yang xbestnya aq terpaksa menahan kaki aq yang skit
ada pula si shima tu kata aq control macho jalan slow2 tengah2 hujan
klu kaki aq xsakit aq dah lari la wey...
hahahahahhaaaa


dek kerna kawat buruk libas dekat kaki aq ckit ja
masa dok menebas jalan kat umah aq
terus bengkak, dah la bengkak... berdenyut2 lak tu
terinjut2 aq kat umah nie haaa


hilang terus mood aq time kat KFC tu
aq bergelak dgn si jimmy ja
yang laen2 aq tegur cikit2 ja...
xpa la nnti time konvo aq sembang lagi dgn diaorang semua


kali nie xda pulak aq snap pic time berbuka tu
lapar bebonor..
makan xingat orang dah
sampai roti kawan aq pon aq bantai sekali
silap pinggan maaaaaaaaaaaaaa... sowy...


esok 28/8
ada lagi satu reunion
kali nie mmg aq kena pegi
sebabnya aq y rancang semua
klu aq xpegi susah la


sebulan dok heboh2
akhirnya aq n the geng dapat kumpul 53 orang tok reunion tu
aq namakan reunion tu
REUNION GENG's 1990 (ex-SMKPT 2003-2007)
ikut suka aq ja nak letak nama


pertama kali aq rancang xtvt untuk member sekolah
aq harap kaki aq xsakit sangat esok
aq nak happy2 dgan kawab2 aq yang dah 5,6 tahon aq xjumpa
seingat aq ada yang last aq jumpa time abis form 3
lama dah... mungkin dah xkenai rasanya


esok aq nak jumpa semua balik
harap2 kaki aq xbuat hal n xhilangkan mood aq
lama sngat aq tunggu peluang macam nie
semoga semuanya berjalan lancar


ok lah...
aq xtau dah nak taip apa
esok lusa aq update lagi
aq nak update pasal muzium padi yang aq pegi 2,3 hari lepas
tapi malas la pulak... esok2 la..


ok stakat nie dulu
wassalam
adiosss... amiosss...

Thursday, August 25, 2011

Kad Raya 15 Minit

-assalamualaikum-



salam ramadhan


hari nie aq telah ditag dalam blog Mek Da
dia buat contest kad raya
aq tengah xda keja apa petang nie
jadi aq pon creat la satu kad raya


bohong la aq cakap klu kad raya aq nie ciap dlam masa 15 minit
di petang hari yang kesejukan dek hujan lobat
aq pon mencari idea nak buat kad raya
kad yang biasa2 ja... xcantik mana pon


nak tengok kad raya aq...


!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
V

tadaaaaaaaaa...



syarat kelayakan :


1. buat entry yang bertajuk " KAD RAYA 15 MINIT"
2. MAKE SURE DONE IN 15 MINUTE ea !!
3. post KAD RAYA 15 MINIT tue dekat facebook , tweet dan seWAJIBnye blog kan ?
4. then TAGGED kawan - kawan anda . at least 3 org .
5. after that , link ur entry ! :: kat comment blog Mek Da::
6. Selamat Berjaya ! Enjoy it !


nampak sangat yang aq dah xtepati syarat ke-2
sebabnya aq buat kat nie sampai berjam-jam
hahahhahahhahaaaa
lantak rrr... janji aq ada kad raya tahon nie... :p


ok... skrang aq nak tag member blog pulak



dah terlanjur letak kad raya
disini aq dgn rasa rendah diri ingin mengucapkan
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN
&
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


diharapkan korang semua dapat maafkan aq
lepas nie kira 0 = 0 la nooo
hari raya nanti jangan lupa singgah umah aq
thanks juga kpd kawan2 aq yang post kat raya dkt fb aq
lepas raya nie aq letak semua kat raya yang aq dapat dalam blog nie
tengok kad raya sapa paling cantik n kreatif
heheehheeee...


wassalam
adiosss... amiosss...

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #9

-AssalamualaikuM-


sahabat lama



prev :



tinggalkan link WW korang kat sini :



-WassalaM-

Friday, August 19, 2011

Perhatian - Memo!!!

-assalamualaikum-


cuba bayangkan bila korang dah keja nanti
tetiba suatu hari kluaq satu memo dari bos korang
nak tau memo macam mana?
baca kat bawah nie....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


MEMO


Kepade pekerje2 ku sekelian alam, ini polisik baru kampeni kitew dimane ade beberape pembaharuan akan dilaksanekan...sile bace dengan teliti yahhh, ahaksssss

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada hujung tahun , Disember, tahun 2011, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

A. PENGANGKUTAN - Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah, atau kereta Honda dan Caldina contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta nasional samada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

B. CUTI TAHUNAN - Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakkannya ialah hari sabtu dan ahad.

C. WAKTU LUNCH - Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

D. CUTI SAKIT - Mulai Disember 2011 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk mendapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

E. PENGGUNAAN TANDAS - Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai Disember 2011 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan dipam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ‘staff sembelit’.

F. PENGGUNAAN INTERNET - Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.

Berkuatkuasa : 31 Disember 2011


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




klu dapat majikan macam nie..
kompom aq cari keja laen
hahahhahahaaaa


ok lah
itu ja...
wassalam
adiosss... amiosss...

Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru



Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...


Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...


Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku


Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...


Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku
oh...

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #8

-assalamualaikum-






prev :



tentang WW :



-wassalam-

Tuesday, August 16, 2011

Bermain Dengan Ranking

-assalamualaikum-


hai semua...
macam mana ramadhan kali nie
ok tak???
harap2 xda yang kecundang ditengah hari la noo...
hehehee


sememangnya dah 5,6 hari aq xupdate blog
just dok berbw ja tiap2 hari
xda idea nak menulis
lagi pon sibuk dngn berbagai2 keja


malam nie tengah aq dok berblogwalking
terpandang pulak dkat satu gadget
gadget tu kita boleh tengok nilai blog kita
(ermm... macam menarik...)


aq pon cuba la...
klu korang nak cuba juga boleh tengok cni


first aq masukkan url blog utama aq
Hidupku... Duniaku... (blog nie la)
n aq dapat tau berapa nilai blog aq...
RM 10,867.05
wahhhhh... banyak tuu...
n ranking blog aq pada kddkan ke 13,773
xsure la pulak ranking ni dalam Malaysia atau Dunia
hahahhahhaaa... demand lebih


RM 10,867.05
klu boleh cashkan mmg best giler rrr..
hahhahahahaa


yang nie pulak ranking pelawat mengikut negara


then, rasa nak nak ambek tau pulak satu lagi blog aq...
blog nie kurang xtive ckit
sebulan 2,3 post je
pelawat pon xbanyak


bila lepas belek2 ja
aq tengok nilai blog aq RM 1,238.75
gila ka apa???
blog yang usang macam nie pon boleh sampai 1000
hahahahhahaaa


n yang paling lawak blog nie xtersenarai pon dalam ranking
hahaahhahaaa
mmg hebat gila...
sampai xter-rank blog aq...




hahahhaaa
macam2 teknologi skrang nie
lantak laaa kan...
tapi benda nie semua bukan tepat sangat
korang jngan caya 100%


k,lah...
xmoh berceloteh panjang
klu nak cuba pegi la dekat page nie (bizinfo)
mesti blog korang lagi gempak punya
mesti nilai mencecah ratus2 ribu punya nie
slamat mencuba nooo...


wassalam
adiosss... amiosss...

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

Masalah Bahasa

-assalamualaikum-


hai semua... dah berbuka??
menu apa petang nie
harap2 kenyang dah la nooo
k... dah 2 hari aq xupdate blog
saja dok menyibukkan diri dgn hal2 reunion geng ex-sekolah dulu


malam nie sebelom nak g terawih
rasa nak conteng2 ckit kat blog aq nie
malam nie nak cakap pasal bahasa
korang penah tak bercakap dengan orang2 yang dok kot belah utara
kawasn2 y bersempadan dgn thailand gtu


aq salah sorang daripada orang2 nie la...
kampong aq xjauh dari durian burung
dalam 20 ke 30 KM ja nak jumpa sempadan thai
dan orang2 kat cni kebanyakkannya cakap bahasa ulu


korang mesti penah dengaq kan
korang paham x apa diaorang ckap
aq sendiri pon xpaham
sebabnya mak aq orang belah pekan jitra
jadi percakapan kami mmg utara piauw la orang kata


sewaktu arwah tok belah ayah aq masih ada
mmg selalu la dia cakap ulu nie
kadang2 aq kena tnya dgn mak aq apa tok aq cakap
mmg aq xpaham
ehhehehehee


mmg masalah klu berkumunikasi dgn org y kita
xberapa nak paham bahasa depa nie kan
kat bawah nie aq ada buat contoh dialog orang pekan dgn orang ulu
haaaaaa... hampa try la usha2....
dialog nie xmenjadi sngat
sebab aq rasa susah nak eja perkataan oarang ulu nie
sebut mmg la mudah, tapi nak taip pening aq mengeja
hahahhahahhahaaa


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi 1

"A"




Suatu hari diwad pesakit luar sebuah hospital dikawasan pedalaman. Doktor-doktor kat haspital nie pula kebanyakkannya datang dari kawasan bandar. Dalam kesibukan merawat pesakit, muncul la seorang pakcik tua yang tinggal dekat kampong-kampong pedalaman yang berdekatan. Maka doktor tu pon menjemput pakcik tua tu duduk ditempat rawatan pesakit luar.

Pakcik : assalamualaikum dokto...

Doktor : walaikumsalam.. sila masuk pakcik... duduk sini...

Pakcik : tima kaseh...

Doktor : apa khabar pakcik? sihat?

Pakcik : klu sihat ku xmaghi(tak mari) sini...

Doktor : tang mana yang tak sihat tu pakcik... cer citer kat saya... mungkin saya boleh bantu

Pakcik : 2,3 haghi(hari) nie pokcik ghasa(rasa) len macam

Doktor : lain yang macam mana tu pakcik?

Pakcik : pokcik nie bila berak ja kluaq 'A'(air) pasey(pasal) apa xthu(tak tahu)... ghasa pokcik xmakan beda meghapu(merapu) pon... (berak keluar air tu cirit birit laa...)

Doktor : laaaaaaaaa... mudah je tu pakcik, takpa... nanti saya beri ubat kat pakcik bagi berak keluar B pula... (dengan nada lawak)

Pakcik : hah???

Doktor : gurau je pakcik..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi 2

"Wad Kece'masey"




Disuatu pagi yang cerah, datang seorang pakcik tua ke hospital dikawasan bandar. Selepas seketika berpusing-pusing mencari wad yang handak dituju, pakcik tu masih tak jumpa. Akhirnya dia nekad bertanyakan kepada seorang jururawat yang lalu lalang dikawasan itu... maka terjadilah dialog dibawah...

Pakcik : assalamualaikum misi(nurse latu)

Jururawat : waalaikumussalam... ye ade ape pakcik... boleh saye tolong?

Pakcik : ku nak tanya ckit nie...

Jururawat : ye pakcik, tanye le...

Pakcik : cam na nak g(pergi) wad kece'masey(kecemasan)

Jururawat : (blurrrrrrr... wad kencing masin???? berbisik dalam hati) ermm... kat sini xde wad kencing masin pakcik, wad kencing manis ade le...

Pakcik : eh... hok gapa kecek gtu... buke'y ya tu... ku nak g wad kece'masey nuu... tempat hat orang sakit xsiden nuu...

Jururawat : ooo... wad kecemasan... pakcik pergi terus lepas tu masuk kanan... dekat situ le...

Pakcik : bek2... tima keseh misi oo... klu xkelih mu, ku xjupa lagi la tempat tu

Jururawat : sama-sama pakcik... (berlalu pergi sambil ketawa kecil...)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


apa pon bila kita dengaq orang ckap bahasa yang pelik2 nie mmg lawak
tapi jangan la gelak depan orang tu
kang xpasal2 dapat penampaq free
hahahahahahahaa


tu la yang uniknya dgan negara kita
macam2 jenis loghat bahasa kita boleh dengaq
yang kay-l cara kay-l nya
orang kalantan, orang perak, orang nogeri,
macam2 la...


lagi satu pesanan aq
klu kita nie berhijrah ke tempat orang
xpayah la nak tinggalkan bahasa kita tu
teruk bebenor aq tengok bila orang kampong tarik loghat kay-l
lawak siotttt...


k lah nooo...
aq nak ciap2 pegi masjid pulak
nak g terawih


wassalam
adiosss... amiosss...

Saturday, August 6, 2011

6 Ramadhan = 600 Followers

-assalamualaikum-


salam ramadhan
ari nie dah masuk hari ke-6 puasa
apa macam.. masih x biasa lagi ker???
ok dah kan...
dah xlapar macam hari first lagi kan...


ok la... story tok hari nie
aq nak kongsi yang aq dah mencapai 600 orang follower
WWWAAAAWWW!!!
heheheee (xcited lobih lak aq nie...)


aq perasan pagi tadi...
lepas balik dari kebun aq buka blog
tengok2 dah 600
so hari nie aq nak share sapa follower bertuah tu...




tuan punya blog nie bernama

a.k.a


nie pulak header blognya






apa yang bestnya pasal blog nie
setiap entry diceritakan dalam bentuk dialog
jalan cerita yang mudah untuk diikuti n difahami
klu xcaya korang boleh lawat sahabat blogger kita nie


apa pon.. khas buat Shorim Kasih
jutaan terima kasih kerana sudi ziarah n folo blog aq yang sederhana nie
xlupa juga buat semua follower2 yang laen
thanks yer...


aq ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada korang semua
semoga ramadhan tahun nie memberikan kita lebih
keberkatan dalam meniti hari2 mendatang


buat sesapa yang nak kasi duit raya kat aq leh la klik kat bawah nie
hehehehhheheeee



k lah, stakat nie dlu tok malam nie
jangan lupa bangun sahor
wassalam
adiosss... amiosss...

Friday, August 5, 2011

1Bulan 1Blogger - "AdaM"

-assalamualaikum-



salam ramadhan semua...
mcam mana hari nie...
posa tak???
harap2 semua posa la nooo...


dah 2,3 hari aq rancang nak post entry nie
tapi masalah kelembatan line berokband
ditambah dgn kemalasan yang membara dijiwa
hari nie aq wat2 rajin taip jugak...
huhuhuhuuu


kali nie aq nak bercerita pasal mat blogger pulak
lepas dipikir-pikir aq dah pilih sorang sahabat untk diceritai
kat bawah nie aq letak header bloh Mat Blogger nie
sekali tengok pasti korang dah tau kan sapa dia....






dah kenai???
ok si empunya header nie diberi nama

(klik sini klu nak kenal2)


ni pula orangnya...
kompom korang kenal punyaaa..
aq rompak pic nie dalam profil pic mukabuku dia
lalalalalalalaaaa





ermmmm...
apa yang aq tau pasal adam nie???
sebenarnya xbnyak


aq kenal dia pon semasa aq berkampong di PoliMAS
3 tahun belajar dalam kursus yang sama
tapi bilik kuliah laen2...
kami kenal sebab dok dalam satu jabatan...
so selalu jumpa laa...





sepanjang perkenalan aq dgn adam
apa yang boleh aq katakan
dia nie sorang yang ada ciri2 pemimpin
besuara lantang, kekadang lawak pon ada juga


bagi aq, mudah nak berurusan dgan adam nie...
mudah nak mintak tolong n pendapat
dan juga seorng y berfikiran terbuka





dalam aq dok cari2 pic si adam nie...
terjumpa pulak satu pic nie
hahahhahaaa
pic nie aq snap masa kursus induksi MSK
tahun 2009 klu xsilap aq...
baru lepas buat master plan utk unit makanan...


jngn marah adam nooo...
huhuhuhuuu





jumpa juga satu pic nie
time pegi senam robik dkat area alor setar
utk program Belia 1 Malaysia





tu la serba sikit yg boleh aq cerita pasal Mat Blogger kali nie
klu nak tengok cerita bulan2 lepas klik kat bawah nie eh...



tak lupa juga
kepada yang rajin2 nak bagi duit raya kat aq
boleh klik kat bawah nie


ok... stakat nie dulu tok kali nie...
wassalam
adiosss... amiosss...

Tuesday, August 2, 2011

Wordless Wednesday #6

-assalamualaikum-




sya'aban

VS

ramadhan




prev :



tentang WW :



duit raya :



-wassalam-

Sekitar Sambutan Jubli Perak SMKPT

-assalamualaikum-


salam ramadhan semua...
posa x ari nie???
hhohohohooo... mesti la posa kan....


k, ari nie nak aq nak story mory pasal event dkat sekolah aq dulu
pada 27 Julai 2011 yang lalu
semua warga sekolah diraikan dengan sambutan Jubli Perak sempena perayaan 25 tahun sekolah kami...
aq n kawan2 sempat meluangkan masa sepetang disekolah
turun bertegur sapa dgn cikgu2


mmg entry kali nie penuh dengan gambar
gambar kali nie aq dpat dari facebook :

Cikgu Nabil
Cikgu Nuzi
Muiz
My Phone


oklah... event kali nie mendapat kunjungan istimewa dari 2 orang tetamu y terkenal bagi memeriahkan majlis
pada sesi pagi dimeriahkan dgn kedatangan Ratu Lompat Galah, Roslinda Samsu
manakala petangnya dimeriahkan dgn lawak spontan oleh Leman Raja Lawak




majlis tahun nie dimulakan dgn perbarisan menyambut tetamu diawal pagi bagi merasmikan sambutan Jubli Perak, Kadet Polis mengambil tempat untuk pemeriksaan baris oleh tetamu jemputan...




kehadiran tetamu disambut meriah dgn alunan gendang silat dan diarak dgn bunga mangga serta pemegang lembing... adik aq ambek port sebagai salah seorang yang pegang lembing... xcaya tengok kat bawah nie...




seterusnya dgn pemeriksaan perbarisan n ucapan oleh tetamu jemputan, disusuli dgn tarian oleh pelajar2 sekolah yang mengambil bahagian




bermula la acara penganugerahan Anugerah Terbilang 1Malaysia kepada bekas pelajar SMKPT atau lebih dikenali sebagai Ratu Lompat Bergalah, Roslinda Samsu sebagai simbolik kepada kejayaan beliau yang memberi rangsangan kepada pelajar untuk menunjukkan bakat kesukanan masing2...




yang ni pula penerima2 Anugerah Terap Cemerlang, Anugerah Terap Gemilang & Anugerah Terap Terbilang (gambar sebahagian sahaja)




seterusnya upacara penanaman pokok di kawasan bangunan baru sekolah




majlis juga diriuhkan dgn pembukaan gerai2 oleh cikgu2 dan pelajar sekolah sepanjang majlis berlangsung iaitu dari jam 9 pagi hinggalah 12 tengah malam... macam2 makanan ada jual kat cini... aq sempat la juga makan burger yang dijual digerai Cikgu Azmi (Muiz Din yang blanja) n air soya free hasil paw dari adik aq yang berniaga digerai kelas MPV





turut memeriahkan majlis dengan pemeriksaan kesihatan percuma n pameran oleh beberapa agensi yang mengambil bahagian... CIkgu Nuzi & Cikgu Bakri xmelepaskan pluang buat pemeriksaan kesihatan




ok... acara yang bermula pada sebelah pagi iaitu sukaneka dari adik2 Sek Keb Padang Terap... tengok la tu, macam2 ragam adik2 nie... hahahhahahaaa...





sebelah petang bemulalah acara sukan rakyat... bermula jam 2.30 petang cam tu la... aq p time nie la petang tu... ramai orang2 kampung turun padang bagi join program yang dah dirancang oleh jawatankuasa program...


acara gubahan buah2an tempatan



acara gubahan sejadah



acara gubahan sirih junjung



pertandingan memasak



pukol 4 lebih2 perhatian kami ditarik dngn konvoi tetamu jemputan yang disertai oleh ahli2 Kedah Motor Sport Club y mai dgn motor2 yang ber CC tinggi... perhhh... penuh pakat dok p tengok geng2 nie... maklumla... leh tengok motor kegemaran ramai...





tetamu jemputan diwaktu petang
diarak dengan alunan gendang silat




upacara pertunjukan seni mempertahankan diri oleh ahli2 Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia... maen lompat2, maen parang... lawan dgn kayu... hanya yang terlatih sahaja yang boleh buat semua nie...




sukan rakyat bersambung lagi...


acara kukur nyior



acara tarik tali lelaki n perempuan



acara panjat tiang lincin



macam2 lagi acara petang tu... bola sepak perempuan, bola jaring lelaki... aktiviti rumah hantu... macam2 lagi la... kami pula keja dok pusing2 ambek gambar ja... da keja len nak buat... nak masuk bertanding pon malas... ashik bergelak ja keja kami...





masa nak tumpang bergaya dgn motor orang...
hahhahahhaaaa... bukan selalu...







koi 6 petang pulak ada perlawanan persahabatan diantara veteran KEDAH vs pasukan pilihan Padang Terap... aq xsempat nak tengok sampai habis sebab ada hal... masa aq balik pon veteran KEDAH sudah mendahului dgn 3-2.... dengaq mmber aq cita pasukan pilihan kalah petang tu... mmg hebat la geng veteran nie... dah berumur pun still kuat lagi... stamina stady beb... klu lari geng muda leh nak lawan.. haahhahaaaaa




malam pulak ada ceramah perdana oleh Ustaz Kamaruddin Abdullah, bekas paderi yang memeluk islam... klu salah tajuk ceramah perdana tu "Kenapa Saya Memilih Islam"


ok lah.... panjang pulak entry kali nie kan...
klu ikutkan hati nak masukkan lagi bnyak gambar...
tapi bila terkenangkan line berukband yang sesangat laju nie xjadi la rasanya...


ermmm....
apa mcm buka posa malam nie
dah kenyang ka???
makan apa???


k lah noooo... nk kluaq g tarawih lak...
wassalam
adiosss... amiosss...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blogku Yang Usang

Daisypath Happy Birthday tickers